Sunday, February 19, 2012

kelapangan

have faith in Allah.

dua kali Dia ulang.

"Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan."
"Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan."

dan Dia sambung lagi.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,"

usaha biar sungguh-sungguh. bukan hanya harapkan keajaiban.

jadi, kepada siapa yang perlu kita harapkan?

"dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

siapa Tuhanmu?

only Him.

yes, only Him.

:)

cantikkan ayat-ayat cintaNya?

notakakiku: alhamdulillah, although things seem to be hard at first, but finally I can smile. Hope the rest will run smoothly. insyaAllah. just pray for the best.

Sunday, February 05, 2012

di simpang jalan



"Biar aku yang berjuang dengan senjata untuk membebaskan tanah air kita. Kau.. kau.. berjuang mencelikkan mata anak-anak kita."
Haji Zawawi, Di Simpang Jalan (A. Samad Said)

Baucer buku 1Malaysia yang aku dapat, satu perempatnya aku habiskan dengan buku-buku novel/cerita. dua daripadanya karya Sasterawan Negara A. Samad Said. Di Simpang Jalan dan Cinta Fansuri. rasanya novel baru beliau. rasanya la. sebab aku bukan pengikut novel-novel klasik sangat.

percayalah, kalau baca novel karya A. Samad Said nih kita akan dapat bayangkan sendiri latar tempat dan masa serta ragam wataknya. serius. yang tu yang buat orang tak boleh berhenti baca. setakat novel setebal 96 muka surat ni boleh ja dihabiskan dalam masa setengah hari (tapi aku ambil masa 2 hari nak habiskan sebab banyak keja TT).

apa lagi yang boleh aku katakan dengan novel ini?

memberi inspirasi. ya. watak Jamri, kanak-kanak yang cantik dan cerdik, bercita-cita tinggi nak masuk madrasah. tapi umurnya yang muda membantutkan impiannya. jadi, apa dia buat? dia buka madrasah dia sendiri dekat bawah kolong rumahnya dengan mengajar anak-anak yang lebih muda daripadanya. comel bukan? :)

tau tak apa yang diajar? pelajaran yang sama ja setiap hari, belajar alif hingga ha. aduh. anak kecil sebegitu pun ada usaha dan kesungguhan nak menuntut ilmu. kita yang dah besar (baca=tua) nih pula malas. ada majlis ilmu ja lari. sedih dengan diri sendriri.

oh ya. latar masa cerita nih dekad 40an. zaman Jepun mula mendarat di Tanah Melayu. sebab tuh Jamri tak belajar ABC tapi alif ba ta. tapi siapa pula Haji Zawawi? siapa pula 'kau' dalam dialog di atas? Jamri? atau ada watak lain?

haa. itu kena baca sendiri novel Di Simpang Jalan ni. hehe. selamat membaca!

notakakiku: novel nih tak da la baru sangat. cetakan tahun lepas. aku ja yang baru tau. sebab lama tak pi kedai buku. kahkahkah.