Tuesday, July 31, 2012

cucoq

"nak beli cucoq apa ari nih?"

"beli karipap ja la."

haa. cucoq kalau sebelah utara nih bukan refer kepada cucoq badak, cucoq kodok(?) atau cucoq pisang semata-mata. tapi penggunaannya meluas kepada pelbagai jenis kuih. senang cerita, cucoq tu sama la maksudnya dengan kuih.

ada macam-macam jenis kuih-muih kat pasaran kan? teringin pula nak cerita kuih-muih tradisional yang tak telan dek panas nih, tapi telan dek orang ja. haha. ok. tak lawak. time-time bulan puasa ni, mesti tak lepas beli kuih kan? kalau tak bulan puasa,  tak dak la pula nak makan kuih. tetiba bulan puasa ja rasa cam nak makan semua jenis kuih. 

antara kuih yang menjadi kegemaran kami(baca=saya) ialah kuih qasidah dengan kuih tangkup. haa. kuih apa tu? kalau belah-belah selatan maybe jarang dengaq kuih nih. tapi rasanya ada ja, tapi nama tu panggil lain. lain tempat lain namanya.

1. kuih qasidah
kuih qasidah nih guna tepung gandum ja kot tak salah. nak buat qasidah nih macam buat dodol pun ada jugak. kena kacau, kacau, kacau sampai dia likat. haa. tapi bila makan rasa seghui ja. tabuq bawang goreng kat atas, memang perfect. ada kaler kuning, ada kaler putih. tapi kami suka kaler putih sebab nampak original sikit. ermmm. dap dap.


2. kuih tangkup
nama lain bagi kuih tangkup nih kuih cara. kami belah sini panggil tangkup sebab dia dok tertangkup dua-dua  elok ja. sebelum berhijrah pi selangoq, seriously, tak pernah tau pun kata kuih tangkup nih ada dua jenis. yang berlauk dengan yang ada ayaq gula ja. tapi kami lebih suka yang inti ayaq gula ja. bila gigit kat tengah tu tersembui keluaq ayaq gula dia. haaa. bestnya.


3. lepat pisang
ni kami dulu tak suka sangat. tapi mak kami dok buat sedap pula rasa. rasa manis pisang tuh sedap. wangi daun pisang lagi bila dikukus. aduh. memang membuka selera. 


4. pulut dakap
haa. nih pun pakai pisang jugak. kami tak dak la gemar sangat. tapi nama dia unik. tengok la macam mana pisang dengan pulut boleh berdakap sampai tercipta satu resepi. susah dah kot nak cari kuih nih. rasanya. kalau ada pun, kat kampung-kampung ja.


5. tepung bungkus
yang nih lagi satu jenis bungkus-bungkus daun pisang nih. honestly, kalau tiga-tiga ada depan mata, memang tak berapa nak cam mana satu tepung bungkus, mana satu lepat pisang. pulut dakap boleh la beza sikit sebab dia diikat. tapi inti tepung bungkus nih pakai inti nyoq. sedap jugak. 


haa. cukup la kot lima kuih tradisional ni. kalau nak ikot memang banyak lagi kaan. jadi, kuih apa nak makan time berbuka nanti? pilih jangan tak pilih. tapi jangan sampai membazir dah la na. syaitan tak dak, jangan hampa (baca=korang) pula jadi syaitan. kan membazir itu amalan syaitan. :)

selamat berbuka!

glosari (gegeh nak buat) :
1. seghui : lembut, mudah ditelan 
2. tersembui : tersembol, tersembur
3. nyoq : kelapa parut

notakakiku: susah pula aku nak explain maksud bahasa utara nih. rasanya lagi boleh faham kalau aku tak explain kot. hahaha.
notakakikulagi: harap-harap tak mengundang dosa la buat entri makanan time bulan puasa petang-petang gini. huu.

credit image: encikgoogle

Tuesday, July 24, 2012

ini bukan puisi

kucuba dakapnya.

tapi dia elak.

ku mohon maaf.

maaf yang tersangat.

dia pandang aku.

lalu kami berpelukan.

kami berpelukan?

adakah ini mimpi?

bukan. sebab dia masih di situ.

masih erat mendakapku.

Ya Allah. betapa aku mengharap ini bukan mimpi.

lalu, aku menangis.

tapi bukan sebab sedih.



namun bila ku tersedar.

itu hanya mimpi.

dan aku cuma mengharap sesuatu yang tak pasti.


lalu, aku menangis.

sedih, juga pedih.

Ya Allah, masih belum ada lagikah maafnya untukku?

jadi, bagaimana?





maafkan aku, sahabat.

maaf yang tersangat.



.



notakakiku: berhati-hati dengan kata-kata. berhati-hati dengan tindakan. mungkin ada yang terguris. Allah gives and forgives. but man? susah. TT

Thursday, July 19, 2012

Ini serius

Adakah saya telah menzalimi diri saya sendiri sepanjang tempoh hampir 3 tahun yang lepas?

dan adakah saya telah menzalimi orang lain juga?

Adakah saya telah menindas orang lain dengan sikap saya yang katanya not the same level of emotional superiority dengan mereka?

But how about if I was the one who felt that I was not the same level with the people in the 'place' that they told me I should be.

Maybe they underestimated the 'thing' that I chose to go through these 3 years.

Or maybe I was the one who underestimated myself for just doing this.

Mereka kata, saya perlu bersyukur dengan kebijaksanaan yang Allah bagi.

Persoalaannya sekarang, bijak pandai sangatkah saya ni?


Nope. I just believe in work hard and pray hard.


Jadi, salahkah saya mengambil jalan ini?

Oh, so many questions in my mind. and I have no answer for all these. Tetapi sekiranya saya ada menzalimi atau menindas orang lain, I am sorry for that. Tak ada niat langsung. I've never thought about this until this one man told me so. Astaghfirullahalazim. I just want to do something yang boleh memuaskan hati saya. Tak sangka ini sebenarnya melibatkan orang lain juga. Saya perlu belajar menjadi lebih sensitif terhadap orang lain. Mesti.

Dan untuk yang begitu concern dengan apa yang saya ambil sekarang ni, thank you so much for the advices. I really appreciate. Betullah. Tak semua orang kita boleh puaskan hati. But I have learned something. Jangan zalimi diri sendiri dan orang lain. Tapi saya percaya, there are many ways untuk berjaya. Mungkin orang lain nampak kita tidak berjaya sebab kita seorang ja tahu setinggi mana kita punya matlamat.

Tetapi, buat apa kalau berjaya, bermegah di bumi kalau dekat akhirat kita gagal?

Cari ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri, untuk orang lain, untuk bekalan akhirat juga. InsyaAllah. InsyaAllah.

Apa apa ja kita pilih, moga Allah redha. :)

notakakiku: entri untuk diri sendiri. orang lain mungkin sukar memahami. 
notakakikulagi: pabila saya guna bahasa baku sebegini, maknanya mood serius. percayalah. ini serius. 

Tuesday, July 03, 2012

driving lessons for dummies

amaran: entri ini sesuai untuk orang yang rasa-rasa baru nak belajaq kereta. untuk orang yg dah terer siap boleh lepas tangan angkat kaki sebelah lagi time bawa kereta boleh scroll laju-laju sampai bawah. lebih baik takyah buang masa baca. buat malu penulis ja. kahkahkah. kalau nak baca pun boleh. yang mana rasa macam faham tu, silalah gelak secara berjemaah dalam hati.

lesson #1: seimbangkan minyak dan clutch supaya kereta bergerak
angkat clutch dan tekan minyak kemudian seimbangkan. seimbangkan di sini bukan bermaksud kaki kiri dan kaki kanan pada paras yang sama. bukan. walaupun kalau ikut hukum matematik, benda yang ditimbang menunjukkan keadaan seimbang apabila berada pada paras yang sama. tapi bukan bagi clutch dan minyak. lebih baik jangan guna perkataan seimbangkan tu. sebab itu mengelirukan budak yang baru nak belajaq. just kata, angkat clutch perlahan-lahan dan tekan minyak perlahan-lahan jugak sehingga kereta mula bergerak. kan senang. 

lesson #2: kereta bergerak selepas minyak dan clutch seimbang
seimbang again? haha. tapi memang betul kereta akan bergerak apabila clutch dan minyak seimbang *jangan bayang dacing, please.* tetapi, selepas sahaja kereta bergerak, it doesn't need the clutch anymore. yaa. jangan la dok pi rajin seimbangkan clutch dan minyak dari start kereta--->pi kedai--->sampai kedai--->tutup enjin. jangan. itu boleh mendatangkan kecutan pada otot-otot kaki. jadi, apa penyelesaiannya? lepaskan clutch dengan perlahan and there you go. main minyak ja. dan jangan lupa main brek juga. cakap pasal brek, kita masuk lesson yang ketiga.

lesson #3: perlahankan kenderaan
ya. perlahankan kenderaan sangat penting apabila tiba di selekoh. perlahankan kenderaan adalah dengan mengangkat minyak. dan dan dan, jangan lupa tekan brek perlahan-lahan. barulah akan memperlahankan kereta. kalau setakat angkat minyak sampai perabih, kaki langsung tak sentuh pun pedal minyak, siap co-driver jerit-jerit lagi suruh slow, dan kita pun punya confident jerit balik "dah sloooow dahhh...!" TANPA menekan pedal brek, baik pi tanam muka dalam pasiaq sekarang. 


baiklah, itu saja pelajaran kita hari ini. secara ringkasnya, kita tengok formula di bawah bersama-sama.

minyak=clutch----> kereta bergerak
minyak (-) clutch----> kereta bergerak seperti biasa di jalan raya
brek (-) minyak----> kereta perlahan

mudah bukan? ya, mudah andaikata tidak ada salah faham antara kita. kalau tidak terpaksa la ulang balik belajaq dari mula macam saya. -_-"

notakakiku: lenguh baq hang bawa kereta dok kerja nak seimbangkan clutch dan minyak ja.