Friday, June 24, 2011

cerita mereka


aik, kata final. kejadahnya asyik update je nih?

aik, dah nama pun final, mestilah rasa nak update slalu.

...?

nampak kaitan?

tak.

ah. abaikan.

***

nampak tak gambaq yang aku post bebrapa ari yg lepas? can u spot the difference? eceh. soklan punya kacang, tak mencabar minda langsung. la, saja la nak bagi ampa senang jawab.

dah nampak beza kan? ya, alhamdulilah salah seorang geng aku time skolah rendah dulu dah selamat menjadi milik orang yang sah. yang SAH okeh. jadi, tak leh nak kacau dah bini orang nih. gembira aku dengar perkhabaran dia dah nak kahwin. cuma terkilan sebab tak dapat nak ikut serta dalam majlis sebab minggu tuh busy sangat-sangat. tak sempat nak balik. apapa pun, tahniah diucapkan. semoga berbahagia bersama sehingga ajal datang menjemput. :)

and then, semalam dapat perkhabaran gembira lagi dari seorang sahabat dekat intec dulu. dia akan bertunang tak lama lagi. insyaAllah, lepas raya. alhamdulillah, gembira sangat aku dengaq. dah lama depa nih couple, dari zaman intec lagi. sekarang dua-dua sambung dekat ireland amek doctor. insyaAllah taun depan grad la tuh. kalau dah tunang taun nih, taun depan pun dah habis belajaq, tak lama lagi la tuh, kan? :P aku doakan semua berjalan lancaq. xtau lagi aku dapat hadir ke tak. tapi, aku harap sangat dapat jadi sebahagian dari hari bersejarah dia. semoga selamat semua. :)

eh, ada soklan cepu emas la.

soalan: ceta pasal kawan ja. anda bila lagi? jeng jeng jeng.

jawapan bersalut gangsa: no, for now, no. tapi semua itu bukan kita yang rancang. but for now, NO. *jawapan bajet fashe sande. ha ha ha.*

Wednesday, June 22, 2011

spot the difference







notakakiku: asal rabu ja, aku semangat nak post entry. asal rabu ja semangat aku nak tulis panjang2. tak pa lah, hari ini, first time aku ikut peraturan. budak displin kena ikot peraturan kan? kah kah kah. tak da kaitan.

Thursday, June 16, 2011

wordless thursday


eh, ada ke wordless Thursday? kah kah kah. buat peraturan sendiri aku nih.


officially, classes for this semester end by today. maknanya final exam dah nak dekaatt. maknanya jugak x dapat la nak online lepas nih. eceh, beriya ja tuh. kah kah kah.

eh. kata wordless, tapi awat cam banyak words ja nih?

ok lah, bai! :)

notakakiku: menggunapakaikan perkataan 'wordless' sebab malas nak tulis panjang-panjang. bijak. :D

Wednesday, June 01, 2011

senyum tak perlu kata apa-apa


orang kata ari wednesday dipanggil wordless Wednesday. means that letak gambaq sejibik dekat entri tanpa perlu kata apa-apa. tapi peduli apa aku wordless wednesday ke friday ke tuesday ke, aku memang nak tulis panjang ari nih. ha ha. panjang? maybe.

cerita 1:
pergi kedai nak beli makanan. macam biasa. panggil akak tuh sebab nak bayaq. senyum.

akak: adik nih, akak tengok senyuumm ja. x pernah masam2 muka. selalu senyuum ja.

adik manis: (gelak)

akak: tengok. senyumm lagi. cam xda masalah ja.

adik manis: xdak masalah kak? (gelak) muka senyum, hati siapa tahuu. (sambil senyum lagi macam kerang kurang busuk.)

akak: (gila budak nih. apa kes la dok senyum x brenti. dapat duit ka pa..?)

cerita 2:
kawan: ai. senyum kat sapa tuh?

adik manis: (pelik. tengok kiri kanan kot2 ada orang lain.)

kawan: gila ka apa dok senyum sorang-sorang nih?

adik manis: (aik. orang senyum kat dia, dia kata orang gila pulak.) (sambil senyum)

***

tak paham aku apa masalah kalau orang tuh suka senyum. sampai dituduhnya gila.

salah ka kalau nak senyum kalau kita jumpa orang yang kita kenal?

salah ka kalau senyum kalau orang tuh tengok kita?

salah ka weh? pelik ka?

yes. the above stories memang ada kaitan dengan aku. aku la adik manis orang yang senyum ja tuh. orang yang dikatakan kononnya tak dak masalah. orang yang kena tuduh gila. aku la tuh.

selepas dituduh gila, memang aku berhati-hati nak senyum kat orang. kalau dulu pantang jumpa orang ja aku akan senyum. tapi lepas kejadian tuh, aku dah tawaq hati nk senyum lagi. aku dah blajaq control dulu otot-otot senyum nih. kalau aku nampak orang tuh asyik pandang aku ja, aku senyum la kat dia. tapi kalau orang tuh tengok aku sat, pastu pandang tempat lain, aku simpan senyum aku sorang-sorang ja la weh. fobia. nanti kena cop gila lagi. huhu.

bestnya budak nih. asyik senyum ja. xdak masalah pa pun.

ha ha. orang mana yang tak da masalah? setiap orang ada masalah kan? kalau luaq nampak dia senyum, tak semestinya dalam dia pun berbunga. tapi dengan senyum la dapat buat kita lupa masalah kita tuh. kan?

tah la. bagi aku, dah jadi tabiat aku suka senyum kalau jumpa orang. tapi la nih dah kurang sket dan mula belajaq mengawal otot-otot senyum. tapi, kan mudah ja senyum tuh, tak perlu kata apa-apa kan? pahala sedekah pun dapat.

jadi, kenapa orang suka persoalkan kalau aku asyik senyum?

kan comel kalau senyum


notakakiku: selain daripada senyum, aku ada lagi satu tabiat iaitu suka bermonolog secara luaran atau bahasa kasaqnya cakap sorang-sorang. gila ka aku? ha ha ha.

notakakikulagi: acteli, aku bukan niat nak ckp sorg2 pun. cuma aku rasa apa yang aku nak cakap tuh, orang lain x dengaq pun xpa. tapi, dah terkeluaq dah kata-kata tuh. jadinya, dengaq la cam aku nih dok bergumam sorang2. paham dak situasi nih? tak paham? ala. susah la nak explain. ha ha.