Sunday, May 29, 2011

mengeluh seminit


1. aish. sedeh la tali jam patah. balik nk perbaik tapi tengok skru dia dah hilang. hailaa. sedehnya. xmau tukaq tali baru. T_T

2. aish. malasnya la nk peking bag. cuti takat 4 ari cam xda rupa cuti ja. aish. pukui 6 nih dh nk kena balik k.l. first time balik kl naik ketapi. sampai esok tah pukui bapa. kalau larat, sampai la aku ke kelas pagi esok. kalau dak, sampai atas katil ja la. kui3.

3. aish. dah sampai seminit dah ka? rasa cam dah lebih seminit. ha ha ha. aish2.


habis.

Frown

Friday, May 20, 2011

siapa tak tengok Nur Kasih (review)



dok pikiaq-pikiaq nak buat review ka dak pasai Nur Kasih the Movie. aku rasa kalau tak buat review pun, memang ramai orang akan pi tengok. setakat review aku nih, apa la sangat kan. kui3. tapi, disebabkan cerita nih best, aku rasa aku patot cakap jugak la. ha ha ha.

what do you expect from the movie? i expect...everything? boleh? haha. sebab kalau tengok dari trailer dan in the making, macam-macam anggapan ada.

mesti adam mati nihh....

...eh, nur kena tembak la. nur mati ke?

ish2. tapi, aidil kata dia janji dengan adam dia akan jaga nur selagi dia ada....

...aidil kawen dengan nur ke? maknanya adam mati lah...?

siyes. i expect everything. but for sure, cerita nih memang sedeh boleh meruntun jiwa. kalau tengok dari awal, dah siap ada effect kebabom kebabom dah. pandai pengarah. buat penonton teruja nak tengok.

apa jadi?...
...sapa kena bom tuh?

bila dah tak senang duduk, cerita di'flash back' semula enam bulan sebelum itu. dimulakan dengan kesedihan aidil dengan kematian isteri dia. aku tabik betul dengan watak anak aidil nama ilyas. subhanallah. pandainya dia berlakon. walaupon kecik, tp dia dah boleh paham apa yang abah(or ayah?) dia rasa. satu dialog dia buat aku tersentuh,

"habis tuh, abah nak tidur dengan siapa?

aduh. mana tak kelu lidah nak menjawabnya. T.T

jap. kat mana kita tadik? oh. bila dah flash back, mula-mula diceritakan kebahagian adam dan nur. bila nur mengandung, adam lagi bertambah bahagia. tapi semua berubah bila nur keguguran. satu-satu dugaan menimpa hubungan cinta mereka. nih memang betul-betul menguji jiwa dan perasaan.

tapi kalau ingat cerita nih pasai cinta semata-mata, memang silap la kot. kalau hayati betul-betul dialog dia, ada sindiran sikit. sarkastik orang kata. aku tertarik part yang adam cuba pujuk ustaz datang bagi ceramah tuh.

"kalau setakat nak dakwah dekat orang-orang masjid yang dah sedia celik, siapa nak tolong budak-budak yang tak tahu apa-apa nih?"

lebih kurang macam tu la ayat dia. tapi kebanyakan ayat adam buat aku mengangguk sorang-sorang. tapi ayat ustaz tuh pun betul jugak. nampak kat sini penulis skrip tak nak nampak si ustaz tuh seorang yang jahil. cuma, dia ajak kita lebih berfikir cara yang lebih baik. hurm.

kadang-kadang penonton dipaparkan dengan bayangan(secara fizikal, cuma tak nampak rupa) tangan orang tua, bebaju hitam. aku terpikir jugak, ceta seram jugak ka nur kasih nih? memang tertanya-tanya la, siapa nih? misterinyaaa. sampailah ke klimaks cerita aku kira, barulah si tua berbaju hitam tuh muncul. menarik cara penceritaannya. buat aku rasa cam, wah..rupanya macam tuh. you know what i mean kan?

jujurnya 100 minit dalam panggung tuh tak terasa. sebab plot bergerak agak pantas. tapi still, part romantik tak tinggal. hehe. sweet sangat lah adam dengan nur. dan bila dah sampai klimaks, semua dah hampir terungkai.

apa jadi pada adam?
pada nur?
pada aidil?

semuanya akan terjawab di akhir cerita. hehe. kena tengok sendiri la kot. tak rugi tengok. cerita best, effect best(walaupun memang tak boleh lawan merong la kan), sinematografi cantik, pelakon yang mantap, skrip yang menarik, pengarahan yang berkesan, apa lagi alasan yang ada untuk tidak menonton? *haha. bajet promoter filem.*

soalan cepu emas: menangis tak tengok cerita nih?

jawapan cepu gangsa: wa hati keras-keras kerak nasi. start cerita pun wa dah nangis. jangan tanya la ending wa nangis ke tak. ha ha. tak rock la kalau TAK nangis.

bergambaq dengan artis

notakakiku: tak sia-sia bangun awal nak dapat tiket awai, row cantik punya. memang menunggu gate pawagam buka la. hahaha. *tak sangka obses jugak aku nih. heh.*

Tuesday, May 17, 2011

short sem yang short


insyaAllah dua hari lagi dah nak midterm. cepatnyaaa. rasa macam baru ja masuk sem baru. heh. nama pon short sem, filzah. semua kena pantas-pantas. tiga subjek semester nih rasa cam enam subjek. dengan dua subjek yang berat, memang agak tercungap-cungap jugak la.

19/5
intoduction to information technology

24/5
special needs education

25/5
preschool arabic

awal-awal dah IT. gap 6 hari memang tak terasa langsung la. ari-ari ngadap buku ngalahkan amek course IT. subjek wajib, memang tak da pilihan. nak tak nak kena amek. walaupun tak brapa nak nampak connection antara blajaq IT dengan childhood education, tapi at least i learn something new. menarik jugak IT nih sebenarnya. cuma banyak benda yang perlu diingat. ya Allah, permudah kan aku, ya Allah.

please do pray for me. :)

notakakiku: all the best to semua yang tengah berjihad di jalan ilmu! semoga dipermudahkan semua. amiin.

Monday, May 16, 2011

hari ni hari guru


berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi.

siapa tak kenal pantun nih. kalau setiap Hari Guru ja mesti sajak arwah Usman Awang nih dideklamasikan. tapi siyesly, kalau budak2 dulu memang main hafal ja sajak nih. paham nya tidak. hehe. tapi bila Hari Guru, memang best. time nih la nak tengok cikgu-cikgu menyanyi 'Kami Guru Malaysia' dengan semangatnya. time nih jugak la nak tengok cikgu-cikgu main. time nih jugak lah kelas semua xda, horeh horeh boleh bergumbira.

tapi kalau Hari Guru setakat pikir pasai tuh ja, memang tak best la kan. sekurang-kurangnya beli la something kat guru kita tuh. ye ke? ha ha. kalau aku sebagai cikgu pon, xnak la minta apa-apa. cukuplah kalau dapat tengok anak-anak murid berjaya.

sebut pasai adiah Hari Guru, tringat zaman sekolah dulu, berebut nak bagi adiah kat cikgu. ingat lagi time aku tadika, ada sorang budak nih bagi bunga kat cikgu tadika aku. balik tu, terus aku suruh mak aku beli bunga jugak. esok tuh terus aku bagi. tak tau pun sebab musabab budak tuh bagi bunga. tak tahu pun hari tu Hari Guru. tapi, kalau dah nama budak2 mana bleh tengok orang lebih sket, nak jugak dia. huu.

then bila dah besaq sket, masuk skolah rendah, dah tahu dah, "ooh, 16mei Hari Guru.." jadi memang 16 mei hari yang ditunggu-tunggu jugak la untuk bagi adiah kat cikgu. satu adiah yang aku tak leh lupa, klip rambut. cikgu kelas aku cina. time darjah 5. dia suka ikat rambut ekor kuda dan sepit rambut dia dengan klip rambut bentuk riben. jadi, aku pun nak jugak bagi klip rambut supaya nanti time dia p skolah dia pakai klip rambut yang aku bagi. bangga la sket kan. tapi, seingat aku, tak da la pulak dia pakai. ha ha. tuh la, niat dah tak elok, mana Allah nak bagi. ha ha.

bila masuk skolah menenangah, aktiviti bagi adiah nih dah semakin hilang keterujaannya. kalau bagi pun untuk cikgu-cikgu kelas ja. tuh kira ok lagi la kan. sebab bila dah masuk asrama form 4 dan form 5 terus tak dak bagi apa pun. heh. tapi time form 4 ada jugak tringat nak bagi. dah siap beli pon kad Hari Guru. tapi entah sebab pa, tak sampai-sampai pun kat tangan cikgu. malu barangkali. malu?

tapi, sebenarnya aku simpan dulu adiah sampai habis SPM. bila result kuaq, aku nak sampaikan sendiri kat cikgu-cikgu. walaupon result xdak la gempak sangat tapi bila dapat pelukan dari cikgu i feel like, 'ya Allah, nih la adiah yang aku nak bagi sangat-sangat'. aku pi kat sorang cikgu dan kata, 'tak sangka boleh dapat A, cikgu. terima kasih.' dan at the time cikgu peluk aku sambil kata 'tp cikgu sangka. cikgu tau kamu boleh!' dah buat aku speechless. ya Allah, betapa hebatnya perasaan seorang guru!

sebab tuh la sampai sekrang aku tak brani nak main-main dengan insan yang bergelar guru nih. biarlah apa pun kekurangan guru kita, garang tera mana pun, janganlah sampai hati mereka terguris. biaq kita terguris tak pa. sebab kalau skali mereka dah tak redha, susah hidup kita. nauzubillah.

buat semua guru-guru dari sekolah tadika(tadika kemas tgj), sekolah rendah (sk seri indra) sampai sekolah menengah(smkap dan sbpikp) dan lecturers kat intec dan iic...

Selamat Hari Guru! Terima kasih, cikgu!

dan buat guru-guru aku sejak aku mengenal dunia, Encik Ramli Ismail dan Cikgu Rokiah Nor, thanx for everything. :)

notakakiku: alfatihah untuk arwah Cikgu Suhaini, cikgu tadika aku time 5 dan 6 tahun.

Saturday, May 14, 2011

berat

if only they know the truth...

once kita buat something bad, orang akan ingat sampai bila-bila kan? berbanding kita buat banyaaaakk something good, orang tetap akan ingat yang bad jugak. walaupun sometimes, it is not our intention to do that something bad. not even in our mind. but still, kita tak terlepas terbuat salah, intentionally or not. nobody's perfect? yap.

tapi, salahkah pulak kalau orang yang dah buat something bad then dia try to minta maaf? yes, the bad is still the bad. tapi bukankah kita tak sepatutnya memutuskan persaudaraan? dan kita sepatutnya membenci perbuatannya bukan dirinya. kan?

Allah.

Berat kalau buat salah dengan manusia. sebab kita kena minta maaf kat dia dulu baru Allah terima taubat kita. but, macam mana kalau kita dah mnta maaf but still no response from them? orang kata, kita punya bahagian dah selesai kalau kita dah minta maaf. orang tuh nak maafkan ke tak, tuh terpulang pada dia. betul ke?

but, kita akan still rasa berat sampai la kita tahu orang tuh dah maafkan kita. kan?

Allah.

please do accept my apologize...:(

Sunday, May 01, 2011

anak bapak





captured and edited by: fazli ramli

cilok dari abang punya. kuikuikui. hari tuh lupa nak letak dalam entri of book fair and his birthday. *sebab ada orang kalut nak guna brokband aku. aish. aku pantang tengah-tengah aku feeling nak update blog, orang datang jenguk-jenguk. huu.* tak pa. kita tunjuk kat entri baru nih la eh. hehe. :)

happy belated birtday, pakcik ramli. :)

notakakiku: selamat hari buruh!