Tuesday, November 22, 2011

tajuk utama akhbar tempatan


kahkahkah. tajuk nak glemer je.

kalau tanya berita apa paling sensasi meletop kebabom hari ni, pastinya pasal pasukan Harimau Muda Malaysia yang menang pingat emas bola sepak Sukan SEA semalam.

tapi sayang. aku tertewas dek muntah kali kedua. angin dalam badan nih sangat mencemburui masa-masa manisku bersama skuad kebangsaan. huu. selepas muntah kali pertama, sempat lagi tengok gol penyamaan skuad harimau muda dengan indonesia. sempat lagi menjerit goool sampai umah depan pon bleh dengaq. heh.

tak padan dengan badan tak sehat, dok terkinja-kinja depan TV bila ada ja peluang malaysia nak masuk gol. hooooih. sakit jantung pun adaaa. mana taknya, banyak kot peluang yang sipi-sipi dah nak masuk. tapi bila time skuad Indonesia serang, mula sembunyi muka bawah meja. waaa. tak berani tengok.

dan akhirnya, selepas 15 minit separuh masa kedua, termuntah lagi pulak. aish. angin nih. saja naaa. nak lawan jugak. last-last kena paksa tidoq walaupun game tak habis lagi. huuu. sedih2 tak dapat tengok detik2 malaysia menang. tapi tak pa. semangat tuh tetap ada. sebelum tidoq tuh sempat lagi aku doa semoga malaysia menang. sampai terbawa dalam mimpi kot game Malaysia vs Indonesia nih. aish. *tuh la. orang sebelum tidoq baca doa sebelum tidoq. nih baca doa lain. mau tak mimpi bukan-bukan. kuikuikui.*

alhamdulillah. akhirnya malaysia menang jugak dengan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan. alhamdulillah. alhamdulillah. berkat doa orang-orang yang teraniaya. :D

tahniah, harimau! aumm~ :)

sumber: bharian


notakakiku: betapa kita begitu mengharap Malaysia dapat menang emas dalam doa-doa kita. alangkah bagus kalau kita juga menyimpan harap yang lebih tinggi supaya diampunkan dosa dalam doa-doa kita. :)

Sunday, November 20, 2011

cuti lama weh


cuti weh cuti.

lama weh lama.

3 minggu weh 3 minggu.

nak buat pa weh nak buat pa?

*siyes annoying. dok weh weh nih pe kes?*

laamaaa tuuuu.

jadi. jadi. jadi.

nak buat pa ya?

:D *kenyih nampak gigi*

saya ingat cuti yang panjang nih saya nak ambil lesen L. tapi saya rasa macam malas pulak. haaa. jadi, saya rasa macam tak nak ambil lagi. baik tak yah habaq weh. heh.

jadi, nak buat pa? hurmm. saya ingat nak jahit baju/kain. kain dah ada. tapi tak tau nak buat pa. asalnya nak buat blouse. tapi cam banyak lebih. ermm. maybe buat kain kot. kot la. tak pa. nanti kita tengok hasilnya. :D

lagi, nak buat pa ya? ha! ingat nak tengok movie. Puss in Boot. Ceta kucing Shrek tu. katanya keluaq 24hb nih. tapi tadi try cek2 kat website cinema kat jitra ngan aloq staq, la pun dh ada. bla tengok jadual utk 23hb nih dah tak da dah. haaaa. camna ni? takkan sat ja kot tayangan dia. ka hok yang 24hb nih yang 3D punya ja? adeh. camna ni? nak tengok gak kucing oren tuh. hurmmm. kalau tak dapat tengok yang tu, nak tengok penguin yang gembira la. Happy Feet. yay! semua cerita kartun. :D

hurm. cuti 3 minggu diisi dengan benda-benda ini nampak seperti agak berfaedah jugak. tapi hasilnya kita tidak tahu. hoho. malas mau cerita panjang. just wait and seeeee. :D

notakakiku: awat rasa entri nih cam gedik ja cakap saya-saya nih. haaaa. mana da gedik la kan? cakap saya kan lebih sopannnn. kah kah kah. nahhhh. gelak camtu, dan dan tak sopan.

Wednesday, November 09, 2011

pandanglah lihatlah


terasa klasik dan syahdu pula masuk blog sendiri. heh.

tadaaa~!

hee. perasan dak? perasan dak? something neeewww in my blog. :D *kenyih nampak gigi*

okeh. maybe bukan something, tapi some things new! :D *kenyih nampak gigi dan gusi*

disebabkan rasa cam takdak kerja *padahal buku tak sentuh lagi, final exam tak habis lagi oi!*, jadi, aku mengisi masa lapangku (baca:membuang masa) dengan mengedit blog aku sendiri. ye la. tak kan nak edit blog orang lain kot kan. tuh bukan setakat buang masa, tapi buang tabiat.

baiklah. baiklah. mari kita lihat beberapa perubahan ketara.

  1. header: hoyeah! memang tak tau malu tempek gambaq sendiri jadi header. sebelum nih just ada dua keping ja yg cenonet. la dah pandai letak tiga ya. hoo. bajet model la tuh. kahkahkah.
  2. background: nih background cilok dekat thecutestblogontheblock. *bapak panjang nama website* nampak sweet plak. ala-ala klasik gitu.
  3. background lagu: haaaa. nih jenuh jugak dok pikiaq nak letak lagu pa. dah masuk music dumper tuh memang semua lagu omputih. macam aku layan sangat la kan lagu omputih nih. hoo. lagu klasik je la aku tau. ha ha ha. nah kau. layan la lagu jiwang love story nih. agak-agak cam nyampah ja nak dengaq, klik ja butang stop tu. ha ha ha. tiada paksaannn..
  4. wishlist: todia, todia. siap ada wishlist plak dah. ha ha ha. agak-agak bila la wishlist bleh complete semua ya? haha. fight for it, filzah!!
  5. next stop: haaa. cer try scroll bawah sket. nampak dak budak pompuan cenonet dok pegang huruf F dan T? haaa. agak-agak rasa nak tekan, tekan ja la. kot-kot bleh kenal di lain suasana. ha ha ha.
okeh. rasanya yang tuh ja la kot yang nampak jelas dan ketara. bila dah tukaq layout baru nih rasa fresh lain macam sket la. tapi, adakah dengan pertukaran wajah ini, entri blog juga akan bertambah dan semakin kerap? haaaaa. itu yang kita tak tahu. kahkahkah.

notakakiku: tajok cam takdak kaitan dengan entri. haaa.

Sunday, November 06, 2011

berkorban apa saja?


.salam aidiladha.

berkorban mengejar Illahi
bukan berkorban maruah dan harga diri
atau semata-matanya duniawi
ayuh menuju jalan abadi!


"..ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ.."
Al-Fatihah:6

:)

silent sunday





silent Sunday.
ala-ala wordless Wednesday.
kononnya la.
haha.

SALAM AIDILADHA.
2011
*tetiba*