amaran: entri ini sesuai untuk orang yang rasa-rasa baru nak belajaq kereta. untuk orang yg dah terer siap boleh lepas tangan angkat kaki sebelah lagi time bawa kereta boleh scroll laju-laju sampai bawah. lebih baik takyah buang masa baca. buat malu penulis ja. kahkahkah. kalau nak baca pun boleh. yang mana rasa macam faham tu, silalah gelak secara berjemaah dalam hati.
lesson #1: seimbangkan minyak dan clutch supaya kereta bergerak
angkat clutch dan tekan minyak kemudian seimbangkan. seimbangkan di sini bukan bermaksud kaki kiri dan kaki kanan pada paras yang sama. bukan. walaupun kalau ikut hukum matematik, benda yang ditimbang menunjukkan keadaan seimbang apabila berada pada paras yang sama. tapi bukan bagi clutch dan minyak. lebih baik jangan guna perkataan seimbangkan tu. sebab itu mengelirukan budak yang baru nak belajaq. just kata, angkat clutch perlahan-lahan dan tekan minyak perlahan-lahan jugak sehingga kereta mula bergerak. kan senang.
lesson #2: kereta bergerak selepas minyak dan clutch seimbang
seimbang again? haha. tapi memang betul kereta akan bergerak apabila clutch dan minyak seimbang *jangan bayang dacing, please.* tetapi, selepas sahaja kereta bergerak, it doesn't need the clutch anymore. yaa. jangan la dok pi rajin seimbangkan clutch dan minyak dari start kereta--->pi kedai--->sampai kedai--->tutup enjin. jangan. itu boleh mendatangkan kecutan pada otot-otot kaki. jadi, apa penyelesaiannya? lepaskan clutch dengan perlahan and there you go. main minyak ja. dan jangan lupa main brek juga. cakap pasal brek, kita masuk lesson yang ketiga.
lesson #3: perlahankan kenderaan
ya. perlahankan kenderaan sangat penting apabila tiba di selekoh. perlahankan kenderaan adalah dengan mengangkat minyak. dan dan dan, jangan lupa tekan brek perlahan-lahan. barulah akan memperlahankan kereta. kalau setakat angkat minyak sampai perabih, kaki langsung tak sentuh pun pedal minyak, siap co-driver jerit-jerit lagi suruh slow, dan kita pun punya confident jerit balik "dah sloooow dahhh...!" TANPA menekan pedal brek, baik pi tanam muka dalam pasiaq sekarang.
baiklah, itu saja pelajaran kita hari ini. secara ringkasnya, kita tengok formula di bawah bersama-sama.
minyak=clutch----> kereta bergerak
minyak (-) clutch----> kereta bergerak seperti biasa di jalan raya
brek (-) minyak----> kereta perlahan
mudah bukan? ya, mudah andaikata tidak ada salah faham antara kita. kalau tidak terpaksa la ulang balik belajaq dari mula macam saya. -_-"
notakakiku: lenguh baq hang bawa kereta dok kerja nak seimbangkan clutch dan minyak ja.
No comments:
Post a Comment
jom merapu skalik...tima kasih~=)