Sunday, October 31, 2010

jam

jam?

trafic jam=jalan sibuk
trafic=jalan

maka, jam=sibuk?

ya. minggu depan, insyaAllah, akan menjadi minggu yang sibuk. sibuk dengan presentation, assignments dan quizes.

1/11-presentation advance 1
-submit assigment curriculum

2/11-quiz child care

3/11-quiz learning

4/11-present drama/role play environmental science

oyaya. straight tak dak rehat. lepas khamis, kena fokus untuk presentation fashion show culture next week plak. then, minggu depan bakal sibuk dengan ulangkaji. final exam starts 14/11. cuti raya haji hanya empat hari. maka, tak balik!!! wehee. gembiranya hidup sebagai seorang student. -_-'
...
..
.

oh ya. orang kata, menyibukkan diri adalah satu cara untuk mengubat rindu, kan? ha ha ha. ok. tak lawak. bai.

Saturday, October 23, 2010

what they eat?

setelah dua minggu lebih buat benda alah nih, akhirnya siap dan selesai jugak mock teaching semua. buku nih, kami (aku, pipi, biah, mimie dgn judin) jahit sendiri tau. alhamdulillah, dpt feed back yg sgt positive dari lecturer. tak sia-sia aku buat benda nih dan sampai siap terberangan (TERberangan, filzah?) dalam bus smpai tak sedaq keta nak langgaq bus. ha ha ha. tahniah jugak buat semua group members yang sabaq ja terima idea menjahit nih. ha ha ha.


cover depan

makanan-makanan haiwan

kucing dan arnab

kucing kurus aku buat :D

alhamdulillah. semua practical untuk learning dah settle. child care pun dah settle. numeracy satu lagi kot. science byk lagi. curriculum tak tahu. advance english next week. hohohoyeah!

practical dah habis, bermakna kuiz plak bakal menyusul. kuiz menyusul, bermakna final exam bakal menjelang. oh ya. final exam ketika raya haji. sedang berkira-kira nak balik raya kt perlis ke tak. tapi, kemungkinan besaq tak balik.

hoyeah! mari berdendang perantauuuuu! T__________________T

notakakiku: who said early childhood education course kacang?

Friday, October 22, 2010

and apakah pula perasaan anda...

when that somebody have never noticed u at all, and at the same time there is another someone you know, likes that somebody...?








rasa cam nk p tanam muka dalam pasir.

T_____________________T

Thursday, October 21, 2010

bagaimanakah perasaan anda...

...when you have tried so badly to forget someone, but at the same time, there is another somebody around you who just looks like that someone?








rasa cam nak p bunuh diri menangis sesungai.

T______________T


Tuesday, October 19, 2010

kalaulah malang ada bau...

mesti awal-awal lagi kita dah elak kan?

tapi, masalahnya malang memang xda bau. tiba-tiba ja boleh berlaku. tanpa bagi sebarang tanda. hurm.

bangun pagi tadi.
alamak, xdak ayaq. dalam baldi pun tinggal sejengkal ja. kelas pukul 8. subjek numeracy. sir fa*** ja. nak p ke dak? x pi pun xpa kot. hehehe.

tapi alang-alang dh terjaga, bangun ja la gosok gigi dan basuh pa yg patot ja. x cukup ayaq nak mandi. kuikuikui. tapi, baju dah sterika dah. rugi plak kalau x pi kan? hurm. xpa. redah ja la. kalau x habaq, xdak sapa pun tau kata x mandi. ha ha ha.

turun-turun, bus nak p kolej dah datang. awalnyaa. belum pukul 7.15 pun lagi. xpa. baguih gak. x yah berebut. boleh dapat tempat duduk. :D

pukul 7.20, bus mula gerak. aku pun mula berangan. ha ha ha. dalam bus pun boleh berangan. ok. memang x heran *kalau berdasarkan entri yang lepas. kuikuikui.*

*what is this? this is caaatt. cat eats what?? cat eats fish.* (berangan camna nak ajaq budak2 untuk present subjek learning nanti. ha ha ha.)

heeeeeettttt. bom!

terkejut.
terkedu.
diam
..
.
.
ya Allah. ya Allah. ya Allah.

dua perkataan tuh ja yang aku mampu sebut time tuh. ya Allah! Bus aku kena langgaq dengan keta. aku dengaq cam besi kena seret ja kat bawah badan bus tuh. ya Allah! ada orang tersepit kah kat bawah tu?

takot.
pucat.
terduduk.
..
.
riuh. bau minyak tumpah dah makin kuat. orang blakang dah rasa cemas. orang depan lambat pulak nak kuaq. buat tiba-tiba meletup, nauzubillah. aku dah cuak. ya Allah. takot sangat. tangan dah menggigil. tapi aku kuatkan gak kaki turun dari bus. apapa pun, aku mesti turun dari bus tuh. hu hu hu. takot.

rasa nak muntah. bila dengaq ada student kata nampak darah. aku x mampu nak tengok. dh lari jauh-jauh. tapi sebenarnya bukan darah. minyak yang tumpah ja.

alhamdulillah. pemandu kereta tuh selamat. bila dah dengaq x dak sapa terkorban, aku rasa tenang sket. hilang sket rasa cuak. tapi masih terkejot. dekat sangat tempat aku duduk dengan tempat kena langgaq tuh. huhu.

kalau lah ada yang terkorban, memang aku akan trauma. sangat.

tapi andai aku yang terkorban?
...
..
.
ya Allah. ampun kan dosa-dosa aku ya Allah.

klik sini untuk tengok video rupa bas dan kereta yang remuk tuh.

Friday, October 15, 2010

kisah berangan

aku rasa skill menulis aku*bajet macam ada skill ja* dah semakin tumpul. ha ha. tah pa pa la yang aku tulis. serabut. mungkin sebab tidak menulis dari hati? eceh. selama ni menulis dari hati la eh? ya. mungkin.

err. nak cerita apa ya? entah. tak dak cerita sebenarnya. kalau aku nak cerita pasai aku bleh tak? kuikuikui. bajet macam orang nak dengaq ja kan cerita pasai aku. aip. tapi nih kan blog aku. mestilah cerita pasai aku. *seee. ayat beterabuq. terima kasih.*

baik. mari start cerita. macam ni, aku rasa aku sangat kuat berangan. kuat berperasan sorang2. bila aku habis baca novel atau habis tengok cerita *cinta pastinya. ha ha.*, aku akan mula perasan yang aku akan menghadapi situasi yang sama. hakikatnya, totally tak dak.

contoh.

cuti midsem hari tu beriya benar aku nak balik naik senandung langkawi. keretapi kl-bkt mertajam-hatyai. tiket murah satu hal. satu hal lagi, aku berharap*atau berangan lebih tepat lagi* yang aku akan jadi cam Nuha dalam novel Surat Ungu Untuk Nuha. ya ampuuun. berangann gilaaa. ingat senang ka nak jadi macam tu? ha ha ha. lawak. aik. lawak ka?

untuk siapa yang x tahu *aku kompem ramai yang x tau*, kalau dlm novel tu Nuha yang sedang bawa hati yang patah, naik ketapi senandung langkawi ke butterworth. terjumpa la dgn heronya, Alang rebus tak empuk. Alang yang rambut serupa hidup zaman a-go-go tuh, terlentok tiduq elok kat bahu Nuha. mana tak marah gila si nuha. cumel kan? ha ha ha.

lalu, aku berharap, ada la yang macam alang duduk sebelah aku. naik-naik kt kl sentral, nmpk no seat aku. alamak, sebelah tuh apek cina. betui ka seat nih. cek lagi kat belah atas kot-kot dia tulis no seat kt tmpt lain. fuuuh. naseb baek. bukannya sebelah apek cina tuh. tp seat depan dia tuh. lega.

naik dari kl, kerusi sebelah masih kosong. benti sg buloh. kosong. rawang, kosong. ok, xpa. maybe kat tg malim nnt ada naik kot. tiba-tiba ada abang cek tiket dtg. ok. tiket aku pass. ditebuk semua. senyum. aku senyum balik.*aip. nih bukan ceta pasai abg tiket!*

then, abg tiket p cek seat blakang aku plak. aku dengaq dia kata sesuatu kat akak tuh.

"kak, akak punya seat kt depan nih. no seat tuh tgk yg atas bukan tgk yg dkt seat tuh."kata abg tiket tuh sambil senyum.

oooh, cam aku tadi la. tersilap tgk seat. eh. seat depan? ya. seat depan. seat depan maknanya seat sebelah aku lah kan? haaaa. betul la tuh. kuikuikui. ubahlah akak tuh ke seat sebelah aku. siap dgn selimut bagai. hehehe. Alang tak dak, akak selimut ada. hehehe. syukur la tuh filzah oi. daripada kena dok sebelah apek cina? haaa. lagi terok. kuikuikui.

jadi, aku rasa, aku punya berangan nih kadang-kadang sampai tahap melampau. bila tengok bulan ngambang penuh, berangan plak jadi cam pooja dalam dil to pagal hai. tak bleh blah. kadang-kadang masuk cerita hindustan, kadang-kadang masuk novel melayu. ha ha ha. hakikatnya, tersasar jauh. terok kan tahap angan-angan aku?

ke semua orang mmg macam nih? entah.

notakakiku: hidup ni bukannya indah macam cerita novel atau hindustan, filzah. ya! kalau semuanya indah, untuk apa Allah ciptakan rasa sedih dan air mata? :)

Sunday, October 10, 2010

'best gile'

kalau tiga bulan lepas, mak asyik cakap pasai shahir ja, kan? buktinya kat sini*blog akak aku. hahaha*

tapi hari nih, mak dah mula ada minat baru. bukan bermakna yang lama dia dh tak minat. cuma minatnya bertambah plak untuk orang lain. ha ha ha.

buktinya.

Ibuku
Mak tgh lyn yt maher zain. Masyaallah best gile.
sent: 10-Oct-2010


kuikuikui. usaha mesej aku nak habaq yang tuh ja. tapi aku tak sempat balas. tak sedaq ada mesej pun*sebab enset aku mmg aku main letak ikot dan ja*. last-last dengaq telefon berbunyi. kuikuikui. ibuku telefon sbb nak habaq yang tuh la. semangat mak cerita. aku pun iyakan ja la. hehehe.

tapi, maher zain memang best pun! :D

notakakiku: kalau kakja cari laki cam maher zain, mak bagi dak? ha ha ha. ok. tak lawak+tak dak kaitan.

notakakikulagi: harap mak x baca la blog nihhh. :D

Tuesday, October 05, 2010

tulisan tangan

Kajian Dr Fazilah Kamsah: Rahsia Sifat Melalui Tulisan

1: Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

2: Tulisan Bulat-Bulat- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).

3: Condong Kiri- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

4: Jarang-jarang- Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

5: Huruf JGYZ yang sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

err. macam betul. atau memang betul? hui3.

paling tak sangka no. 3. ha ha. sejak akhir-akhir nih aku tengok tulisan aku condong ke kiri. x penah2 codong ke kiri sebelum nih. sama ada tegak atau ke knan ja. tp, akhir-akhir nih ke kiri. agak pelik di situ. haha. tak sangka maksudnya begitu. betul kah? kah kah kah. ya la, aku rasa. aku semakin menjadi manusia yang introvert. semakin malas nak ambil tahu. hu hu hu. *wtheel asyik buat kata berirama nih?*

oh ya. sedikit boros? kui3. mana daaaa. sedang berjimat la nih. mana bleh boros-boros. aish. tak betui tak betui.

tapi macam betul semua nih. tapi tak semua betul. tapi banyak yang betul. aaaa. apa tapi-tapi betul-betul nih? ok. dah tak betul.

jom tidoq!

notakakiku: sepatutnya aku buat research untuk presentation esok lusa. tapi apa aku buat? facebook! terima kasih.

Sunday, October 03, 2010

kenanglah jangan

aku rasa aku fobia dengan benda-benda nih. sedaya-upaya mengelak supaya tak ingat. tak ingat? ya! tak ingat! ha ha ha.

1. stesen bas ekspres sahab perdana
2. Rasamas
3. LCCT
4. food court kl sentral
5. kyb *xtau bnda pa nih. tp lambang dia kaler putih merah.*

tp aku rasa, kalau aku x mengelak, mungkin aku akan rasa kebal dan tak rasa fobia lagi. tp, tah lah. takot. takot nk face up. takot benda lain yg tumpah. ha ha ha.

tp*lagik*, mungkin kali pertama ja akn rasa nk tumpah kot...? entah. maybe. perhaps. shayat. seperti pengalaman dgn no. 1. lps kali pertama tuh, rasa cam dah kebal. atau mungkin buat2 kebal? ha ha.

kadang-kadang kita perlu buat-buat kebal dan terus tersenyum kan? aish. jap. teringat lirik lagu patah hati nyanyian arwah sudir.

"kenanglah jangan...kenanglah jangan, disebut pun jangan..."

kan? jadi, apa dikenang lagi, filzah? ish3.

notakakiku: wtheel tiba2 kuaq lirik lagu patah hati nih? kantoi dok layan lagu nih malam2. kui3. btw, lagu tu best!

+44

siapa kol aku pagi semalam? betui-betui pagi. pukul 5.31. masih nyenyak tidoq. bangun-bangun ada miskol. no pelik, tak dikenali. nombor luar rasanya. +44.

bangun pagi nih terus cari +44 tuh dari mana. dari uk rupanya. ha ha. pelik. silap nombor kot. pagi-pagi buta tepon. skali ja plak tuh miskol. mungkin betul la silap nombor. :D

Friday, October 01, 2010

"gila ke as?"

dh brapa kali dok tgk ali setan nih. sampai dh bleh hafal part nih. hehe. suka2. :D