Tuesday, July 31, 2012

cucoq

"nak beli cucoq apa ari nih?"

"beli karipap ja la."

haa. cucoq kalau sebelah utara nih bukan refer kepada cucoq badak, cucoq kodok(?) atau cucoq pisang semata-mata. tapi penggunaannya meluas kepada pelbagai jenis kuih. senang cerita, cucoq tu sama la maksudnya dengan kuih.

ada macam-macam jenis kuih-muih kat pasaran kan? teringin pula nak cerita kuih-muih tradisional yang tak telan dek panas nih, tapi telan dek orang ja. haha. ok. tak lawak. time-time bulan puasa ni, mesti tak lepas beli kuih kan? kalau tak bulan puasa,  tak dak la pula nak makan kuih. tetiba bulan puasa ja rasa cam nak makan semua jenis kuih. 

antara kuih yang menjadi kegemaran kami(baca=saya) ialah kuih qasidah dengan kuih tangkup. haa. kuih apa tu? kalau belah-belah selatan maybe jarang dengaq kuih nih. tapi rasanya ada ja, tapi nama tu panggil lain. lain tempat lain namanya.

1. kuih qasidah
kuih qasidah nih guna tepung gandum ja kot tak salah. nak buat qasidah nih macam buat dodol pun ada jugak. kena kacau, kacau, kacau sampai dia likat. haa. tapi bila makan rasa seghui ja. tabuq bawang goreng kat atas, memang perfect. ada kaler kuning, ada kaler putih. tapi kami suka kaler putih sebab nampak original sikit. ermmm. dap dap.


2. kuih tangkup
nama lain bagi kuih tangkup nih kuih cara. kami belah sini panggil tangkup sebab dia dok tertangkup dua-dua  elok ja. sebelum berhijrah pi selangoq, seriously, tak pernah tau pun kata kuih tangkup nih ada dua jenis. yang berlauk dengan yang ada ayaq gula ja. tapi kami lebih suka yang inti ayaq gula ja. bila gigit kat tengah tu tersembui keluaq ayaq gula dia. haaa. bestnya.


3. lepat pisang
ni kami dulu tak suka sangat. tapi mak kami dok buat sedap pula rasa. rasa manis pisang tuh sedap. wangi daun pisang lagi bila dikukus. aduh. memang membuka selera. 


4. pulut dakap
haa. nih pun pakai pisang jugak. kami tak dak la gemar sangat. tapi nama dia unik. tengok la macam mana pisang dengan pulut boleh berdakap sampai tercipta satu resepi. susah dah kot nak cari kuih nih. rasanya. kalau ada pun, kat kampung-kampung ja.


5. tepung bungkus
yang nih lagi satu jenis bungkus-bungkus daun pisang nih. honestly, kalau tiga-tiga ada depan mata, memang tak berapa nak cam mana satu tepung bungkus, mana satu lepat pisang. pulut dakap boleh la beza sikit sebab dia diikat. tapi inti tepung bungkus nih pakai inti nyoq. sedap jugak. 


haa. cukup la kot lima kuih tradisional ni. kalau nak ikot memang banyak lagi kaan. jadi, kuih apa nak makan time berbuka nanti? pilih jangan tak pilih. tapi jangan sampai membazir dah la na. syaitan tak dak, jangan hampa (baca=korang) pula jadi syaitan. kan membazir itu amalan syaitan. :)

selamat berbuka!

glosari (gegeh nak buat) :
1. seghui : lembut, mudah ditelan 
2. tersembui : tersembol, tersembur
3. nyoq : kelapa parut

notakakiku: susah pula aku nak explain maksud bahasa utara nih. rasanya lagi boleh faham kalau aku tak explain kot. hahaha.
notakakikulagi: harap-harap tak mengundang dosa la buat entri makanan time bulan puasa petang-petang gini. huu.

credit image: encikgoogle

3 comments:

  1. hahaha... seghui = seghoi?... yg kering tak melekat macam hampas nyoq tu seghoi??


    selamat berpuasa. balik kangaq seronok woo. :D

    ReplyDelete
  2. haha. mula2 aku eja seghoi tapi aku try sebut seghui. jd, aku tukaq jd seghui. haha.

    eh, salah ka weh definition tu? dia mcm lembut2 gitu kannn, kan? kan? hahahah. jenuh la kalau aku bagi ajaran sesat. haha. aku nih kdg2 main suka hati sebut ja rasa macam kena tempat. hahaha. *buat malu org perlih*

    hehe. balik kangaq jom! aku kt kangaq ni. :D

    ReplyDelete
  3. hahaha..betoi kot..rasa mcm betoi dah..ak pon bukan taw sangat..jarang nk bulih dengaq orang cakap gitu mau dok kat shah alam..

    haa..sama..dah kat kangaq ni.. haha..dr sebelum posa..

    ReplyDelete

jom merapu skalik...tima kasih~=)