Tuesday, November 22, 2011

tajuk utama akhbar tempatan


kahkahkah. tajuk nak glemer je.

kalau tanya berita apa paling sensasi meletop kebabom hari ni, pastinya pasal pasukan Harimau Muda Malaysia yang menang pingat emas bola sepak Sukan SEA semalam.

tapi sayang. aku tertewas dek muntah kali kedua. angin dalam badan nih sangat mencemburui masa-masa manisku bersama skuad kebangsaan. huu. selepas muntah kali pertama, sempat lagi tengok gol penyamaan skuad harimau muda dengan indonesia. sempat lagi menjerit goool sampai umah depan pon bleh dengaq. heh.

tak padan dengan badan tak sehat, dok terkinja-kinja depan TV bila ada ja peluang malaysia nak masuk gol. hooooih. sakit jantung pun adaaa. mana taknya, banyak kot peluang yang sipi-sipi dah nak masuk. tapi bila time skuad Indonesia serang, mula sembunyi muka bawah meja. waaa. tak berani tengok.

dan akhirnya, selepas 15 minit separuh masa kedua, termuntah lagi pulak. aish. angin nih. saja naaa. nak lawan jugak. last-last kena paksa tidoq walaupun game tak habis lagi. huuu. sedih2 tak dapat tengok detik2 malaysia menang. tapi tak pa. semangat tuh tetap ada. sebelum tidoq tuh sempat lagi aku doa semoga malaysia menang. sampai terbawa dalam mimpi kot game Malaysia vs Indonesia nih. aish. *tuh la. orang sebelum tidoq baca doa sebelum tidoq. nih baca doa lain. mau tak mimpi bukan-bukan. kuikuikui.*

alhamdulillah. akhirnya malaysia menang jugak dengan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan. alhamdulillah. alhamdulillah. berkat doa orang-orang yang teraniaya. :D

tahniah, harimau! aumm~ :)

sumber: bharian


notakakiku: betapa kita begitu mengharap Malaysia dapat menang emas dalam doa-doa kita. alangkah bagus kalau kita juga menyimpan harap yang lebih tinggi supaya diampunkan dosa dalam doa-doa kita. :)

2 comments:

  1. dushhh terasa che kat hang punya ayat last2 tu... apa taknya.. first time aku rasa aku btul2 berdoa kat tuhan mcm tu skali...hohohohooh....

    ReplyDelete
  2. aku dulu pun siap buat solat hajat lagi minta malaysia menang. T____T

    ReplyDelete

jom merapu skalik...tima kasih~=)