Tuesday, December 20, 2011

hari nih bapa hari bulan?

okay. okay. dah lama tak updet tetiba tanya hari nih bapa hari bulan, memang nak kena penampaq la kan.

maaf lama tak updet. tak tahu nak updet apa. cuti pun dah habis. dah masuk sem baru. semangat baru.

baiklah, kembali kepada soalan di atas, hari nih bapa hari bulan?

okay. tak yah jawab pun xpa. cuma nak tanya la kan, slalu tak ampa semua tertanya-tanya "hari nih bapa hari bulan?"?

seriyes aku slalu. -_-'

normal ke?

entah lah. tapi aku rasa antara faktor yang buat aku susah nak ingat tarikh sebab aku bukan jenis otak math. boleh gitu?

haha. aku lemah math. nombor adalah sebahagian daripada math. tarikh sebahagian daripada nombor. jadi, kesimpulannya, aku lemah ingat tarikh. boleh gitu?

boleeeeh.

baiklah. baiklah. sebenarnya bukan tarikh hari nih ja aku lemah. tarikh-tarikh important pon susah nak ingat. first time dapat surat cinta? first time bercinta? first time putus? naaaaah. tak da la aku ingat tarikh-tarikh tuh.

kalau bab tarikh birthday plak, birthday family aku ja la aku hafal betui-betui. and of course birthday aku sendiri. dan birthday orang yang nak dekat-dekat dengan birthday aku. dua minggu lepas tu memang senang la aku ingat. tapi, selalunya bila dah sampai tarikh birthday tuh, tak da la aku nak ingat pulak. heh.

sebab apa? sebab aku tak tau hari tu bapa hari bulan.

aish.

jadi, hari nih bapa hari bulan?


notakakiku: ya. hari ini 20hb. birthday kak aku. dan aku baru wish tadi. sebab aku tak ingat hari nih 20hb. tahniah. haha.

Tuesday, November 22, 2011

tajuk utama akhbar tempatan


kahkahkah. tajuk nak glemer je.

kalau tanya berita apa paling sensasi meletop kebabom hari ni, pastinya pasal pasukan Harimau Muda Malaysia yang menang pingat emas bola sepak Sukan SEA semalam.

tapi sayang. aku tertewas dek muntah kali kedua. angin dalam badan nih sangat mencemburui masa-masa manisku bersama skuad kebangsaan. huu. selepas muntah kali pertama, sempat lagi tengok gol penyamaan skuad harimau muda dengan indonesia. sempat lagi menjerit goool sampai umah depan pon bleh dengaq. heh.

tak padan dengan badan tak sehat, dok terkinja-kinja depan TV bila ada ja peluang malaysia nak masuk gol. hooooih. sakit jantung pun adaaa. mana taknya, banyak kot peluang yang sipi-sipi dah nak masuk. tapi bila time skuad Indonesia serang, mula sembunyi muka bawah meja. waaa. tak berani tengok.

dan akhirnya, selepas 15 minit separuh masa kedua, termuntah lagi pulak. aish. angin nih. saja naaa. nak lawan jugak. last-last kena paksa tidoq walaupun game tak habis lagi. huuu. sedih2 tak dapat tengok detik2 malaysia menang. tapi tak pa. semangat tuh tetap ada. sebelum tidoq tuh sempat lagi aku doa semoga malaysia menang. sampai terbawa dalam mimpi kot game Malaysia vs Indonesia nih. aish. *tuh la. orang sebelum tidoq baca doa sebelum tidoq. nih baca doa lain. mau tak mimpi bukan-bukan. kuikuikui.*

alhamdulillah. akhirnya malaysia menang jugak dengan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan. alhamdulillah. alhamdulillah. berkat doa orang-orang yang teraniaya. :D

tahniah, harimau! aumm~ :)

sumber: bharian


notakakiku: betapa kita begitu mengharap Malaysia dapat menang emas dalam doa-doa kita. alangkah bagus kalau kita juga menyimpan harap yang lebih tinggi supaya diampunkan dosa dalam doa-doa kita. :)

Sunday, November 20, 2011

cuti lama weh


cuti weh cuti.

lama weh lama.

3 minggu weh 3 minggu.

nak buat pa weh nak buat pa?

*siyes annoying. dok weh weh nih pe kes?*

laamaaa tuuuu.

jadi. jadi. jadi.

nak buat pa ya?

:D *kenyih nampak gigi*

saya ingat cuti yang panjang nih saya nak ambil lesen L. tapi saya rasa macam malas pulak. haaa. jadi, saya rasa macam tak nak ambil lagi. baik tak yah habaq weh. heh.

jadi, nak buat pa? hurmm. saya ingat nak jahit baju/kain. kain dah ada. tapi tak tau nak buat pa. asalnya nak buat blouse. tapi cam banyak lebih. ermm. maybe buat kain kot. kot la. tak pa. nanti kita tengok hasilnya. :D

lagi, nak buat pa ya? ha! ingat nak tengok movie. Puss in Boot. Ceta kucing Shrek tu. katanya keluaq 24hb nih. tapi tadi try cek2 kat website cinema kat jitra ngan aloq staq, la pun dh ada. bla tengok jadual utk 23hb nih dah tak da dah. haaaa. camna ni? takkan sat ja kot tayangan dia. ka hok yang 24hb nih yang 3D punya ja? adeh. camna ni? nak tengok gak kucing oren tuh. hurmmm. kalau tak dapat tengok yang tu, nak tengok penguin yang gembira la. Happy Feet. yay! semua cerita kartun. :D

hurm. cuti 3 minggu diisi dengan benda-benda ini nampak seperti agak berfaedah jugak. tapi hasilnya kita tidak tahu. hoho. malas mau cerita panjang. just wait and seeeee. :D

notakakiku: awat rasa entri nih cam gedik ja cakap saya-saya nih. haaaa. mana da gedik la kan? cakap saya kan lebih sopannnn. kah kah kah. nahhhh. gelak camtu, dan dan tak sopan.

Wednesday, November 09, 2011

pandanglah lihatlah


terasa klasik dan syahdu pula masuk blog sendiri. heh.

tadaaa~!

hee. perasan dak? perasan dak? something neeewww in my blog. :D *kenyih nampak gigi*

okeh. maybe bukan something, tapi some things new! :D *kenyih nampak gigi dan gusi*

disebabkan rasa cam takdak kerja *padahal buku tak sentuh lagi, final exam tak habis lagi oi!*, jadi, aku mengisi masa lapangku (baca:membuang masa) dengan mengedit blog aku sendiri. ye la. tak kan nak edit blog orang lain kot kan. tuh bukan setakat buang masa, tapi buang tabiat.

baiklah. baiklah. mari kita lihat beberapa perubahan ketara.

  1. header: hoyeah! memang tak tau malu tempek gambaq sendiri jadi header. sebelum nih just ada dua keping ja yg cenonet. la dah pandai letak tiga ya. hoo. bajet model la tuh. kahkahkah.
  2. background: nih background cilok dekat thecutestblogontheblock. *bapak panjang nama website* nampak sweet plak. ala-ala klasik gitu.
  3. background lagu: haaaa. nih jenuh jugak dok pikiaq nak letak lagu pa. dah masuk music dumper tuh memang semua lagu omputih. macam aku layan sangat la kan lagu omputih nih. hoo. lagu klasik je la aku tau. ha ha ha. nah kau. layan la lagu jiwang love story nih. agak-agak cam nyampah ja nak dengaq, klik ja butang stop tu. ha ha ha. tiada paksaannn..
  4. wishlist: todia, todia. siap ada wishlist plak dah. ha ha ha. agak-agak bila la wishlist bleh complete semua ya? haha. fight for it, filzah!!
  5. next stop: haaa. cer try scroll bawah sket. nampak dak budak pompuan cenonet dok pegang huruf F dan T? haaa. agak-agak rasa nak tekan, tekan ja la. kot-kot bleh kenal di lain suasana. ha ha ha.
okeh. rasanya yang tuh ja la kot yang nampak jelas dan ketara. bila dah tukaq layout baru nih rasa fresh lain macam sket la. tapi, adakah dengan pertukaran wajah ini, entri blog juga akan bertambah dan semakin kerap? haaaaa. itu yang kita tak tahu. kahkahkah.

notakakiku: tajok cam takdak kaitan dengan entri. haaa.

Sunday, November 06, 2011

berkorban apa saja?


.salam aidiladha.

berkorban mengejar Illahi
bukan berkorban maruah dan harga diri
atau semata-matanya duniawi
ayuh menuju jalan abadi!


"..ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ.."
Al-Fatihah:6

:)

silent sunday





silent Sunday.
ala-ala wordless Wednesday.
kononnya la.
haha.

SALAM AIDILADHA.
2011
*tetiba*

Saturday, October 29, 2011

orang kampung nak pindah kondo


lama tak updet. :D

busy dengan macam-macam hal. assignments. final which started yesterday. and pindah rumah. eh. pindah hostel.

huu. pihak kolej dah arahkan kitorang pindah. ada yang tak nak pindah. tapi kalau tak pindah, pihak kolej dah tak bertanggungjawab kalau jadi papa. jadi, lebih baik ikot je arahan. ada pindah umah sewa, tapi mak cek tak bagi. cek pindah danau. kolej uruskan. still under kolej. dok kondominum la aku lepas nih. siap da swimming pool, gym segala bagai. kelas kau, jah.. -__-'

sumber: mudah.my

so, ari isnin nih insyaAllah bleh dapat kunci. pindah maybe 1/11/11. petang tuh balik kampung! tp sebelum tu singgah penang dulu. hihuuuu.

tapi-tapi-tapi!

sebelum bertolak bas pukul 4 tuh, macam-macam kena setel dulu oi..
1) final exam art and craft (8.30-10.30pg)
2) online registration untuk sem depan
3) angkut barang ke danau

hihu. banyak kena buat dalam masa kurang dari 5 jam. moga semua urusan dipermudahkan. amiin.

ayuh berpindah!

Monday, September 19, 2011

the 11th hour


"a man that decides to change on the 12th hours, dies on th 11th."

berhantu gila kot frasa nih. asyik terngiang-ngiang ja kat kepala otak. even time lintas jalan tadi pon dok terpikir, will I be like that man too?

:(

takut.

sedih.

dosa banyak.

hutang dengan Allah.

hutang dengan manusia.

hablumminnaAllah wa habluminannas pun tak lepas lagi.

astaghfirullahalazim.

takut sangat.

:(

takut ja tak cukup, filzah.

you have to start from now.

yes, i mean NOW.

do not wait until the 12th.

or even the 6th.

because you maybe die at 5th.


notakakiku: terkesan membaca "contengan jalanan-fend". k^2 belum habis lagi. highly recommended this novel. may the writer get bless from Allah.

Wednesday, September 14, 2011

WW: thing that i suddenly miss..



but will never repeat it again...


...because it just a 'was'.

notakakiku: sedaq tak sedaq, it was almost 3 years. okeh. im old already.

Sunday, September 11, 2011

her engagement



them


the present


and us. :)


congratulation, fad & syafiq.
nanti kenduri, kitorang datang lagi yaa. insyaAllah. :)
tapi, tak sempat pula jumpa syafiq. kalau tak boleh tangkap gambaq korang dua. :(

btw, congratulation again to both of you!


notakakiku: actually, fad is my friend back in INTEC. and she has never known my friends at IIC. baru tadi je jumpa. but she acts like she knew them for years. haha. fad, fad. x berubah kau eh.. papapun, selamat kembali ke Ireland. study rajin-rajin. and all the best for everything! :) *macam kau akan baca je kan. ha ha ha.*

Wednesday, August 31, 2011

aidilfitri 1432H



to my family, friends, teachers and all muslim.

Salam Aildilfitri 1432H
ampun maaf dipinta
sesungguhnya pembalasan dendam yang sempurna adalah dengan memberi kemaafan.
:)

Tuesday, August 30, 2011

tua




i'm getting old...

...and i knew it.

pernahkah anda berasa macam 'omg..budak-budaknya...' *sambil buat muka malas nak layan*? okey, there's a question mark. that means it is a question. but never mind, i will answer it.

saya pernah!

kalau anda juga rasa seperti itu, keberangkalian besaq anda mengalami sindrom kedewasaan. but saya tak rasa saya dewasa. i prefer tua. aish. dah tua memang camni. mudah terasa.

bukan itu saja, anda juga kemungkinan akan mengalami situasi sebegini:
"eh, mana pi letak handset ntah. tak pa la. nanti jumpa la tu...

atau begini..

"budak mana pulak mesej nih. malasnyaaaa nak balas. jawab ja la sepatah."

atau mungkin juga begini

"oh, yang tuh AKAK punya.." <---bercakap dengan budak lelaki yang xtau umur brapa.

atau begini

BUZZ!
"naah. sapa pulak buzz2 nih. tak kenal la.." ignore. lalala.

mungkin juga begini.

remaja: kahkahkah.
anda: apa yang lawak? *muka kompius* <----tgh2 sembang dan tiba2 adik2 remaja ketawa.


atau

anda: umur brapa?
remaja: 19 tahun
anda(dalam hati): oooh. budak-budak lagi...

macam mana? pernah rasa begitu? tak pernah? bersyukur lah kerana anda tidak mengalami sindrom kedewasaan ini lagi. kalau pernah mengalami perkara sebegini atau lebih kurang sebegini, jangan risau, saya juga sedang menghadapinya. memang malas betul rasa. tak tau la nih kira penyakit tua atau penyakit malas.



but i feel old.

-_-'

notakakiku: alhamdulillah. usia sudah bertambah. moga amal juga bertambah. insyaAllah. :)

notakakikulagi: salam aidilfitri 1432H. maap zahir batin.

Sunday, July 31, 2011

DoDo, si dolphin


meet my new friend..


DoDo, si dolphin. :)


she loves to smile.
she dances very well.
and.
she produces sound too.

beep. beep.

she's very strong.
do you know why?
because,
no matter how hard you try to beat her,
she will stand back and keep smiling. :)

owww. so cute.
i am proud to be her friend.
please envy me. ha ha ha.


two days later...
...
..
.
..
...
my DoDo, si dolphin was no longer strong. :(
but still she is my friend.
:)

notakakiku: nothing perfect. accept the weaknesses.

notakakikulagi: entri berkurun dalam draft. baru bleh publish hari nih sebab kamera xda nak tangkap gambaq si dodo. kamera laptop buat hal. ha ha ha. kasihan. btw, selamat berpuasa! :)

Sunday, July 24, 2011

biru-biru si tampuk manis


maaf. jarang aku updet kan?

bukan malas. tapi tak rajin. aik? tak sama ka? tak la. bukan. bukan. bukan sebab tu.

sebenarnya tak tau nak updet apa. kalau asyek cerita pasal aku ja, boring gak kan?

kahkahkah. tak da sapa nak dengaq ceta pasai ang. kesian.

tapi tak pa. blog aku. sukati aku nak ceta pasai pa, kan? aceh. ayat cliche.

tak da la. memang tak tau nak ceta pa. maybe after this aku just buat photoblog ja kot. kot la. sebab aku punya perancangan nih selalunya dibawa angin lalu ja. tapi, insyaAllah! sebabnya aku dah berjaya membeli kamera secara hutang. apa ingat kawen ja ada hutang? eh, kawen ada hutang ka? err. abaikan.

ya. aku dah ada kamera. tapi belom dapat. kak aku yang beli. guna duit dia dulu. kalau nak tunggu aku pi beli sendiri, memang perancangan dibawa angin lalu ja la. heh. tapi masalahnya kamera tu ada kat akak aku. tunggu aku balik la baru boleh ambil. balik? ya. raya nanti la nampaknya.

jadi, bilanya nak buat photoblog konon-kononnya tu?

lepas raya. kot. heh. lebih baik aku tak yah cakap papa. nanti tak jadi, siapa yang malu? aku jugak. eh. eh. perlu ka malu? err. aku pon tak paham apa aku ngarot nih.

baiklah. doa-doa la aku punya perancangan nak buat photoblog tuh tak dibawa angin lalu. kalau tak aku yang malu.
...
..
.
maaf. benti makan durian tadi. ha ha ha. tak yah habaq pun tak pa. tapi saja nak bagi jeles.

baiklah. doa-doa la aku punya perancangan nak buat photoblog tuh tak dibawa angin lalu. kalau tak aku yang malu. eh. macam dah baca ayat nih tadi. memang la. aku copy paste ja. heh.

nampaknya entri aku nih tiada arah tujuan. tak naik highway. masuk jalan lama, singgah sana sini, jadilah entri yang tak tentu arah nih.

oh. idea nak buat photoblog nih pun aku inspired dari baca novel "quartet". oh, memang aku mudah terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng seperti itu. aish. bahaya.

eh. tadi kata tak nak cerita pasal diri sendiri. tapi macam dah banyak ja cerita nih. tuh la. perancangan aku memang suka dibawa angin lalu. tapi tak pa. kali nih aku tak malu.


baiklah. aku akan berenti sekrang sebelum aku lebih merapu2 tanpa arah tuju. oh ya. kamera aku bukan dslr ke d600 ke dbsk ke, eh dbsk tuh pa. kamera aku hanyalah cap digital. orang tak da kamera. sekrang zaman dslr tapi aku masih pakai digital camera lagi. kahkahkah. what to do. duit tak da. tu pun berhutang. T_T
nih la rupa kamera aku yang aku sendiri pun tak tengok lagi

eh. tadi bukan kata dah nak benti ka? heh. baiklah. baiklah. bai!

Sunday, July 17, 2011

Friday, July 08, 2011

i wanna be a woman


habis tu, selama nih ang pa? lelaki?

no. i mean a real women.

err. jangan kata ang nih bisexual.

haip! dilarang melucah di sini. tak la. aku just wanna be a woman rather than a girl. lebih matang la orang kata. kah kah kah. geli plak dengaq. haip. serius sket.

baik lah. deeeep in my heart(macam dalam sgt ja hati ang filzah) i want to be more feminine. gaya jalan ayu-ayu, berpakaian ayu-ayu dan bercakap pon ayu-ayu. heh.

habis tu, selama nih tak ayu la eh?

err. tak. -_-'

ok. kantoi tak ayu. tp dah benda betui. thats why la aku nak cuba jadi ayu. jadinya, di sini aku nak habaq beberapa tips menjadi a woman from Ji Ho.

Ji Ho? manusia apakah itu?

hikhikhik.
Ji Ho ialah seorang lelaki yang dianggap gay oleh teman serumahnya yang merupakan seorang perempuan yang baru dikecewakan teman lelaki. kesian perempuan nih. dia punya teman lelaki berkahwin dengan kawan karib dia sendiri. kesian. kesian. jadinya, dia pun minta la pendapat Ji Ho (yang dia ingat gay, padahal tak. dia seorang lelaki tulen yang kacak lagi bergaya) untuk merubah dia menjadi seorang wanita tulen.
sumber: wikifilzah

Dang! tepat pada masanya. memang aku tengah dok cari la tips2 begini. kah kah kah. mari-mari. tengok sedikit tips dari lelaki kacak lagi bergaya ini.

1) the number one trait of an attractive woman is her pride
2) always make the person wait, soon the waiting turns into interest
3) light steps make a woman's walk sexy

tudia. tudia.

tu ja?

jadi la tu. heh. tiga nih pon penting gak nih. baik lah. mari semak sama-sama.

1) the number one trait of an attractive woman is her pride.
setuju! menurut ji ho, sebagai seorang wanita, mestilah menjaga maruah dan peribadi. dun ever look weak in front of anybody especially guys. haaaa. baik. baik.

2) always make the person wait, soon the waiting turns into interest
erm2. depends kot. kurang setuju. tapi tak pa. next!

3) light steps make a woman's walk sexy
woohooo. sexy? err. aku nak ubah sket la kot. light steps make a woman's walk feminine. ayu gitu. okeh. yang nih memang perkara utama yang aku mesti ubah. asyek mengengkang ja. heh. tapi best la jalan kengkang. cam bebas ja rasa. haip. kata nak jadi wanita kan? ya... jadi? okehh.

macam mana dengan tips2 di atas? bagus tak? hee.

bagi aku, yang mana yang baik, aku ikot. yang mana yang err kurang, tak yah la kot. setakat nih, aku nak ambil no 1 dan no 3 sebagai permulaan untuk aku menjadi wanita. ha ha ha. *haip. cer gelak ayu sikit.* hehehe.

aish. bukan senang nak jadi wanita oooi!

alo. cuwitnyerr. best kalau dapat housemet cenggini. kikiki.


notakakiku: to be better, we need to discover the weakness first. and those are my weaknesses. that's why i highlight them more. kalau nak ikot, banyak lagi kot kena ubah. -_-'

Friday, June 24, 2011

cerita mereka


aik, kata final. kejadahnya asyik update je nih?

aik, dah nama pun final, mestilah rasa nak update slalu.

...?

nampak kaitan?

tak.

ah. abaikan.

***

nampak tak gambaq yang aku post bebrapa ari yg lepas? can u spot the difference? eceh. soklan punya kacang, tak mencabar minda langsung. la, saja la nak bagi ampa senang jawab.

dah nampak beza kan? ya, alhamdulilah salah seorang geng aku time skolah rendah dulu dah selamat menjadi milik orang yang sah. yang SAH okeh. jadi, tak leh nak kacau dah bini orang nih. gembira aku dengar perkhabaran dia dah nak kahwin. cuma terkilan sebab tak dapat nak ikut serta dalam majlis sebab minggu tuh busy sangat-sangat. tak sempat nak balik. apapa pun, tahniah diucapkan. semoga berbahagia bersama sehingga ajal datang menjemput. :)

and then, semalam dapat perkhabaran gembira lagi dari seorang sahabat dekat intec dulu. dia akan bertunang tak lama lagi. insyaAllah, lepas raya. alhamdulillah, gembira sangat aku dengaq. dah lama depa nih couple, dari zaman intec lagi. sekarang dua-dua sambung dekat ireland amek doctor. insyaAllah taun depan grad la tuh. kalau dah tunang taun nih, taun depan pun dah habis belajaq, tak lama lagi la tuh, kan? :P aku doakan semua berjalan lancaq. xtau lagi aku dapat hadir ke tak. tapi, aku harap sangat dapat jadi sebahagian dari hari bersejarah dia. semoga selamat semua. :)

eh, ada soklan cepu emas la.

soalan: ceta pasal kawan ja. anda bila lagi? jeng jeng jeng.

jawapan bersalut gangsa: no, for now, no. tapi semua itu bukan kita yang rancang. but for now, NO. *jawapan bajet fashe sande. ha ha ha.*

Wednesday, June 22, 2011

spot the difference







notakakiku: asal rabu ja, aku semangat nak post entry. asal rabu ja semangat aku nak tulis panjang2. tak pa lah, hari ini, first time aku ikut peraturan. budak displin kena ikot peraturan kan? kah kah kah. tak da kaitan.

Thursday, June 16, 2011

wordless thursday


eh, ada ke wordless Thursday? kah kah kah. buat peraturan sendiri aku nih.


officially, classes for this semester end by today. maknanya final exam dah nak dekaatt. maknanya jugak x dapat la nak online lepas nih. eceh, beriya ja tuh. kah kah kah.

eh. kata wordless, tapi awat cam banyak words ja nih?

ok lah, bai! :)

notakakiku: menggunapakaikan perkataan 'wordless' sebab malas nak tulis panjang-panjang. bijak. :D

Wednesday, June 01, 2011

senyum tak perlu kata apa-apa


orang kata ari wednesday dipanggil wordless Wednesday. means that letak gambaq sejibik dekat entri tanpa perlu kata apa-apa. tapi peduli apa aku wordless wednesday ke friday ke tuesday ke, aku memang nak tulis panjang ari nih. ha ha. panjang? maybe.

cerita 1:
pergi kedai nak beli makanan. macam biasa. panggil akak tuh sebab nak bayaq. senyum.

akak: adik nih, akak tengok senyuumm ja. x pernah masam2 muka. selalu senyuum ja.

adik manis: (gelak)

akak: tengok. senyumm lagi. cam xda masalah ja.

adik manis: xdak masalah kak? (gelak) muka senyum, hati siapa tahuu. (sambil senyum lagi macam kerang kurang busuk.)

akak: (gila budak nih. apa kes la dok senyum x brenti. dapat duit ka pa..?)

cerita 2:
kawan: ai. senyum kat sapa tuh?

adik manis: (pelik. tengok kiri kanan kot2 ada orang lain.)

kawan: gila ka apa dok senyum sorang-sorang nih?

adik manis: (aik. orang senyum kat dia, dia kata orang gila pulak.) (sambil senyum)

***

tak paham aku apa masalah kalau orang tuh suka senyum. sampai dituduhnya gila.

salah ka kalau nak senyum kalau kita jumpa orang yang kita kenal?

salah ka kalau senyum kalau orang tuh tengok kita?

salah ka weh? pelik ka?

yes. the above stories memang ada kaitan dengan aku. aku la adik manis orang yang senyum ja tuh. orang yang dikatakan kononnya tak dak masalah. orang yang kena tuduh gila. aku la tuh.

selepas dituduh gila, memang aku berhati-hati nak senyum kat orang. kalau dulu pantang jumpa orang ja aku akan senyum. tapi lepas kejadian tuh, aku dah tawaq hati nk senyum lagi. aku dah blajaq control dulu otot-otot senyum nih. kalau aku nampak orang tuh asyik pandang aku ja, aku senyum la kat dia. tapi kalau orang tuh tengok aku sat, pastu pandang tempat lain, aku simpan senyum aku sorang-sorang ja la weh. fobia. nanti kena cop gila lagi. huhu.

bestnya budak nih. asyik senyum ja. xdak masalah pa pun.

ha ha. orang mana yang tak da masalah? setiap orang ada masalah kan? kalau luaq nampak dia senyum, tak semestinya dalam dia pun berbunga. tapi dengan senyum la dapat buat kita lupa masalah kita tuh. kan?

tah la. bagi aku, dah jadi tabiat aku suka senyum kalau jumpa orang. tapi la nih dah kurang sket dan mula belajaq mengawal otot-otot senyum. tapi, kan mudah ja senyum tuh, tak perlu kata apa-apa kan? pahala sedekah pun dapat.

jadi, kenapa orang suka persoalkan kalau aku asyik senyum?

kan comel kalau senyum


notakakiku: selain daripada senyum, aku ada lagi satu tabiat iaitu suka bermonolog secara luaran atau bahasa kasaqnya cakap sorang-sorang. gila ka aku? ha ha ha.

notakakikulagi: acteli, aku bukan niat nak ckp sorg2 pun. cuma aku rasa apa yang aku nak cakap tuh, orang lain x dengaq pun xpa. tapi, dah terkeluaq dah kata-kata tuh. jadinya, dengaq la cam aku nih dok bergumam sorang2. paham dak situasi nih? tak paham? ala. susah la nak explain. ha ha.

Sunday, May 29, 2011

mengeluh seminit


1. aish. sedeh la tali jam patah. balik nk perbaik tapi tengok skru dia dah hilang. hailaa. sedehnya. xmau tukaq tali baru. T_T

2. aish. malasnya la nk peking bag. cuti takat 4 ari cam xda rupa cuti ja. aish. pukui 6 nih dh nk kena balik k.l. first time balik kl naik ketapi. sampai esok tah pukui bapa. kalau larat, sampai la aku ke kelas pagi esok. kalau dak, sampai atas katil ja la. kui3.

3. aish. dah sampai seminit dah ka? rasa cam dah lebih seminit. ha ha ha. aish2.


habis.

Frown

Friday, May 20, 2011

siapa tak tengok Nur Kasih (review)



dok pikiaq-pikiaq nak buat review ka dak pasai Nur Kasih the Movie. aku rasa kalau tak buat review pun, memang ramai orang akan pi tengok. setakat review aku nih, apa la sangat kan. kui3. tapi, disebabkan cerita nih best, aku rasa aku patot cakap jugak la. ha ha ha.

what do you expect from the movie? i expect...everything? boleh? haha. sebab kalau tengok dari trailer dan in the making, macam-macam anggapan ada.

mesti adam mati nihh....

...eh, nur kena tembak la. nur mati ke?

ish2. tapi, aidil kata dia janji dengan adam dia akan jaga nur selagi dia ada....

...aidil kawen dengan nur ke? maknanya adam mati lah...?

siyes. i expect everything. but for sure, cerita nih memang sedeh boleh meruntun jiwa. kalau tengok dari awal, dah siap ada effect kebabom kebabom dah. pandai pengarah. buat penonton teruja nak tengok.

apa jadi?...
...sapa kena bom tuh?

bila dah tak senang duduk, cerita di'flash back' semula enam bulan sebelum itu. dimulakan dengan kesedihan aidil dengan kematian isteri dia. aku tabik betul dengan watak anak aidil nama ilyas. subhanallah. pandainya dia berlakon. walaupon kecik, tp dia dah boleh paham apa yang abah(or ayah?) dia rasa. satu dialog dia buat aku tersentuh,

"habis tuh, abah nak tidur dengan siapa?

aduh. mana tak kelu lidah nak menjawabnya. T.T

jap. kat mana kita tadik? oh. bila dah flash back, mula-mula diceritakan kebahagian adam dan nur. bila nur mengandung, adam lagi bertambah bahagia. tapi semua berubah bila nur keguguran. satu-satu dugaan menimpa hubungan cinta mereka. nih memang betul-betul menguji jiwa dan perasaan.

tapi kalau ingat cerita nih pasai cinta semata-mata, memang silap la kot. kalau hayati betul-betul dialog dia, ada sindiran sikit. sarkastik orang kata. aku tertarik part yang adam cuba pujuk ustaz datang bagi ceramah tuh.

"kalau setakat nak dakwah dekat orang-orang masjid yang dah sedia celik, siapa nak tolong budak-budak yang tak tahu apa-apa nih?"

lebih kurang macam tu la ayat dia. tapi kebanyakan ayat adam buat aku mengangguk sorang-sorang. tapi ayat ustaz tuh pun betul jugak. nampak kat sini penulis skrip tak nak nampak si ustaz tuh seorang yang jahil. cuma, dia ajak kita lebih berfikir cara yang lebih baik. hurm.

kadang-kadang penonton dipaparkan dengan bayangan(secara fizikal, cuma tak nampak rupa) tangan orang tua, bebaju hitam. aku terpikir jugak, ceta seram jugak ka nur kasih nih? memang tertanya-tanya la, siapa nih? misterinyaaa. sampailah ke klimaks cerita aku kira, barulah si tua berbaju hitam tuh muncul. menarik cara penceritaannya. buat aku rasa cam, wah..rupanya macam tuh. you know what i mean kan?

jujurnya 100 minit dalam panggung tuh tak terasa. sebab plot bergerak agak pantas. tapi still, part romantik tak tinggal. hehe. sweet sangat lah adam dengan nur. dan bila dah sampai klimaks, semua dah hampir terungkai.

apa jadi pada adam?
pada nur?
pada aidil?

semuanya akan terjawab di akhir cerita. hehe. kena tengok sendiri la kot. tak rugi tengok. cerita best, effect best(walaupun memang tak boleh lawan merong la kan), sinematografi cantik, pelakon yang mantap, skrip yang menarik, pengarahan yang berkesan, apa lagi alasan yang ada untuk tidak menonton? *haha. bajet promoter filem.*

soalan cepu emas: menangis tak tengok cerita nih?

jawapan cepu gangsa: wa hati keras-keras kerak nasi. start cerita pun wa dah nangis. jangan tanya la ending wa nangis ke tak. ha ha. tak rock la kalau TAK nangis.

bergambaq dengan artis

notakakiku: tak sia-sia bangun awal nak dapat tiket awai, row cantik punya. memang menunggu gate pawagam buka la. hahaha. *tak sangka obses jugak aku nih. heh.*

Tuesday, May 17, 2011

short sem yang short


insyaAllah dua hari lagi dah nak midterm. cepatnyaaa. rasa macam baru ja masuk sem baru. heh. nama pon short sem, filzah. semua kena pantas-pantas. tiga subjek semester nih rasa cam enam subjek. dengan dua subjek yang berat, memang agak tercungap-cungap jugak la.

19/5
intoduction to information technology

24/5
special needs education

25/5
preschool arabic

awal-awal dah IT. gap 6 hari memang tak terasa langsung la. ari-ari ngadap buku ngalahkan amek course IT. subjek wajib, memang tak da pilihan. nak tak nak kena amek. walaupun tak brapa nak nampak connection antara blajaq IT dengan childhood education, tapi at least i learn something new. menarik jugak IT nih sebenarnya. cuma banyak benda yang perlu diingat. ya Allah, permudah kan aku, ya Allah.

please do pray for me. :)

notakakiku: all the best to semua yang tengah berjihad di jalan ilmu! semoga dipermudahkan semua. amiin.

Monday, May 16, 2011

hari ni hari guru


berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi.

siapa tak kenal pantun nih. kalau setiap Hari Guru ja mesti sajak arwah Usman Awang nih dideklamasikan. tapi siyesly, kalau budak2 dulu memang main hafal ja sajak nih. paham nya tidak. hehe. tapi bila Hari Guru, memang best. time nih la nak tengok cikgu-cikgu menyanyi 'Kami Guru Malaysia' dengan semangatnya. time nih jugak la nak tengok cikgu-cikgu main. time nih jugak lah kelas semua xda, horeh horeh boleh bergumbira.

tapi kalau Hari Guru setakat pikir pasai tuh ja, memang tak best la kan. sekurang-kurangnya beli la something kat guru kita tuh. ye ke? ha ha. kalau aku sebagai cikgu pon, xnak la minta apa-apa. cukuplah kalau dapat tengok anak-anak murid berjaya.

sebut pasai adiah Hari Guru, tringat zaman sekolah dulu, berebut nak bagi adiah kat cikgu. ingat lagi time aku tadika, ada sorang budak nih bagi bunga kat cikgu tadika aku. balik tu, terus aku suruh mak aku beli bunga jugak. esok tuh terus aku bagi. tak tau pun sebab musabab budak tuh bagi bunga. tak tahu pun hari tu Hari Guru. tapi, kalau dah nama budak2 mana bleh tengok orang lebih sket, nak jugak dia. huu.

then bila dah besaq sket, masuk skolah rendah, dah tahu dah, "ooh, 16mei Hari Guru.." jadi memang 16 mei hari yang ditunggu-tunggu jugak la untuk bagi adiah kat cikgu. satu adiah yang aku tak leh lupa, klip rambut. cikgu kelas aku cina. time darjah 5. dia suka ikat rambut ekor kuda dan sepit rambut dia dengan klip rambut bentuk riben. jadi, aku pun nak jugak bagi klip rambut supaya nanti time dia p skolah dia pakai klip rambut yang aku bagi. bangga la sket kan. tapi, seingat aku, tak da la pulak dia pakai. ha ha. tuh la, niat dah tak elok, mana Allah nak bagi. ha ha.

bila masuk skolah menenangah, aktiviti bagi adiah nih dah semakin hilang keterujaannya. kalau bagi pun untuk cikgu-cikgu kelas ja. tuh kira ok lagi la kan. sebab bila dah masuk asrama form 4 dan form 5 terus tak dak bagi apa pun. heh. tapi time form 4 ada jugak tringat nak bagi. dah siap beli pon kad Hari Guru. tapi entah sebab pa, tak sampai-sampai pun kat tangan cikgu. malu barangkali. malu?

tapi, sebenarnya aku simpan dulu adiah sampai habis SPM. bila result kuaq, aku nak sampaikan sendiri kat cikgu-cikgu. walaupon result xdak la gempak sangat tapi bila dapat pelukan dari cikgu i feel like, 'ya Allah, nih la adiah yang aku nak bagi sangat-sangat'. aku pi kat sorang cikgu dan kata, 'tak sangka boleh dapat A, cikgu. terima kasih.' dan at the time cikgu peluk aku sambil kata 'tp cikgu sangka. cikgu tau kamu boleh!' dah buat aku speechless. ya Allah, betapa hebatnya perasaan seorang guru!

sebab tuh la sampai sekrang aku tak brani nak main-main dengan insan yang bergelar guru nih. biarlah apa pun kekurangan guru kita, garang tera mana pun, janganlah sampai hati mereka terguris. biaq kita terguris tak pa. sebab kalau skali mereka dah tak redha, susah hidup kita. nauzubillah.

buat semua guru-guru dari sekolah tadika(tadika kemas tgj), sekolah rendah (sk seri indra) sampai sekolah menengah(smkap dan sbpikp) dan lecturers kat intec dan iic...

Selamat Hari Guru! Terima kasih, cikgu!

dan buat guru-guru aku sejak aku mengenal dunia, Encik Ramli Ismail dan Cikgu Rokiah Nor, thanx for everything. :)

notakakiku: alfatihah untuk arwah Cikgu Suhaini, cikgu tadika aku time 5 dan 6 tahun.

Saturday, May 14, 2011

berat

if only they know the truth...

once kita buat something bad, orang akan ingat sampai bila-bila kan? berbanding kita buat banyaaaakk something good, orang tetap akan ingat yang bad jugak. walaupun sometimes, it is not our intention to do that something bad. not even in our mind. but still, kita tak terlepas terbuat salah, intentionally or not. nobody's perfect? yap.

tapi, salahkah pulak kalau orang yang dah buat something bad then dia try to minta maaf? yes, the bad is still the bad. tapi bukankah kita tak sepatutnya memutuskan persaudaraan? dan kita sepatutnya membenci perbuatannya bukan dirinya. kan?

Allah.

Berat kalau buat salah dengan manusia. sebab kita kena minta maaf kat dia dulu baru Allah terima taubat kita. but, macam mana kalau kita dah mnta maaf but still no response from them? orang kata, kita punya bahagian dah selesai kalau kita dah minta maaf. orang tuh nak maafkan ke tak, tuh terpulang pada dia. betul ke?

but, kita akan still rasa berat sampai la kita tahu orang tuh dah maafkan kita. kan?

Allah.

please do accept my apologize...:(

Sunday, May 01, 2011

anak bapak





captured and edited by: fazli ramli

cilok dari abang punya. kuikuikui. hari tuh lupa nak letak dalam entri of book fair and his birthday. *sebab ada orang kalut nak guna brokband aku. aish. aku pantang tengah-tengah aku feeling nak update blog, orang datang jenguk-jenguk. huu.* tak pa. kita tunjuk kat entri baru nih la eh. hehe. :)

happy belated birtday, pakcik ramli. :)

notakakiku: selamat hari buruh!

Friday, April 29, 2011

langsir biji remia



Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirmkan sepucuk surat cinta pada dia?

Duha hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.

****

Umair- kebiasaan lelaki zaman sekarang. mementingkan kesempurnaan. sehingga rasa hati yang disimpan bertahun-tahun dibunuh disebabkan ketidaksempurnaan. one word for him, stupid. *emo gila aku. padahal watak nih sekadar rekaan ja. ha ha ha.*

Muhsin- susah nak cari laki macam nih zaman sekarang. datang tanpa diduga. *sebab aku ingat novel ni berkisar tentang duha dan umair ja.* awal-awal kemunculan dia, aku rasa watak ini sekadar penyibuk. tapi akhirnya, aku telah jatuh suka kat muhsin. ha ha ha.

Duha- pada mulanya sangat rendah diri dengan kekurangan diri. sedar pada kekurangan diri, dia tak mengharap apa-apa pada cinta. tapi jauh di sudut hati, dia menunggu. *kadang-kadang aku paham apa yang duha rasa. rasa aku seperti dia.* eleh, ang bukan macam duha. ang macam si umair. tak pandai beza kaca dan permata. hurm.



novel ni berjaya aku habiskan semalaman, bertemankan langsir jambu air. menurut saudara imaen, dalam buletin jemari seni, novel ini biasa-biasa saja. ya, novel ni biasa saja tapi pengisian yang dapat sangat luar biasa. betullah apa yang dikatakan dalam blurb di belakang buku ini.

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat Dia.

notakakiku: ini bukan novel cinta. ini novel buat aku berfikir panjang.

Monday, April 25, 2011

of book fair and his birthday


alhamdulillah. tahun nih aku masih berkesempatan melawat(melawat?) pesta buku antarabangsa kuala lumpur. sejak duk selangoq dan kl dari akhir tahun 2007, rasanya tak pernah miss lagi pesta buku kat kolumpo nih. dulu dok kampung, x dak can pon nak pi. tengok ja la dari jauh. tunggu orang bawa pi rombongan baru la dapat nak jenguk. tuh pun pi time orang dah nak tutup kedai. kui3.

tahun nih, pi dengan adik-adik housemates. aku paling tua. tapi bila jalan beriringan nampak aku yang paling muda. kahkahkah. gila perasan. haip. tp ada betul jugak la. maybe cara dressing aku cam budak-budak. omg. budak-budak ke? ha ha ha. jangan perasan buleh dak. ha ha ha.

Align Centre
yaka cam budak? cam makcik tua pun ada. kah3.

haip. dah melencong ke kutub utara pulak cerita nih. bajet aku untuk beli buku(baca=novelsss) ialah rm100. tapi, buku yang rasa nak dibeli ada dalam 10 buah. macam mana ni? macam mana nih? mana nak cukup bajet. wuuuu. tak pa la. beli novel yang latest ja la. kira-kira semua ada enam buah ja selepas dua buah kena rejek sebab takut bajet lari. pi bayaq, bratuq kat kaunter. debaq2 la jugak, kot2 duit tak cukup nak bayaq. kalau tak cukup memang bai-bai la salah satu novel tu. wuuu.

tit tit tit. (bunyi mesin cash kecing2)
semua rm93.20. kata akak cashier tuh.

piiiiu. selamat tak lebih seratus. berjaya jugak la membeli novel-novel tersebut. tapi sekarang nih semua masih dalam simpanan. busy bebenor sem pendek la nih. tak dapat nak bernafas lagi di kala ujung minggu. tunggu time tak dak assignmen dulu la baru bleh golek-golek atas katil sambil baca novel (plus berangan. kahkahkah) sabaq ya.

the novels :)

oh. sebelum balik, singgah sogo untuk lunch. lunch jadahnya filzah oi. pukui 4 dah time tuh kot. heh. pi la kat foodcourt dia. waa. sayoq sedap. kailan ikan masin. tapi tapi tapi. lauk tak dak. nak makan ngan lauk apa? (bibiaq bawah jatuh juntai 45 darjah) tiba2 ternampak la kepala ikan kukus. mak oi. sedapnya la hai. tapi cam mahal ja. habis la duit aku ari nih. pikiaq punya pikiaq tak kan sampai 10rm kot nasi+ikan+sayoq. kompiden la ngambil kepala ikan sekoq. pi nak bayaq. akak cashier tuh kata, 9.50rm. piuuu. selamat tak lebih 10rm. aku pon bok kuaq la duet 10rm dgn kompiden yang tinggi. aik. apsai kat mesin cash kecing2 tuh tulis 11rm. aku salah dengaq ka. waaa. betul la aku salah dengaq. semuanya rm11. bukan 9.50rm. wuuuu~ lari bajet aku. :(

balik tuh, bila mak tepon, ngadu la kat mak. makan mahai ari nih. nasi+sayoq kailan+kepala ikan=rm11. tau mak jawab pa?

"ikan la nih memang mahai. tak pa la. kalau bab makan mak tak kesah. makan la bapa pon. dah tringin. tak yah terkilan la aih. tuh beli novel sampai dekat seratus tak terkilan plak."

...
...
...

ok. tak dapat nak jawab pa dah.

******

23/4/2011

yes. today is his birthday. HAPPY BIRTHDAY MY BELOVED FATHER. semoga panjang umoq dan murah rezki. amiin. thank and sorry for everything.

nah kek birthday! sebijik cam kek bestday mak. :D


notakakiku: perasan dak, birthday mak 24/3. birthday ayah 23/4. senang nak ingat kan? kalau aku 27/8, siapa plak 28/7? kahkahkah.

Thursday, April 21, 2011

hurt me yes

please keep hurting me again and again. because i wanna hate you more and more.
cikdekja, 2011


...
..
.
i had said this once before. to myself of course. but then i started to forget. and forgive.


but tonight, when the things suddenly cross my mind, i think i wanna say that again.

please keep hurting me again and again. because i wanna hate you more and more.
...
..
.
ha ha. *gelak jahat tak jadi*


notakakiku: sapa nak aku benci dia, cepat2 la sakitkan ati aku. :P tp tgk keadaan jugak la. ha ha ha. *ceh. ayat kat atas cam beria sangat ja nk marah. kahkahkah. eh. sapa kata aku marah. mana da marah. tak marah aih. :)

Tuesday, April 05, 2011

getaran cinta dijiwa

wtheeel tajuk nak romantik ja?


getaq. tuh yang sebenarnya. cinta? naaa. jiwa? erm2. ada la jugak kot. jiwa kacau.

assalammualaikum and a very good morning to all my fellow candidates and teachers. Global warming is a serious phenomena nowadays. It occurs when the greenhouse gasses trap in the atmosphere and bla bla bla.

see. jiwa kacau. @$$%^&%. maaf.

aish. tomorrow is my speaking test for muet. yeah, suddenly i feel like talking in english. or write? ok. whatever. so, that is the reason why i feel like love shaking in my soul? !#$%^ yes, my speaking test is tomorrow. tomorrow? yap. to be precise, tomorrow morning. early morning. the first session. omg. i have not more than 24hours to prepare my speaking. speaking? what the need to prepare. ala. cakap ja la. nak prepare mendeeeee? really? if i am an english speaker at home and english is my first language, maybe, i said maybe, i do not have to worry about it. but unluckily im not. i am just a malay-pekat-utagha speaker at home and my first language is malay. so, if it is a speaking for mumt (malaysia university malay test), i do not have to worry at all. but, again. unluckily, it is not. so sad.

aish. worry, worry, worry lah.

aip. what lah-lah? potong markah.

arggggh. down.



myfeetnote: pray for me. i really hope everything will be fine tomorow. from the time i go, until i finish, hope everything will run smoothly. amiin. *lancarkan lah tutur kataku, ya Allah*

stillmyfeetnote: sorry, my english is really broken. :(

Thursday, March 24, 2011

cikgu rokiah

tak pernah satu sekolah dengan mak apatah lagi diajaq oleh mak sendiri. tapi, dari pandangan aku mak aku di sekolah macam agak tegas. orang utagha panggil cenge. cenge macam mana xtau la kan. tapi agak digeruni oleh budak-budak jugak la nampaknya. kui3.

pernah time kecik-kecik dulu, mak bawa aku pi sekolah time kelas tambahan petang2. dok tercatak la aku kat blakang tuh sorang-sorang. dari cara mak ajaq, agak lantang jugak la suara dia. tak macam suara aku yang agak tak cukup volume nih. tapi biasa la, ajaq sejarah sapa yang minat sangat. ya. mak aku ajaq sejarah sebab tuh anak dia nih suka sejarah. suka yang betui punya suka. bukan suka yang ada '..'. okeh. tak yah explain pun xpa. buat orang lagi tak paham ja.

cikgu rokiah kat sekolah dengan cikgu rokiah kat rumah rasanya macam tak banyak beza. tegas pada tempatnya. ya la, dapat anak ganas cam aku nih mesti la kena tegas sket. walaupun luaran nampak ja aku nih cam baik, tp hakikatnya suka buat perangai tak ketahuan hala. tapi tak da la syaitan sangat, cuma kadang2 perangai aku unpredictable. tiba-tiba boleh terbakaq dapuq sebab kunun-kunun nak masak tapi lupa tutup gas. nih ceta time kecik-kecik, la dah reti dah.

antara aku dengan mak ada beberapa persamaan yang aku rasa sama.
1) mak minat melukis. aku pun minat jugak tapi tak sepandai mak lukis.
2) mak minat masak. aku minat jugak, tapi tak da lagi la masakan yang boleh dibanggakan setakat ni.
3) mak minat berkebun, aku minat jugak, tapi tanam pokok pun tak pernah nak tumbuh.
4) mak minat menjahit, aku minat jugak, tapi kalau jahit guna mesin selalu bengkang bengkok.

aish. biasa la, anak mak.


betul la orang kata, kita tak kan tau cmna perasaan seorang ibu sampailah kita jadi seorang ibu. aik. cam tak da kaitan. sat. nak tukaq ayat lain sat.


semula.

betul la orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. ada kaitan? ya. macam ada.

apa apa pun, Selamat Hari Jadi, mak! semoga panjang umoq dan murah rezeki juga sehat tubuh badan. amiin.

kek nih ja yang mampu dikirim dari jauh. :)

notakakiku: ini bukan cikgu norkiah yang dalam ceta masam-masam manis tuh.

Friday, March 11, 2011

lari?

lari
jangan berhenti
tsunami datang lagi

lari
jangan berhenti
kalau kau tak mahu mati

lari
jangan berhenti
kalau kau takut mati

tapi
aku tak lari
kerna kutahu
kematian itu hakiki

(cikdekja, 2006)


sajak lama. buat untuk masuk pertandingan semperna minggu bahasa time sekolah dulu. ada tiga sajak aku antaq. yang nih la yang aku buat tanpa kesungguhan sangat. hanya menulis apa yang dirasa. bahasa tak bombastik langsung. tak tau camna boleh menang.

...
..
.

erm. tadi dapat berita dari seorang kawan yang ada kat area tokyo sekarang nih. alhamdulilah, selamat. setakat ni, tak da lagi rakyat malaysia yang terkorban. agak risau sebenarnya. ramai kawan aku kat sana. tapi, bila dapat chating sekejap tadi, rasa lega sket. harap yang lain-lain pun sama.

moga semua dilindungiNya. amiin.

notakakiku: moga aku tenang juga. :D

gempa

harap rakan-rakan di sana selamat semuanya.









wherever you are, i hope you are in a safe condition. amiin, amiin, amiin.

Sunday, February 27, 2011

sadis kuasa tiga


selepas kesedihan berpanjangan tidak dapat melancong, kesedihan berterusan lagi dengan kemungkinan besar cuti final exam semester kali ini tidak dapat dilanjutkan. T_______T sedeh oih. dah la nak dapat cuti seminggu pun susah. nih dah dapat, tak dapat bercuti dengan sepenuh perasaan cuti. T_______T menangis lagi sesungai.

awatnya plak tak dapat bercuti dengan penuh perasaan?

ang tanya lagi awat? wuuu. sebab MUET la. kejadahnya la pulak tetiba buat time cuti final nih. sebelum nih dengaq kata bulan 5. tup tup bulan 4 dah exam. dah la sepatah haram aku tak tau papa pasai muet nih. memang terbaik la kan. preparation selama sebulan saja untuk peperiksaan besaq camni. dah la susah oi. kalau periksa upsr tuh pun prepare sampai setahun. nih MUET. muet ok. bukannya senang macam makan kuaci. eh. makan kuaci pun susah.

aish. risau risau risau la camni.

okeh. lupakan seketika pasai muet itu. niat dihati nak rilek-rilek golek-golek atas katil sambil layan perasaan menonton hindustan. semangat gilak suruh kakyun minta balik cd rab ne bana di jodi aku nih dari kawan dia. niat dihati memang nak tengok sangat-sangat lah. bila aku nak tengok, segala rintangan api lautan bergelora memang sanggup aku tempuhi. malangnya tiada rintangan api apatah lagi lautan bergelora. yang ada cuma tempat cd yang bengong-tak boleh-bukak-apatah lagi detect-memang mencabar kesabaran aku. ha. kan dah mula dah buat ayat semput. waaa. kecewanya la dengan laptop sendiri. apakah masalahnya pun aku tidak dapat mengerti. rupa-rupanya masih belum ada persefahaman antara kita *(^%&$#@.

dah la. malas la camni. kecewa.

Friday, February 25, 2011

sadis


kejadahnya susah benar nak pi melancong nih?

memang la susah. ang ingat pi melancong nih cam nak balik perlis ka?







T__________________T

memang aku surrender awai-awai la camni. mana nak korek duit. isk. sadisnya. hobi tak kena dengan kemampuan. nampaknya aku travel guna google earth ja la. loser gilak.




notakakiku: babai sakura. babai national museum of nature science. babai malaysia airlines. jumpa lagi di tahun duit aku ada. tahun bila la tuh. T_T

Wednesday, February 23, 2011

anak mak yang dah besaq sket


setelah fikir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan untuk keluaq jugak ahad tuh. tapi kejap ja la. sebab nak p mid tuh pun ada la dalam sejam setengah. tak masuk kalau komuter lambat lagi. bas nak tunggu pun kadang2 tak muncul2. jadi, dalam 5.30 mesti dah kena bertolak balik gombak. kalau tak, sampai sini malam. takot la jugak. kui3.

pukul 11.30 aku dah gerak. pukul 12.3o kumpul kat sana. tukaq lrt dan train sana sini, akhirnya berjaya jugak sampai mid. tuh pun dah nak dekat pukul 1 dah. depa yang lain dah sampai. ada la 6 orang. 4 laki 2 pompuan. time aku sampai tu, kak yaya belum sampai lagi. seb bek la. ingatkan aku yang lambat sekali. :D

bila semua dah cukup, kami pun bertolak menuju ke food court the garden. jauhnya cari makan. perut dah lapor nih. cari punya cari, akhirnya jumpa jugak. exclusive kot food court situ. agak jakun seketika. pusing-pusing cari makan, akhirnya aku pilih makanan yang aku tak pernah makan. thai food. apakebendatah nama dia. something with pineapple. pineapple rice(?) kot. nak tengok rupa nasi tuh cena? dia cm nasi goreng biasa ja. cuma tambah pineapple dengan tabur kerabu kat atas tuh. yang uniknya, nasi tuuh dia letak dalam nenas yang dikorek. bleh bayang tak? jap nak try lukis.

gigih aku melukis. padahal bleh ja google. heh.

lepas makan-makan, pi solat semua, masa untuk boling!! weh. bangga nak habaq weh. aku berjaya mendapat jatuhan pin sebanyak 82 untuk satu game. first time weh. sebelum nih plg tggi pun 60 ja. ha ha ha. tapi bangga jugak nak habaq sebab dua kali tak dak pin jatuh. bola terbabas dalam longkang. kuikuikui. juaranya mestila zuhai(ke quchai? aku rasa zuhai. aaaa. konpius sat.) beza satu pin ja dengan zieda.

habis tuh ang no bapa? gebang cam no 1 ja.

heh. aku no 3 ja.

no 3? betui ka?

betui la. kahkahkah. kembang kempis hidung sebab selalu dok dapat no last jaaa. kahkahkah.

habis main, sembahyang asar dulu sebelum jalan-jalan. aku dah kena beransuq awai dah. takot train lambat. 5.45 aku dah gerak. lambar 15 minit dari plan asal. sebelum balik, berjaya la aku cekau komik Dik Cerdas(ya. komik shinchan tuh.) dan kfc fish donut combo. kahkahkah. tahniah la ya. berjaya menghabiskan duit dengan jayanya. T__________T

apa apa pun, best la dapat jumpa mereka dan mereka. habis tensen-tensen dilepaskan bersama bola-bola boling tuh. :)

notakakiku: rasa cam nak beli kamera sebijik la. enset aku nih canggih sangat. try korek-korek cari lubang kamera tapi tak jumpa. oh, enset cikai rupanya. T___T

Saturday, February 19, 2011

anak mak yang tak besaq-besaq


Esok kakja nak kuaq p midvalley xpa dak. tp kakja kuaq sorg. jmpa kwn2 sbpikp kt sna. xpa ka?

delivered to:
ibuku


aish. dah memang jadi tabiat aku kalau nak kuaq p mana-mana mesej mak dulu. kalau mak bagi, baru rasa tenang sket nak kuaq. kalau dak, rasa x kena ja. kot-kot jadi pa, tak ka nyesal tak sudah. aish. nauzubillah.

tapi bila minta pun, kadang-kadang tak semua dapat pelepasan. ha ha. dah la aku nih stail suka kuaq secara solo. malas nak nyusahkan orang. tapi secara tak langsungnya aku dah nyusahkan hati mak aku. kahkahkah. maaf mak. tak buat dah.

tapi tuh la*tapi lagi?*. benda yang kadang-kadang kita rasa cam tak-pa-la-buat,- bukannya-buat-pa-pun-pi-jumpa-kawan-kawan-ja tuh la yang sebenaqnya bukn sekadar tak pa. ha. dah start buat ayat pening. ya la. kita ingat memang tak pa. tapi sebenaqnya kita tak tau sebarang kemungkinan yang akan berlaku. kalau jadi papa, mmg nyesal tak sudah la. jd kalau mak dah tak bagi, lebih baik duk diam-diam dengaq cakap mak.

kadang-kadang terpikiaq jugak. aku dah 22 tahun. tapi still kena report nak p mana-mana kat mak dulu. tapi aku tak kisah pun. dah jadi tabiat. kalau tak buat tuh yang rasa kisah. sebab aku kan anak mak yang tak besaq-besaq. :')

habis tuh smpai bila ang tak nak besaq, filzah?

....
...
..
.

bukan tak nak besaq. cuma aku rasa aku masih perlu buat semua tu. aku masih bawah tanggungjawab mak ayah. lain la kalau dah ada suami. nanti aku report kat suami plak la. tuh memang perlu kot. tak cium syurga kalau kuaq tanpa izin suami. eh. eh. wtheeeel tiba-tiba emak menjadi suami plak nih?





betul la orang tua-tua kata. nak jaga sorang anak pompuan lebih payah dari jaga lembu sekandang.

notakakiku: aish. tgh pikiaq nak p ka dak esok. mak macam tak bapa nak bagi. sebab jauh+aku sorang-sorang. tapi, mak suruh pikiaq la. aish. kalau dah suruh pikiaq ni yang aku rasa cam x perlu ja aku pi. lampu x bapa nak green. kuning lagi sekrang nih. -_-'