Darren Hayes - Insatiable


Powered by mp3ye.eu

Sunday, February 05, 2012

di simpang jalan



"Biar aku yang berjuang dengan senjata untuk membebaskan tanah air kita. Kau.. kau.. berjuang mencelikkan mata anak-anak kita."
Haji Zawawi, Di Simpang Jalan (A. Samad Said)

Baucer buku 1Malaysia yang aku dapat, satu perempatnya aku habiskan dengan buku-buku novel/cerita. dua daripadanya karya Sasterawan Negara A. Samad Said. Di Simpang Jalan dan Cinta Fansuri. rasanya novel baru beliau. rasanya la. sebab aku bukan pengikut novel-novel klasik sangat.

percayalah, kalau baca novel karya A. Samad Said nih kita akan dapat bayangkan sendiri latar tempat dan masa serta ragam wataknya. serius. yang tu yang buat orang tak boleh berhenti baca. setakat novel setebal 96 muka surat ni boleh ja dihabiskan dalam masa setengah hari (tapi aku ambil masa 2 hari nak habiskan sebab banyak keja TT).

apa lagi yang boleh aku katakan dengan novel ini?

memberi inspirasi. ya. watak Jamri, kanak-kanak yang cantik dan cerdik, bercita-cita tinggi nak masuk madrasah. tapi umurnya yang muda membantutkan impiannya. jadi, apa dia buat? dia buka madrasah dia sendiri dekat bawah kolong rumahnya dengan mengajar anak-anak yang lebih muda daripadanya. comel bukan? :)

tau tak apa yang diajar? pelajaran yang sama ja setiap hari, belajar alif hingga ha. aduh. anak kecil sebegitu pun ada usaha dan kesungguhan nak menuntut ilmu. kita yang dah besar (baca=tua) nih pula malas. ada majlis ilmu ja lari. sedih dengan diri sendriri.

oh ya. latar masa cerita nih dekad 40an. zaman Jepun mula mendarat di Tanah Melayu. sebab tuh Jamri tak belajar ABC tapi alif ba ta. tapi siapa pula Haji Zawawi? siapa pula 'kau' dalam dialog di atas? Jamri? atau ada watak lain?

haa. itu kena baca sendiri novel Di Simpang Jalan ni. hehe. selamat membaca!

notakakiku: novel nih tak da la baru sangat. cetakan tahun lepas. aku ja yang baru tau. sebab lama tak pi kedai buku. kahkahkah.

Sunday, January 08, 2012

insatiable

ehem. dah tukaq background music baru.

ler. tukaq lagi?

heh. tetiba tringat lagu ni weh.

lagu nostalgia la jugak.

zaman skolah2 dulu. samada darjah 6 or form 1.

perrgghhh.

hafal kot lagu nih dulu. *tp hafal 3 baris je la. kohkohkoh.*

hafal membabi buta. tak da faham the meaning behind the lyric pon.

tadi try cari lirik dia. cam agak melucah gak la lagu nih. kahkahkah.

tapi, tak pa lah. just enjoy the nice melody and vocal.

tp kalau agak tak mau dengaq pun boleh. butang stop kan adaaaa.

:)

notakaki: maksud insatiable tuh pon cm agak melucah. tapi kita make it +ve. insatiable in searching the knowledge. boleh gitu? bolehhh.

notakakikulagi: sapa penah dengaq lagu nih time dia skolah dulu, angkat tangan!

Thursday, January 05, 2012

good news

skyping with her all night long.

tak sedar yang malam dah betul-betul tua.

dan pagi dah nak menjelma.

but when she surprised me with her realllly good news that i've waited for a long time.

make me smile for the entire night.

congrates.

congrates.

may Allah bless you.

both of you.

:)

Tuesday, December 20, 2011

hari nih bapa hari bulan?

okay. okay. dah lama tak updet tetiba tanya hari nih bapa hari bulan, memang nak kena penampaq la kan.

maaf lama tak updet. tak tahu nak updet apa. cuti pun dah habis. dah masuk sem baru. semangat baru.

baiklah, kembali kepada soalan di atas, hari nih bapa hari bulan?

okay. tak yah jawab pun xpa. cuma nak tanya la kan, slalu tak ampa semua tertanya-tanya "hari nih bapa hari bulan?"?

seriyes aku slalu. -_-'

normal ke?

entah lah. tapi aku rasa antara faktor yang buat aku susah nak ingat tarikh sebab aku bukan jenis otak math. boleh gitu?

haha. aku lemah math. nombor adalah sebahagian daripada math. tarikh sebahagian daripada nombor. jadi, kesimpulannya, aku lemah ingat tarikh. boleh gitu?

boleeeeh.

baiklah. baiklah. sebenarnya bukan tarikh hari nih ja aku lemah. tarikh-tarikh important pon susah nak ingat. first time dapat surat cinta? first time bercinta? first time putus? naaaaah. tak da la aku ingat tarikh-tarikh tuh.

kalau bab tarikh birthday plak, birthday family aku ja la aku hafal betui-betui. and of course birthday aku sendiri. dan birthday orang yang nak dekat-dekat dengan birthday aku. dua minggu lepas tu memang senang la aku ingat. tapi, selalunya bila dah sampai tarikh birthday tuh, tak da la aku nak ingat pulak. heh.

sebab apa? sebab aku tak tau hari tu bapa hari bulan.

aish.

jadi, hari nih bapa hari bulan?


notakakiku: ya. hari ini 20hb. birthday kak aku. dan aku baru wish tadi. sebab aku tak ingat hari nih 20hb. tahniah. haha.

Tuesday, November 22, 2011

tajuk utama akhbar tempatan


kahkahkah. tajuk nak glemer je.

kalau tanya berita apa paling sensasi meletop kebabom hari ni, pastinya pasal pasukan Harimau Muda Malaysia yang menang pingat emas bola sepak Sukan SEA semalam.

tapi sayang. aku tertewas dek muntah kali kedua. angin dalam badan nih sangat mencemburui masa-masa manisku bersama skuad kebangsaan. huu. selepas muntah kali pertama, sempat lagi tengok gol penyamaan skuad harimau muda dengan indonesia. sempat lagi menjerit goool sampai umah depan pon bleh dengaq. heh.

tak padan dengan badan tak sehat, dok terkinja-kinja depan TV bila ada ja peluang malaysia nak masuk gol. hooooih. sakit jantung pun adaaa. mana taknya, banyak kot peluang yang sipi-sipi dah nak masuk. tapi bila time skuad Indonesia serang, mula sembunyi muka bawah meja. waaa. tak berani tengok.

dan akhirnya, selepas 15 minit separuh masa kedua, termuntah lagi pulak. aish. angin nih. saja naaa. nak lawan jugak. last-last kena paksa tidoq walaupun game tak habis lagi. huuu. sedih2 tak dapat tengok detik2 malaysia menang. tapi tak pa. semangat tuh tetap ada. sebelum tidoq tuh sempat lagi aku doa semoga malaysia menang. sampai terbawa dalam mimpi kot game Malaysia vs Indonesia nih. aish. *tuh la. orang sebelum tidoq baca doa sebelum tidoq. nih baca doa lain. mau tak mimpi bukan-bukan. kuikuikui.*

alhamdulillah. akhirnya malaysia menang jugak dengan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan. alhamdulillah. alhamdulillah. berkat doa orang-orang yang teraniaya. :D

tahniah, harimau! aumm~ :)

sumber: bharian


notakakiku: betapa kita begitu mengharap Malaysia dapat menang emas dalam doa-doa kita. alangkah bagus kalau kita juga menyimpan harap yang lebih tinggi supaya diampunkan dosa dalam doa-doa kita. :)