dok pikiaq-pikiaq nak buat review ka dak pasai Nur Kasih the Movie. aku rasa kalau tak buat review pun, memang ramai orang akan pi tengok. setakat review aku nih, apa la sangat kan. kui3. tapi, disebabkan cerita nih best, aku rasa aku patot cakap jugak la. ha ha ha.
what do you expect from the movie? i expect...everything? boleh? haha. sebab kalau tengok dari trailer dan in the making, macam-macam anggapan ada.
mesti adam mati nihh....
...eh, nur kena tembak la. nur mati ke?
ish2. tapi, aidil kata dia janji dengan adam dia akan jaga nur selagi dia ada....
...aidil kawen dengan nur ke? maknanya adam mati lah...?
siyes. i expect everything. but for sure, cerita nih memang sedeh boleh meruntun jiwa. kalau tengok dari awal, dah siap ada effect kebabom kebabom dah. pandai pengarah. buat penonton teruja nak tengok.
apa jadi?...
...sapa kena bom tuh?
bila dah tak senang duduk, cerita di'flash back' semula enam bulan sebelum itu. dimulakan dengan kesedihan aidil dengan kematian isteri dia. aku tabik betul dengan watak anak aidil nama ilyas. subhanallah. pandainya dia berlakon. walaupon kecik, tp dia dah boleh paham apa yang abah(or ayah?) dia rasa. satu dialog dia buat aku tersentuh,
"habis tuh, abah nak tidur dengan siapa?
aduh. mana tak kelu lidah nak menjawabnya. T.T
jap. kat mana kita tadik? oh. bila dah flash back, mula-mula diceritakan kebahagian adam dan nur. bila nur mengandung, adam lagi bertambah bahagia. tapi semua berubah bila nur keguguran. satu-satu dugaan menimpa hubungan cinta mereka. nih memang betul-betul menguji jiwa dan perasaan.
tapi kalau ingat cerita nih pasai cinta semata-mata, memang silap la kot. kalau hayati betul-betul dialog dia, ada sindiran sikit. sarkastik orang kata. aku tertarik part yang adam cuba pujuk ustaz datang bagi ceramah tuh.
"kalau setakat nak dakwah dekat orang-orang masjid yang dah sedia celik, siapa nak tolong budak-budak yang tak tahu apa-apa nih?"
lebih kurang macam tu la ayat dia. tapi kebanyakan ayat adam buat aku mengangguk sorang-sorang. tapi ayat ustaz tuh pun betul jugak. nampak kat sini penulis skrip tak nak nampak si ustaz tuh seorang yang jahil. cuma, dia ajak kita lebih berfikir cara yang lebih baik. hurm.
kadang-kadang penonton dipaparkan dengan bayangan(secara fizikal, cuma tak nampak rupa) tangan orang tua, bebaju hitam. aku terpikir jugak, ceta seram jugak ka nur kasih nih? memang tertanya-tanya la, siapa nih? misterinyaaa. sampailah ke klimaks cerita aku kira, barulah si tua berbaju hitam tuh muncul. menarik cara penceritaannya. buat aku rasa cam, wah..rupanya macam tuh. you know what i mean kan?
jujurnya 100 minit dalam panggung tuh tak terasa. sebab plot bergerak agak pantas. tapi still, part romantik tak tinggal. hehe. sweet sangat lah adam dengan nur. dan bila dah sampai klimaks, semua dah hampir terungkai.
apa jadi pada adam?
pada nur?
pada aidil?
semuanya akan terjawab di akhir cerita. hehe. kena tengok sendiri la kot. tak rugi tengok. cerita best, effect best(walaupun memang tak boleh lawan merong la kan), sinematografi cantik, pelakon yang mantap, skrip yang menarik, pengarahan yang berkesan, apa lagi alasan yang ada untuk tidak menonton? *haha. bajet promoter filem.*
soalan cepu emas: menangis tak tengok cerita nih?
jawapan cepu gangsa: wa hati keras-keras kerak nasi. start cerita pun wa dah nangis. jangan tanya la ending wa nangis ke tak. ha ha. tak rock la kalau TAK nangis.
bergambaq dengan artis
notakakiku: tak sia-sia bangun awal nak dapat tiket awai, row cantik punya. memang menunggu gate pawagam buka la. hahaha. *tak sangka obses jugak aku nih. heh.*
aiiisssy.. nih yg lagi rasa tak sabaq nak tengok nih.
ReplyDeleteoh lupa.. thanksssssss! :D
ReplyDeletehaha. tak rugi tengok. tengok tengok. hehe. sama2.
ReplyDelete