Sunday, October 14, 2012

petua cik jah

asslammualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. hari ni cik jah rasa nak share beberapa tips yg cik jah tengok banyak orang tak tahu lagi. atau kalau tahu pun, tak pratik betul-betul. bukannya banyak pun, tapi ada la dua tiga. okeh. sebenarnya, dua tips ja.

bukan apa, cik jah dah cuba sendiri petua nih. alhamdulillah. terbukti berkesan. tuh yang nak share-share sikit kat tuan-tuan dan puan-puan. apa omputih kata, sharing is caring? haaaa. gi tu lah.

tips nombot satu nih pasai makan. haa. sapa yang suka makan pedas? kalau takda cabai segenggam memang tak puas makan. nak jugak cari cabai melaka potong-potong masuk dalam kalau makanan tuh tak pedas. haa. kalau anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut, tips ini bukan untuk anda la kot.

sebab ini untuk yang memang tak tahan pedas. makan pedas sikit dah menangis sebaldi. okeh. macam over. jadii, apa yang anda selalu buat kalau pedas? cari segelas ayaq kan? tak cukup segelas, minta lagi segelas. haaa. ni yang dok silap ni. 


apa yang anda rasa bila pedas minum ayaq? rasa lega kan. tapi sekejap ja la. sebab lepas tu pedas tu mai balik. tuh yang segelas ayaq tak cukup tu. lama-lama kenyang dengan ayaq ja.

jadi, di sini, cik jah nak share la sikit petua yang cik jah selalu amalkan kalau pedas.

TIPS #1: JANGAN minum ayaq sejuk atau JANGAN minum ayaq langsung lagi bagus kalau rasa pedas semasa makan.

ya. cik jah mula-mula pun taubat lahum nak percaya bila kawan bagi ayaq hangat time kita dok tengah hot and spicy dalam mulut. tapi, dah tak dak ayaq lain, cik jah ambil jugak la. memang berasap la time tuh. sekali teguk ja dah berasap ke telinga. tapi, alhamdulillah. lama-lama rasa pedas tuh hilang begitu saja. tak yah habis bergelas-gelas ayaq. dan la ni, cik jah kalau pedas, ayaq tolak tepi. insyaAllah, pedas tuh akan hilang dengan sendirinya. dan boleh menikmati makanan tu sampai licin tanpa kenyang dengan ayaq ja. :)

tips nombot dua pula untuk orang-orang yang antibodinya lemah. selalu kena demam. senang cerita, tips ni untuk orang demam. sesiapa saja yang demam. selaluuu kita tengok, kalau demam mesti kelubung satu badan. dah rasa sejuk kan. mesti cari selimut. stokin pun kena ada. 


tapi, nih la yang kurang betul sikit cara dia ni. hurm. sebab badan kita time tuh kan tengah panas. berhaba. walaupun kita rasa sejuk, tapi sebenarnya suhu badan kita panas. jadi, di sini cik jah nak share sikit tips yang cik jah dapat dari ibu cik jah sendiri yang beliau dapat dari incik doktor.

TIPS #2: JANGAN pakai selimut atau stokin atau jaket dan yang sewaktu dengannya sekiranya demam. 

haa. semasa kita demam, badan kita panas. jadi, kalau kita selimut, haba dalam badan kita tuh tak dapat la nak keluar. elakkan berselimut seluruh badan. kalau nak selimut pun, make sure kaki terbuka supaya haba boleh keluar. baju pun kena pakai yang loose2 ja. insyaAllah, demam akan cepat kebah. tapi, kena la jugak pi jumpa doktor kan. takut nanti melarat. dan doktor selalunya akan marah kalau biaq demam sampai empat lima hari baru nak pi jumpa dia. *so, kalau jd mcm ni, saya selalu termenipu yang baru dua hari lepas demam. not good. jangan ikut.*

jadi, cukuplah sudah dua tips yang cik jah nak kongsikan pada hari ini. semoga ilmu yang cik jah sharekan ni, bermanfaat kepada semua. insyaAllah. sekurang-kurangnya kita dah ikhtiar kerana yang menyembuhkannya semua adalah Allah. 

ok, bai~ selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

jom merapu skalik...tima kasih~=)