orang kata ari wednesday dipanggil wordless Wednesday. means that letak gambaq sejibik dekat entri tanpa perlu kata apa-apa. tapi peduli apa aku wordless wednesday ke friday ke tuesday ke, aku memang nak tulis panjang ari nih. ha ha. panjang? maybe.
cerita 1:
pergi kedai nak beli makanan. macam biasa. panggil akak tuh sebab nak bayaq. senyum.
akak: adik nih, akak tengok senyuumm ja. x pernah masam2 muka. selalu senyuum ja.
adik manis: (gelak)
akak: tengok. senyumm lagi. cam xda masalah ja.
adik manis: xdak masalah kak? (gelak) muka senyum, hati siapa tahuu. (sambil senyum lagi macam kerang kurang busuk.)
akak: (gila budak nih. apa kes la dok senyum x brenti. dapat duit ka pa..?)
cerita 2:
kawan: ai. senyum kat sapa tuh?
adik manis: (pelik. tengok kiri kanan kot2 ada orang lain.)
kawan: gila ka apa dok senyum sorang-sorang nih?
adik manis: (aik. orang senyum kat dia, dia kata orang gila pulak.) (sambil senyum)
***
tak paham aku apa masalah kalau orang tuh suka senyum. sampai dituduhnya gila.
salah ka kalau nak senyum kalau kita jumpa orang yang kita kenal?
salah ka kalau senyum kalau orang tuh tengok kita?
salah ka weh? pelik ka?
yes. the above stories memang ada kaitan dengan aku. aku la adik manis orang yang senyum ja tuh. orang yang dikatakan kononnya tak dak masalah. orang yang kena tuduh gila. aku la tuh.
selepas dituduh gila, memang aku berhati-hati nak senyum kat orang. kalau dulu pantang jumpa orang ja aku akan senyum. tapi lepas kejadian tuh, aku dah tawaq hati nk senyum lagi. aku dah blajaq control dulu otot-otot senyum nih. kalau aku nampak orang tuh asyik pandang aku ja, aku senyum la kat dia. tapi kalau orang tuh tengok aku sat, pastu pandang tempat lain, aku simpan senyum aku sorang-sorang ja la weh. fobia. nanti kena cop gila lagi. huhu.
bestnya budak nih. asyik senyum ja. xdak masalah pa pun.
ha ha. orang mana yang tak da masalah? setiap orang ada masalah kan? kalau luaq nampak dia senyum, tak semestinya dalam dia pun berbunga. tapi dengan senyum la dapat buat kita lupa masalah kita tuh. kan?
tah la. bagi aku, dah jadi tabiat aku suka senyum kalau jumpa orang. tapi la nih dah kurang sket dan mula belajaq mengawal otot-otot senyum. tapi, kan mudah ja senyum tuh, tak perlu kata apa-apa kan? pahala sedekah pun dapat.
jadi, kenapa orang suka persoalkan kalau aku asyik senyum?
kan comel kalau senyum
notakakiku: selain daripada senyum, aku ada lagi satu tabiat iaitu suka bermonolog secara luaran atau bahasa kasaqnya cakap sorang-sorang. gila ka aku? ha ha ha.
notakakikulagi: acteli, aku bukan niat nak ckp sorg2 pun. cuma aku rasa apa yang aku nak cakap tuh, orang lain x dengaq pun xpa. tapi, dah terkeluaq dah kata-kata tuh. jadinya, dengaq la cam aku nih dok bergumam sorang2. paham dak situasi nih? tak paham? ala. susah la nak explain. ha ha.
No comments:
Post a Comment
jom merapu skalik...tima kasih~=)