Saturday, August 28, 2010

27 ogos

bahagia itu bukan apa yang orang nampak. tapi apa yang kita rasa.
(jaja&din, 2009)

suka quote nih. baru khatam lagi skali jaja&din semalam*quran bila nk khatam, filzah?T__T* cerita yang menarik. kata-kata yang best. tapi bukan cerita tuh yang aku nak cerita hari ini. kalau nak tau cerita tu, kena la beli snirik. kui3.

cuma..bagi aku, bahagiakah aku?

alhamdulillah. tuh yang aku bleh jawab. :)

keluarga
alhamdulillah aku mempunyai keluarga yang memahami. keluarga yang menyupporti menyokongi dari blakang. apa-apa yang baik, depa support. apa-apa yang kurang baik*tapi slalunya baik pada pandanganku* depa bangkang. ahaha. xpa. semua tu untuk kebaikkan aku jugak. hehe. alhamdulillah.

kawan
alhamdulillah aku mempunyai kawan-kawan yang macam2 ragam. hehe. ada kekurangan ada kelebihan masing-masing. aku pun macam tuh. kekurangan dan kelebihan tuh la yang merapatkan kita. hehehe. *poyo ja ayat*

pelajaran
alhamdulillah aku gembira dengan apa yang aku ambil skarang. belajaq pun tenang. *walau kadan-kadang risau gak takot kena repeat* tapi alhamdulillah jurusan ni lebih dekat dengan aku. walaupun x pandai sgt jaga budak-budak, tapi still buat aku rasa...erm..bahagia. ya. bahagia. alhamdulillah.

kewangan
hahaha. aik awat gelak? alhamdulillah jugak. setakat ni xdak lagi la kena sampai tahap kena mintak sedekah. nauzubillah. aku sekarang sedang blajaq untuk zuhud. ececeh. mentang-mentang baru habis bc jaja&din kan. tapi betui pa. blajaq untuk berzuhud. x membazir kpd perkara-perkara yang bukan kerperluan. insyaAllah rezki Allah ada di mana-mana.

hati dan perasaan
hahahaha. nih lagik wat aku rasa nak gelak besaq. awat gelak? tah. rasa nak gelak. macam mana ya hati dan perasaan aku? ok kah? atau tak? apa yang aku bleh kata, alhamdulillah. aku sedang blajaq untuk redha *ayat jaja&din lagi*. what i can say, i am happy when org yang aku syg happy. who org yg aku syg? teeeeet. jgn tanya.

jadi, kesimpulannya di sini. alhamdulillah, Nurul Filzah bt Ramli bahagia. Nurul Filzah bt Ramli jugak sudah tua setahun sehari. hehehe. thanx kepada semua yang wish. thanx kerana masih ingat dikala sibuk2 puasa nih. syukur jugak kepada Allah sebab bagi peluang untuk aku terus hidup selam 21 tahun nih*ya ampun dh tua rupanya budak nih* kui3. sedaq pon. so, mari menjadi matang! ha ha ha ha.

notakakiku: wajah blog dh matang sket kan? ye ke? tuh ada kartun pompuan tuh, matang ka? err. nak wat cmna, dh cumel. ahaha.

Thursday, August 26, 2010

17 ramadhan

esok 17 ramadhan. nuzul quran. saat quran diturunkan. betul? aku agak jahil nak cerita macam mana quran diturunkan. itu bagi orang lain cerita. bukan itu yg aku nak kongsi. aku just nak kongsi detik-detik aku dengan quran. detik-detik maknanya masa yg lama. selama mana aku dgn quran. kisah aku dengan quran. kisah yang x wajib dibaca. ha ha ha. baca lah kalau mahu. sbb kisah nih kisah yg agak pjg. kisah bermula dr aku kecik lagi.

kecik-kecik dulu mak pak aku antaq aku p ngaji kat ustazah dkt surau taman. balik skolah, salin pakaian-baju putih kain hijau, jalan la p surau tengah2 terik rembang. jalan dengan kakak. budak-budak kat situ kebanyakannya besaq lagi dr aku. ha ha. tp bleh kata semua aku kenai. sbb semua budak-budak jiran ja.

alhamdulillah. hati aku terang. budak-budak lagi. biasalah. senang serap ilmu. cepat ja aku habis iqra'. tukaq baca quran. mula-mula baca setengah muka. lama-lama jadi semuka sehari. sampai satu masa, ustazah suruh aku ajaq budak-budak yg masih baca muqadam. ada yg umoq lebih tua dr aku. xpa. pelan-pelan. aku pun bukan terer sgt.

lama-lama, budak-budak yg aku slalu main sama-sama dulu, byk yg dh benti ngaji kt situ. ada yg dh hbs khatam. ada yg ngaji kat tempat lain. kak aku pun dh x ngaji kt situ dah. pak aku ngajaq kat umah ja. masuk la budak-budak baru ngaji kat tempat tuh. siriyes aku x berkenan dgn perangai budak-budak baru tuh. ganas x ketahuan hala. *acteli, depa suka buli aku. sbb aku kecik. waaa. x suka.* jadi, aku macam dah xdak semangat nk p ngaji lagi dah. last-last, aku habaq kat pak aku, aku nak benti ngaji kt situ.

lps benti ngaji kat situ, aku x sambung mana-mana dah. padahal aku x khatam-khatam lagi. pak aku ngajaq aku ngaji kat umah ja. tapi aku jenis baloq liat sket. *baloq liat=pemalas* dok celus2 ja ngaji. pak suruh ngaji, main-main ja aku ngaji. aish.

terok punya perangai.

time drjah 4, ustazah aku kt skolah tanya, sapa nak masuk tilawah al-quran. kawan-kawan aku semua pakat tunjuk kat aku. aku x tau pasepa. depa xtau yg aku nih khatam quran pun x pernah lagi. mungkin depa nampak aku nih mcm budak2 alim sket. ya Allah, hipokritnya aku. ada ciri-ciri munafik di situ. astaghfirullah.

teroknya aku. malu dgn Allah. malu dgn diri sendiri.

tiga tahun berturut-turut aku masuk tilawah quran. skali pun x pernah menang. ha ha. aku pun xtau sbb pa ustazah masih amek aku walaupun aku x pernah-pernah menang. buat malu ja. tilawah lelaki slalu ja juara. tilwah perempuan haram x pernah. ha ha ha. buat malu ja.

sejak dr tuh, aku jadi fobia. aku punya habit nih kadang-kadang bleh merugikan diri sendiri. bila aku try buat sesuatu tuh, tapi x berjaya seperti yg diharapkan, aku akan jadi fobia. fobia aku nih sampai aku x brani lgsg nak pikiaq apatah lagi buat lagi benda yg sama. 2 tahun yg lepas, aku fobia dgn memandu slps x lps test jpj. nih yg bab quran nih, aku terus fobia dgn quran sbb x mng tilawah. sangat rugi. quran aku tinggal. buka lgsg x pernah. aish.

sangat terok punya perangai.

masuk skolah menengah. skolah agama. tapi quran langsung x pernah-pernah khatam lagi. baca pun dah x pernah. mmg memalukan. tapi saja aku nak cerita. bukan nak buka pekung di dada. cuma aku harap, jgn la jadi cam aku nih. ha ha.

then, tingkatan 4 masuk asrama. masuk asrama aku nekad nak habiskan alquran. tambah-tambah aku jadi naqibah untuk usrah. orang tgk aku mesti ingt aku dh khatam quran berkali-kali. tapi time tuh skali pun x pernah. tp bila dok asrama nih, xda benda sgt nak buat. sebelum solat, ada time untuk baca quran semuka dua. skit-skit lama-lama berjaya jugak aku khatam. x salah aku time tuh aku tingkatan 4. tengok. tingkatan 4 baru aku khatam quran. aku khatam quran xda pulut kuning segala bagai. aku khatam dengan rasa sangat tenang. tenang sbb akhirnya dapat jugak aku khatam quran. alhamdulillah.

sekarang, aku sedang belajar istiqamah dalam membaca kalam Allah nih. rugi x baca. Allah nak tolong hambaNya dgn bagi ganjaran dengan mudah. kita ja yg buat dia rasa susah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.”
- (Riwayat Tirmizi).

apa kesimpulannya di sini ya? Kita tahu kan hidayah Allah boleh datang bila-bila masa. tapi kita sebagai hamba x buleh la nak harap hidayah Allah tuh datang bergolek kalau kita sendiri x mencarinya. x semua orang sempurna dalam dunia nih. omputih kata, nobody's perfect. jadi, jangan segan kalau kita x macam orang berilmu yg lain. kita jugak bleh jadi cm depa kalau kita mau. secepat mana kita berubah tuh x penting. yang penting selama mana kita mampu istiqamah untuk berubah tuh.

eceh, bunyi dah macam penceramah la plak. aku x pandai nak berceramah. aku just nak berkongsi cerita. berkongsi pengalaman lebih tepat lagi. apa lah sangat pengalaman aku yg skit nih nak dibandingkan dengan pengalaman2 org2 lain kan? :D

agak sirius entri nih. ha ha ha. *aik. main kecah lagi. gelak tuh dh x sirius la.*

salam nuzul quran. :)

notakakiku: malam nih dah baca belom? :)

Saturday, August 21, 2010

attention, please.

satu kelas bising. cakap-cakap sesama sendiri. cikgu cakap kat depan, xdak sapa dengaq. skali cikgu ketuk *meja/papan hitam/papan putih, xdak respon jugak. kena jerit kuat2 nih.

"attention, pleasee...!!"

nah. semua terus diam. bila cikgu lembut dah jadi garang, lagi bahaya dari cikgu yg telah sedia garang. terus semua ngadap depan. dok diam-diam. buka telinga luas-luas.

....
..
.

senang. kan? selalunya kalau kat skolah-skolah, ckp "attention, please!!" sambil ketok2 meja, budak2 dah diam. senang nak bg depa diam. nak bg depa bg perhatian kt papan hitam. (dengaq x dengaq, itu kita x tau. tp yg penting, depa diam ngadap papan hitam.)

tapi bila kat *tadika/day care/taska, nak tarik perhatian depa nih sangat lah mencabar. xleh nak jerit kuat2. kalau jerit, memang depa akan ikot, tp ikot dlm keadaan takot. tambahan pula, aku mana reti jerit kuat-kuat kat budak-budak. even orang dewasa pun aku x reti nak jerit suruh diam.

tapi, budak-budak nih xdak la bising-bising cam budak-budak kat skolah. depa senyap ja. cuma depa macam blur. tengok keliling. cam xdak perasaan. ha ha. jadi, nak ajaq depa kena pandai tarik minat. sebab kalau dak, kita akan bercakap la sorang-sorang kat depan.

....
..
.

macam aku. waaaaa. T____T

hari tuh ajaq budak-budak gosok gigi. first-first, baik ja depa dengaq ceta pasai bunny dan gigi. lepas habis ceta, habis dirembatnya puppet(sebenarnya bukan pupper pun. just lukisan yang diletak straw sbg pemegang kt blkg.) yang kami wat untuk cerita tuh. terus, depa dah xmau dengaq dah camna cara nak gosok gigi. huaaa.

tapi, ada la jugak yg masih sudi dengaq aku cakap kat depan. terima kasih. nak suruh depa dengaq tuh macam-macam ayat jugak lah guna untuk mengayat depa.

contoh:
"nak gigi rosak tak...? kalau x nak, kena dengaq camna cara nak gosok gigi."

ok. berjaya. depa takot gigi rosak. jadi, depa pun pay attention.

tapi.....

sekejap ja. huaaaaaa. T_________T

akibatnya, aku agak terlupa step-step untuk gosok gigi yang betul. aku main taram ja. ha ha ha. tapi, x sampai tahap sesat lagi la ilmu yg aku bg nih. harap-harap. ha ha. teruk punya cikgu. adeh. tapi, best sebab ada part yg depa dengaq cakap.

contoh:
"lepas dah gosok, kena buat apa? kena kumur. camna nak kumur? (buat mulut kembung, then kumur, then buang.)"

budak-budak tuh pun ikot ja la apa yang aku buat. adeh. harap-harap x sesat la cara aku nih. aku x expect pun depa akan ikot. sebab aku pun time tuh buat action tuh dalam keadaan tidak sedar. tengok-tengok ja depa dah buat mulut kembung. aik. ikot aku rupanya. sebabnya, sebelum tuh depa cam x layan ja aku cakap. tiba-tiba dah kembung mulut. ha ha.

....

smoga ilmu yang sedikit nih dapat beri manfaat sampai besar. insyaAllah.

*potong mana yang tidak berkenaan

notakakiku: taqi. yes, they are not naughty. they're just adorable. :)

Sunday, August 15, 2010

hati jadi kecik

amaran: kalau aku emo, entri akan jadi panjang. tima kasih.

orang kata, kalau kecil hati, x baik simpan dalam hati. bahaya. kalau aku kecil hati, aku simpan dalam blog, bahaya dak?

aish. ada dua perkara wat aku rasa hati aku sangat kecil hari ini. aishhh.. maybe depa x bermaksud langsung, tapi hati aku ini menjadi kecik tiba-tiba. waaaa. rasa cam nak p menangis sesungai jap. *sensitip sungguh aku nih*

1. ayam
hari ini sebab pa tah tiba-tiba depa suruh aku dengan sorang lagi housemet aku p cari bahan untuk masak. selalunya aku tunggu kat umah ja. tolong2 kupas2 bawang dan benda2 sewaktu dengannya. tapi, hari ini, entah ribut pa tah, disuruhnya aku teman housemet aku yg sorng nih p beli barang. slalunya memang kami berdua keja dok umah ja. tunggu2 bahan and prepare papa sblum bahan2 basah sampai. tapi, hari ini, entah puting beliung mana tah, kami disuruh p kedai cari bahan2 untuk masak. *ok. tiga kali aku ulang ayat nih. sengaja.*

bab p kedai tuh aku x kesah sangat. aku pun tau jalan short cut dia. senang ja. tapi, bab depa x gtau nak beli bahan pa untuk masak*memandangkan depa ja yang pro memasak, jadi, aku malas nk wat pandai masak plak*. kawan aku lagi sorang tuh, cadang beli ayam ja. ok. ayam sekoq. terung 4 ketul. bawang sket. beras 5 kilo. laici dalam tin. semua kena 32rm. aku x bayaq. guna duit kwn aku dulu. ok. xpa. x kesah bab tuh.

kami balik, depa dok wat apa tah. x sedia bahan papa pun. pastu tanya, "kak beli apa?" aku jawab la ayam. depa bleh jawab pa tau? "AYAM LAGI?" nak ja aku jawab, ya. ayam ja la. tadi, x kata pun xnak ayam. tapi, xpa. aku sabaq lagi. then, depa tanya plak, sekoq ayam bapa? aku xtau. bukan aku yg bayaq. kwn aku yg bayaq. tanya kwn aku tuh, dia kata rm12 sekilo setengah. depa terkejut. depa kata, depa beli hari tuh*ya, kalau dak hari lain pandai ja p beli kan* x sampai 10rm pun. pas tu, mula la depa kata, kena pandai mintak kurang sket. masalahnya sekarang, aku x pernah pun beli kat kedai tuh, mana aku nak tau harga biasa bapa. kalau aku tau, bleh la aku mintak kurang lagi. dan dah kalau kata depa pandai sangat, awat yang tadi x p beli sendiri. awatnya yang p mintak aku p beli. dah aku p beli, dok komen lebih2 plak. ayam lagi? cam x cukup ja terung nih. ayam nih awat potong kecik2? -____- nak ja aku sekeh sorang2. tapi, xpa. sabaq. sabaq.

2) anak manja
aku teruskan lah kerja2 pemotongan aku. potong bawang, potong kentang, potong cili api, potong terung. bila aku tengah potong kentang, depa kata aku potong besaq sangat. aku tengok mak aku belah empat ja kentang kalau masak kicap. tapi masalahnya, aku pun xtau depa nak masak pa sebenanrnya. aku kerja potong ja. bila depa kata besaq,aku pun kata la, nak masak pa pun xtau nih. aku bangun la sat nak p amek mangkuk. dalam aku bangun nak p dapoq tuh, aku cam terdengaq2 depa kata, "XPA. AKAK ANAK MANJA. X PAYAH PANDAI MASAK PUN XPA. BLABLAKUXDENGAQDAH" aish. tersentap sekejap aku. apa kaitan anak manja dengan x payah pandai masak? tolong explain sket. lagi satu, tau ka aku nih x pandai masak? walaupon aku nih xda la pandai masak cam depa, tapi aku tau la jugak goreng sayoq, masak kicap, masak sambal, masak mee rebus, spagetti, haaa... apa lagi? malas dah nak masak camni. aku tau depa masak stail lain. aku bleh ja terima. makan ja pa yang depa masak. tapi depa?

aku baru ja ingat nak masak sambal petai lemak resipi turun menurun tok aku. tapi tadi bila aku kata nanti akak nak wat masak sambal petai, bleh plak dia pi bok kuaq resipi dia plak. petai goreng pa tah. haaa. memang aku xpernah makan. memang aku nak try makan masakan dia ja. xyah try masakan aku pun xpa. x sedap pun. aku pun malas nak try masak. masak pun wat pa kan. biaq depa ja masak, senang. nak p kedai pun malas dah. nak potong2? tengok la kalau ada feeling. kalau rajin. ha ha ha.

dah. dah habis emo. malas nk emo lama2. pasang lagu rock kapak kuat2. pakai headphone. melalak bagai orang gilak, lagi baguih.

Friday, August 13, 2010

tah apa apa

banyak yg nak cerita. just go through ja. mybe kalau ada masa*ehem. kalau rajen sebenanrnya* akan cerita panjang2 lain kali. yep. lain kali.

1) minggu nih agak busy. banyak praktikal dan assignment kena submit and present dlm minggu nih. so, banyak la kena wat kerja. lenguh2 blakang x cukup rehat. kui3.

2) second praktikal untuk learning, dapat jumpa budak2 betul*sebelum nih kawan2 ja berlakon jadi budak2*. tapi budak yang nih pun agak besaq jugak la. dah darjah 3. xpa. pelan2. yang penting pengalaman dgn budak2 dah bertambah jadi dua. ha ha.

3) aku rasa aku nih seorang cekgu yang tah apa apa. tah papa kat cni maknanya bila aku ngajaq budak2*atau merapu meraban sbnrnya?*, kat dalam hati budak2 tuh mesti ckp, tah papa ja cekgu nih. -_-'

4) untuk praktikal aktiviti, aku just harap budak2 dapat ilmu yg aku ajaq. x byk, sket pun jadi la. and depa enjoy dpt blajaq. bukan markah yg aku cari. yg penting pengalaman. :D

5) dah masuk ari ketiga puasa. ari pertama dgn kedua masak sendiri time berbuka. err. bukan aku yang masak. housemate aku. aku tukang memotong ja. entah lah. aku x reti nak masak depan atau untuk orang yg reti masak. aku mmg bukan pakar masak. aku suka masak untuk diri sendiri ja. *plus untuk suami nanti* ha ha ha. wtheel gatal gilak nih.

6) ari nih ada jumbo sale untuk usrah. usrah aku x jadi buat sale sbb tak sempat nak prepare. just buat collection derma ja. tapi ada jugak tolong usrah lain menjual. jual dadih. buat sendiri kot. :D

7) tadi tengok toy story 3 skali lagi. dan skali lagi aku menangis part nak jatuh dalam api dgn part ending dia. ahahaha.

8) aku perlu cari tali pinggang seluaq. sbb tali pinggang aku dah putus. dan pinggang aku plak makin mengecil T___________T

9) cuti raya nanti macam x bapa nak cuti ja. naik cuti terus straight exam empat hari berturut2. lima papers skali dalam seminggu. T____T

10) aku rasa aku nak bagi kad raya untuk kawan2. tapi masalahnya aku xdak alamat depa. sapa nak kad raya, meh bg alamat kat aku. :) *wtheel baru 3 ari puasa dah sebuk nak bg kad raya.*

cukup lah sepuluh. aku pun x tau pa yang aku mengarut nih. cam xdak kaitan sgt. tiba2 ja terpikiaq. rasa cam nak tulis benda lain. tapi benda2 nih plak yg terkuaq. selamat berpuasa semua! jangan liat bangun sahoq. kutip pahala lebih sket bulan ramadhan nih. :)

notakakiku: wtheel is not mencarut or perkataan yang x elok. aku berpuasa, x baek ckp benda2 x elok. jadi, what the heel secara translatenya ialah apakah itu tumit. so, apakah itu tumit? *apa pening sgt ayat nih.*

Friday, August 06, 2010

bila lelaki mengumpat

mengumpat nih selalunya sinonim dengan perempuan ja kan? tapi, jangan x tau, lelaki pun pandai mengumpat. Bila lelaki mengumpat, uiiihh.. pedih jugak telinga mendengaqnya. ha ha ha.

tadi, singgah makan kt kfc dekat sogo. mengidam nak makan shrimp hot n spicy sbnqnya. tapi hampa. tengok iklan kt blakang kaunter, xda udang. tgk dekat menu, pun xdak udang. tanya cashier, udang ada x? dia kata xdak. wuuu. kecewa. last2 makan snack plate je la.

uik. sebenaqnya bukan nk ceta pasai udang. tapi, ceta pasai lelaki mengumpat. kui3. kelakar. makan tadi, duduk la kat depan setiga orang lelaki nih. mak datok, bersembang... kuatnya. yg sorang tuh ja la. semangat gilak bersembang. padahal kami dok belakang depa ja kot. uiish. ngumpatnya mengalahkan perempuan.

Ali(bukan nama sebenar): Ko rasa Senah(bukan nama sebenar) cantik x?
Abu(bukan nama sebenar jugak): *geleng-geleng*
Ali: Uish. Ko nih. Taste x sama dgn aku la. Senah tuh lawa pa..
Abu: Aku rasa Timah(bukan nama sebenar) lagi lawa.
Ali: Ish. Timah tuh muka bulat. Kalau dia x bulat sket, ok la kot.. Nih, si Leha(bukan nama sebenar) lawa x?
Abu: Lawa-lawa. Dia putih kot.
Ali: Haaa.. Kali nih ko sama taste dgn aku.

-______-" begitu rupanya kalau lelaki mengumpat. adeh. macam-macam. ingatkan perempuan ja yang suka ngumpat. laki pun x kurang hebat jugak. hehehe. kelakar dengaq. bukan niat aku nak dengaq depa ngumpat. tp dh cakap rupa lagu tuh, cmna aku x dengaq? uish. seb bek la aku bukan kwn senah, timah dan leha. kalau dak, kantoi depa. ha ha ha.

notakakiku: minggu depan dah nak posa. kalau ngumpat kurang pahala. *aik. cam pantun dua kerat plak.* renung-renungkan. :D

Monday, August 02, 2010

yang jauh

untuk dia, yang jauh.

please inform me if you are going back to Malaysia for eidulfitri. thank you.









notakakiku: so, sesapa yg rs dia jauh..dan akan pulang Malaysia raya nih, let me know. :D