Monday, May 16, 2011

hari ni hari guru


berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi.

siapa tak kenal pantun nih. kalau setiap Hari Guru ja mesti sajak arwah Usman Awang nih dideklamasikan. tapi siyesly, kalau budak2 dulu memang main hafal ja sajak nih. paham nya tidak. hehe. tapi bila Hari Guru, memang best. time nih la nak tengok cikgu-cikgu menyanyi 'Kami Guru Malaysia' dengan semangatnya. time nih jugak la nak tengok cikgu-cikgu main. time nih jugak lah kelas semua xda, horeh horeh boleh bergumbira.

tapi kalau Hari Guru setakat pikir pasai tuh ja, memang tak best la kan. sekurang-kurangnya beli la something kat guru kita tuh. ye ke? ha ha. kalau aku sebagai cikgu pon, xnak la minta apa-apa. cukuplah kalau dapat tengok anak-anak murid berjaya.

sebut pasai adiah Hari Guru, tringat zaman sekolah dulu, berebut nak bagi adiah kat cikgu. ingat lagi time aku tadika, ada sorang budak nih bagi bunga kat cikgu tadika aku. balik tu, terus aku suruh mak aku beli bunga jugak. esok tuh terus aku bagi. tak tau pun sebab musabab budak tuh bagi bunga. tak tahu pun hari tu Hari Guru. tapi, kalau dah nama budak2 mana bleh tengok orang lebih sket, nak jugak dia. huu.

then bila dah besaq sket, masuk skolah rendah, dah tahu dah, "ooh, 16mei Hari Guru.." jadi memang 16 mei hari yang ditunggu-tunggu jugak la untuk bagi adiah kat cikgu. satu adiah yang aku tak leh lupa, klip rambut. cikgu kelas aku cina. time darjah 5. dia suka ikat rambut ekor kuda dan sepit rambut dia dengan klip rambut bentuk riben. jadi, aku pun nak jugak bagi klip rambut supaya nanti time dia p skolah dia pakai klip rambut yang aku bagi. bangga la sket kan. tapi, seingat aku, tak da la pulak dia pakai. ha ha. tuh la, niat dah tak elok, mana Allah nak bagi. ha ha.

bila masuk skolah menenangah, aktiviti bagi adiah nih dah semakin hilang keterujaannya. kalau bagi pun untuk cikgu-cikgu kelas ja. tuh kira ok lagi la kan. sebab bila dah masuk asrama form 4 dan form 5 terus tak dak bagi apa pun. heh. tapi time form 4 ada jugak tringat nak bagi. dah siap beli pon kad Hari Guru. tapi entah sebab pa, tak sampai-sampai pun kat tangan cikgu. malu barangkali. malu?

tapi, sebenarnya aku simpan dulu adiah sampai habis SPM. bila result kuaq, aku nak sampaikan sendiri kat cikgu-cikgu. walaupon result xdak la gempak sangat tapi bila dapat pelukan dari cikgu i feel like, 'ya Allah, nih la adiah yang aku nak bagi sangat-sangat'. aku pi kat sorang cikgu dan kata, 'tak sangka boleh dapat A, cikgu. terima kasih.' dan at the time cikgu peluk aku sambil kata 'tp cikgu sangka. cikgu tau kamu boleh!' dah buat aku speechless. ya Allah, betapa hebatnya perasaan seorang guru!

sebab tuh la sampai sekrang aku tak brani nak main-main dengan insan yang bergelar guru nih. biarlah apa pun kekurangan guru kita, garang tera mana pun, janganlah sampai hati mereka terguris. biaq kita terguris tak pa. sebab kalau skali mereka dah tak redha, susah hidup kita. nauzubillah.

buat semua guru-guru dari sekolah tadika(tadika kemas tgj), sekolah rendah (sk seri indra) sampai sekolah menengah(smkap dan sbpikp) dan lecturers kat intec dan iic...

Selamat Hari Guru! Terima kasih, cikgu!

dan buat guru-guru aku sejak aku mengenal dunia, Encik Ramli Ismail dan Cikgu Rokiah Nor, thanx for everything. :)

notakakiku: alfatihah untuk arwah Cikgu Suhaini, cikgu tadika aku time 5 dan 6 tahun.

No comments:

Post a Comment

jom merapu skalik...tima kasih~=)