Sunday, August 26, 2012

top 5 soalan kena jawab bila jumpa kawan lama

bila berjumpa dengan kawan lama yang dah lama tak jumpa, terbitlah soalan yang sangat cliche bak kata orang putih. asal jumpa ja, mesti ada keluaq punya soalan-soalan ini.

top 5
soalan: sehat?
jawapan dalam hati: agak-agak sehat dak kalau dok elok sembang dengan ang?
jawapan mulut: alhamdulillah. sehat. 


top 4
soalan: dah habis belajaq?
jawapan dalam hati: nasib baik dah habis. sebab pa nasib baik? sebab xyah habaq dok ngaji manaaa. haaa.
jawapan mulut: dah, baru ja habis.


top 3
soalan: dok buat apa la ni?
jawapan dalam hati: err. dok sembang/salam dengan ang....?
jawapan mulut: tak buat apa la. dok rumah ja.

top 2
soalan: bila nak kahwen?
jawapan dalam hati: haaa. dok tunggu ang orang mai minang la ni. -_-'
jawapan mulut: aish. lambat lagi. tunggu ang dulu laa.

top 1
soalan: awat makin kecik?
jawapan dalam hati: dah ang makin besaq....?
jawapan mulut: kecik kaaaa?

rasanya. kalau kami jumpa 10 orang tanya soalan camni, sepuluh-sepuluh keluaq jawapan yang sama. dah macam kena rakam dah. sebelum jumpa lagi dah tau dah soalan. sebab tu rakam awal-awal. soalan bocoq. kuikuikui. 

tapi, tuh la. kalau tak tanya soalan nih, nak tanya soalan apa, ya dak? cuma soalan top 1 dan top 2 itu agak subjektif sikit jawapannya. haaaa.  

boleh dak nak habiskan entri nih begitu saja? boleh. kbai. 

Saturday, August 25, 2012

jalan-jalan ambil berkat

konvoi raya 2012.

tak rancang pun nak pi. mula2 memang ingat nak pi. tapi macam tak dapat ja. masalah transport la macam biasa. tup tup ada orang offer nak bawa. apa lagi rezki jangan ditolak.

konvoi raya nih memang aktiviti tahunan batch aku. tapi tak pernahnya aku ada kesempatan nak join. alhamdulillah tahun nih dapat join. terima kasih kepada orang yg sudi menumpangkan aku, incik khai dan incik amre. :)

konvoi pertama ke sungai petani dan alor setaq. pagi-pagi dah bangun. katanya pukui 7.30 sampai. tup tup dekat pukui 8 jugak bertolak. kahkah. naik kereta incik amre yang serba baru dan sedikit canggih membuat aku jakun seketika. rasa macam biasa ja dia bawa, tapi sekali tengok meter 140 km/jam, terus mengucap panjang. mau tak pederaih, janji dengan orang SP nak kumpul pukul 9.30. pukul 9 baru sampai aloq staq, ambil lagi dua orang. tu pun belom terus pi SP sebab nak singgah pendang dengan guar chempedak dulu untuk ambil lagi dua orang. dah la tak tau jalan sangat. tanya cik GPS, dia tunjuk jalan yang tak wujud. last-last, dia pening kami pun pening. 

tapi alhamdulillah. akhirnya sampai juga kat SP pukul 11 pagi. destinasi pertama ke rumah penolong ketua pengawas kami, cik sheena. berjumpa dengan rakan-rakan yang dah agak lama tak jumpa, membuatkan aku berasa kerdil. ya. kerdil.

nampak tak kekerdilan aku di situ?

alang-alang dah letak gambaq, mai layan gambaq ja la. orang kata gambaq menceritakan seribu cerita. *alasan malas nak tulis panjang-panjang*

kami, perempuan. lokasi: rumah cik sheena, SP

bergambaq sebelum bertolak ke rumah umi, bekas pengetua kami. lelaki tu baru sikit. nanti jumpa la depa ramai lagi kat rumah umi. kami yang perempuan dok banyak tuh ja. tak bertambah pun. waaa.

lokasi: rumah umi
bergambaq dengan pengantin. bermula la acara mengambil berkat. salam siap cium pipi semua kononnya nak ambil berkat. kahkahkah.

alaaa. jadi kecik pula gambaq nih. try la teropong kalau nak tengok gambaq pengantin. huhu. lokasi terakhir, kenduri kahwin incik apek dan isteri dekat aloq staq. terkencing manis aku tengok depa dua ni. sweet ja. :)) dan sekali lagi acara ambil berkat bermula. nih memang konvoi jalan-jalan ambil berkat ja ni. kahkahkah. oh ya, dalam gambaq nih ada tiga jejaka hilang sebab jadi photgrapher. banyak kan depa. sanggup turun dari perak, penang, perlis. :')

tahniah, incik apek dan isteri. hampa memang suwiiit. barakallah. :)

sebenaqnya, konvoi depa nih tak habis kat situ ja. depa pi melawat incik rahimi kat hospital pula. tapi geng perlis terpaksa minta diri dulu sebab nak bagi sampai sebelum kelam. 

best join konvoi tahun ni. esok ada lagi. tapi rasanya dah tak boleh pi la. takda sapa ajak tumpang. kesian. kuikuikui. apa-apa pun best dapat jumpa kawan-kawan. semua pakat-pakat dah berjaya. minta-minta tahun depan dapat join lagi. kenduri siapa pula tak tau la. hehehe.

baiklah, sebelum bersurai, terimalah serangkap pantun daripada saya.

jalan-jalan ambil berkat,
moga-moga cepat lekat.

kahkahkah. okeh. tak lawak.

Salam Aidilfitri. 1433.
maaf zahir batin.
yang sengaja mahupun tidak.
moga amalan kita diterimaNya. amiin.
:)

credit gambaq: incik naza dan cik sheena.