Friday, December 03, 2010

kenapa saya menulis blog?

kenapa ya?

entah lah.

tak kan saja-saja nak tulis kot. mesti ada sebab kan?

*hati memang asyik nak menang ja. biarkan.*

ok. begini. kat mana nak mula ya? erm. baiklah. kalau tengok dekat bahagian looking back tuh, entri yang wujud sejak dari disember 2007 lagi. zaman sekolah lagi waktu tu. ayat pon tunggang terbalik. aik. bajet ayat sekarang tak tunggang terbalik la eh? jadi, apa yg membuatkan aku membuat blog waktu tu? erm. sebab pa ya? jap nak pikir.

rasanya, aku tulis blog memang sebab suka-suka. *maaf, hati. itu mmg jawapan yang dicari.* aku memang jenis suka menulis. kalau dulu tulis dalam buku catatan ja. diary orang putih panggil. bila dah malas nak menulis dalam buku catatan, maka blog ini pun wujudlah. :)

maka, habis lah cerita. aik. dah habis dah? tak syoq langsung.

baiklah. baiklah. sambung sikit lagi. kalau nak ikutkan dulu aku tulis blog sebab nak luahkan apa yang aku rasa. apa yang aku alamai. lebih kepada kehidupan peribadi. kisah aku, dia dan mereka. itu tagline aku dalam profile aku. ya. kisah aku disamping mereka dan dia.

dan tiba-tiba blog aku menjadi tempat aku melepaskan perasaan. penuh entri-entri bila-aku-baca-balik-pun-aku-malu. jadi, setelah berderet dengan entri-entri begitu, aku jadi semakin penat. aik. tak lari pun dah penat? *eleh, hati. bajet tak tau. kau yang penat kan?*

bila dah penat, aku pindah rumah baru. guna link yang baru. blog nih aku rehatkan sebentar. blog baru lebih kepada diari biasa-biasa. *aku baru sedaq, aku takkan ada idea nak menulis kalau takdak kaitan dengan hati dan perasaan. ha ha.* jadi aku makin bosan menulis blog. tak dak cerita untuk dicerita. lama jugak aku biarkan blog-blog aku tak diupdet. membawa diri la konon. bawa diri dari sapa pun aku tak tau.

hampir setahun aku biaqkan blog ni tanpa teman. but one day, aku tiba-tiba feel like blogging again. nah! entah apa-apa aku mencarut pada entri pertama aku selepas setahun tak berblog. cadang aku nak buatkan blog ini sebagai private saja. lebih kepada tempat meluahkan rasa, hati dan perasaan. ha ha ha. malu.

tapi, belum sempat aku private, ada orang dah kumen. *adeh, zul. malu aku. ingatkan takda orang baca.* jadinya, untuk menutup malu, aku buat lagi entri baru. lama-lama aku semakin sayang nak tutup blog ni. aku dah janji taknak buat entri mencarut lagi. ha ha. *wtheel mencarut. cam aku tulis bukan-bukan ja kan.* tapi kadang-kadang ada jugak terbuat entri mencarut. adui. mungkir janji dengan diri sendiri. apa nak jadi, filzah?

dan tiba-tiba pula, blog nih bertambah follower. hee. kalau nak ikot, walaupun dah dekat 3 tahun berblog, tapi follower aku tak dak peningkatan pun. tapi, sejak akhir-akhir ni tiba-tiba bilangan follower bertambah sikit. mungkin sebab kawan-kawan aku pun dah semakin ramai berblog. bila ramai kawan, bertambah follower, bertambah la kawan baru.

tapi, seriously, aku jenis malas nak bersosial dalam dunia blog nih. maaf sangat kalau kadang-kadang aku tak melawat atau buat kunjungan ke mana-mana blog pun. he he. memang bukan kerajinan aku untuk melawat dan bersapa. malu mungkin. ya ah. aku sebenarnya malu kalau ada orang baca blog aku. kuikuikui. gedik ang, filzah.

jadi, berbalik kepada persoalan pertama, kenapa saya menulis blog? erm. bermula dari suka-suka menjadi kepada sesuatu yang..yang apa? eh, jap. nak tukaq ayat.

ok. sekali lagi.

jadi, berbalik kepada persoalan pertama, kenapa saya menulis blog? erm. bermula dari suka-suka menjadi hobi. hobi? mungkin la. hobi bila masa lapang dan bosan. seperti sekarang. ha ha dan ha.

selamat berblog dan salam perkenalan! :)

3 comments:

  1. blog pun boleh buat duit..skit pun duit juga...kalau kena caranya boleh jadi kaya..

    ReplyDelete
  2. hehe. maybe jugak. tp kalau jenis pemalas nak bersosial cam aku nih, payah la nak jd kaya dgn berlog ja. kuikuikui.

    ReplyDelete

jom merapu skalik...tima kasih~=)