Sunday, December 19, 2010

air oh air

image google

aish. dah nak dekat sehari ayaq kat hostel nih takdak. tak tahu la apa masalahnya. selalunya kalau ayaq xda pun takda la sampai nak dekat sehari. nih dari pukul 3.00 petang kelmarin lg xda. aish. susah. susah.

ayaq tak da, camna nak ambil wudhuk?

kalau wudhuk tak leh ambil, tak leh la nak sembahyang..

betul dak?

salah! kalau masih ada lagi ayaq dalam tadahan.

aku mula-mula memang tak da masalah langsung nak ambil wudhuk guna ayaq tadahan dalam baldi nih ja. Tapi, bila aku tengok 'housemate' aku pakat tak solat-alasan takda ayaq- aku mula jadi kompius.

pernah satu hari aku gtau yang ayaq dalam baldi tuh ada la sket lagi untuk buat wudhuk. tp xda respon pon. diorang kata nak qadha ja nanti. aik. boleh ka main qadha'2 gitu ja? nak kata ayaq takda, ada ja dalam baldi tuh. awat tak guna ayaq tuh ja? ayaq musta'mal ka dalam baldi tu?

jadi, untuk mengelak kekeliruan dan beribu-ribu soalan yang bakal timbul lagi, aku pun tanya kawan aku yang nyata lebih arif bab-bab hukum nih. aku tau air musta'mal tuh camna, tp bila diorang dah buat lagu tu, aku yg jadi keliru. ya la. aku nih tak da pandai sangat bab hukum kalau nak banding dengan diorang*pada pandangan aku la. hee. :D*

dan bila aku tanya kawan aku yang lebih arif, nih jawapan yang dia bagi.

kawan: dia musta'mal kalau ayaq yg hg guna masuk blk dlm baldi
kawan: kalau hg cedoq keluaq, guna, ok ja
kawan: asalkn takdak ayaq yg masuk blk
kawan: asalkn boleh elak percik besar2 masuk blk

hurm. jadinya, ayaq dalam baldi tuh masih dikira ayaq mutlak selagi tak bercampur atau terpercik dengan ayaq yang dah digunakan tuh tadi. kalau dah terpercik dikira ayaq musta'mal.

aish, benda pa ayaq musta'mal ayaq mutlak semua nih?

ayaq musta'amal ialah air yang suci tapi tidak menyucikan. maknanya sini, air tuh bersih tapi takleh digunakan untuk mengangkat hadas. tak kira kecik atau besaq. hadas kecik atau besaq nih bukannya berak kencing ja tau. tuh hadas kecik ja. tp semua nih termasuklah berwudhuk dan mandi wajib. jadi tak leh guna air yang dah bercampur nih untuk angkat hadas.

kalau ayaq mutlak boleh. sebab ayaq nih suci dan boleh menyucikan. jadinya ayaq mutlak saja la yang boleh digunakan untuk mengangkat hadas.

kalau dah paham makna ayaq musta'mal mesti tak da kecelaruan cam aku nih. ha ha ha. ayaq musta'mal tuh jadi bila tercampur dgn benda2 lain. jadi, ayaq dalam baldi masih mutlak kalau tak tercampur lagi.

untuk mengukuhkan lagi jawapan tuh, aku search2 la kat google smpai la termasuk dalam forum nih. bila baca semua, ada percanggahan jugak sana sini. tapi, apa yang aku boleh simpulkan, boleh guna ayaq yang ditadah dalam baldi untuk berwudhuk dan kalau nak lebih selamat isi ayaq tuh dalam botol mineral supaya tak tercemar dengan benda-benda lain. insyaAllah, wudhuk kita diterima dan sembahyang kita sah.

jangan buat main-main dengan solat nih. sedangkan kalau ayaq dah betul-betul tak da pun kita kena tayamum sebagai ganti wudhuk. kan?

huii. takot aku nak sentuh bab-bab hukum nih. tapi aku takleh jugak nak diamkan diri bila tengok diorang semua tak sembahyang. huu. kalau da papa yang salah, mohon diperbetulkan. setakat nih, memang yang ni la yang aku pegang.

update: nih aku dapat dari iLuvislam

notakakiku: takda ayaq maknanya tak mandi la ni kan? kan? kan? teeeet. jangan ditanya bab tuh. kahkahkahkah.

notakakikulagi: kesian aku baru tau. btw, thanx to kawan aku yang sudi terang satu-satu untuk org yg kurang arif cm aku nih. kui3.

Friday, December 10, 2010

C.P.R

Cardiopulmonary resuscitation (CPR) is an emergency procedure which is attempted in an effort to return life to a person in cardiac arrest.

oh. maknanya CPR nih bila nyawa seseorang tuh dah berhenti la kan? ke tak? maaf. aku bukan student bio. bab-bab bio nih memang aku fail. :D

hurm. rasa-rasanya blog aku nih dah berhenti ka nyawa dia? aik. bila masa blog ada nyawa? dah jawab dah ari tu. malas nak jawab lagi. ha ha ha.

aish. entah lah. aku rasa separuh jiwaku pergi. eceh. tiba-tiba keluaq lagu si anang nih apa kes? malas semasam semacam ja nak mengupdet blog. kalau updet pun, tah apa pa la yang aku ngarut. ayat berterabuq. kena kutip balik ayat-ayat yang beterabuq tuh nampak gayanya. tapi masalahnya separuh jiwaku sudah pergi. kena tunggu jiwa tuh datang balik la kot baru boleh kutip balik ayat-ayat yang berterabuq tuh. seee. ayat nih pun dah berterabuq. aish.

persoalannya sekarang, ke manakah separuh jiwaku itu pergi?

perlu ka jawab? malas la. ha ha ha.


jom layan lagu nak? naaaak! eh. lagu hindustan. taknak la. alaaaa. layan la!


A. R. Rahman - Dola Dola .mp3
Found at bee mp3 search engine

Thursday, December 09, 2010

kenapa saya malas menulis blog?

ha ha ha. baru ja entri yang lepas konon-konon macam semangat ja nak tulis blog kan. tengok-tengok takda pun updet nak dekat seminggu dah nih. kuikuikui. tak pa la. nama pun blog suka-suka. maknanya memang suka hati aku ja la kan nak mengupdet bila. kuikuikui. tak da sapa peduli.

erm. minggu nih dah start sem baru bagi semester keempat aku kat kolej nih. alhamdulillah. syukur dengan result semester lepas. masih sama. semester nih kena usaha lebih lagi untuk maintain result yang sama. huhu. subjek semester nih semakin mencabar. takot plak. tak pa tak pa. filzah buleh! chaiyok chaiyok!

untuk semeser nih aku ambil enam subjek. salah satunya arab. ha ha ha. gila lama tinggal arab. ingat lagi ke tidak entah la. haha. arap-arap still bleh catch up.

...
..
.

gila tak da perasaan langsung nak updet. jadilah entri yang takda roh ni. aik. entri ada roh ka? ada. kalau ditulis dengan jiwa. bukan dengan tangan ja. wtheel ayat cam keling nih? ayat keling pun lebih elok dari ayat ang, filzah.




malas la nak sambung lagi. bai.

Friday, December 03, 2010

kenapa saya menulis blog?

kenapa ya?

entah lah.

tak kan saja-saja nak tulis kot. mesti ada sebab kan?

*hati memang asyik nak menang ja. biarkan.*

ok. begini. kat mana nak mula ya? erm. baiklah. kalau tengok dekat bahagian looking back tuh, entri yang wujud sejak dari disember 2007 lagi. zaman sekolah lagi waktu tu. ayat pon tunggang terbalik. aik. bajet ayat sekarang tak tunggang terbalik la eh? jadi, apa yg membuatkan aku membuat blog waktu tu? erm. sebab pa ya? jap nak pikir.

rasanya, aku tulis blog memang sebab suka-suka. *maaf, hati. itu mmg jawapan yang dicari.* aku memang jenis suka menulis. kalau dulu tulis dalam buku catatan ja. diary orang putih panggil. bila dah malas nak menulis dalam buku catatan, maka blog ini pun wujudlah. :)

maka, habis lah cerita. aik. dah habis dah? tak syoq langsung.

baiklah. baiklah. sambung sikit lagi. kalau nak ikutkan dulu aku tulis blog sebab nak luahkan apa yang aku rasa. apa yang aku alamai. lebih kepada kehidupan peribadi. kisah aku, dia dan mereka. itu tagline aku dalam profile aku. ya. kisah aku disamping mereka dan dia.

dan tiba-tiba blog aku menjadi tempat aku melepaskan perasaan. penuh entri-entri bila-aku-baca-balik-pun-aku-malu. jadi, setelah berderet dengan entri-entri begitu, aku jadi semakin penat. aik. tak lari pun dah penat? *eleh, hati. bajet tak tau. kau yang penat kan?*

bila dah penat, aku pindah rumah baru. guna link yang baru. blog nih aku rehatkan sebentar. blog baru lebih kepada diari biasa-biasa. *aku baru sedaq, aku takkan ada idea nak menulis kalau takdak kaitan dengan hati dan perasaan. ha ha.* jadi aku makin bosan menulis blog. tak dak cerita untuk dicerita. lama jugak aku biarkan blog-blog aku tak diupdet. membawa diri la konon. bawa diri dari sapa pun aku tak tau.

hampir setahun aku biaqkan blog ni tanpa teman. but one day, aku tiba-tiba feel like blogging again. nah! entah apa-apa aku mencarut pada entri pertama aku selepas setahun tak berblog. cadang aku nak buatkan blog ini sebagai private saja. lebih kepada tempat meluahkan rasa, hati dan perasaan. ha ha ha. malu.

tapi, belum sempat aku private, ada orang dah kumen. *adeh, zul. malu aku. ingatkan takda orang baca.* jadinya, untuk menutup malu, aku buat lagi entri baru. lama-lama aku semakin sayang nak tutup blog ni. aku dah janji taknak buat entri mencarut lagi. ha ha. *wtheel mencarut. cam aku tulis bukan-bukan ja kan.* tapi kadang-kadang ada jugak terbuat entri mencarut. adui. mungkir janji dengan diri sendiri. apa nak jadi, filzah?

dan tiba-tiba pula, blog nih bertambah follower. hee. kalau nak ikot, walaupun dah dekat 3 tahun berblog, tapi follower aku tak dak peningkatan pun. tapi, sejak akhir-akhir ni tiba-tiba bilangan follower bertambah sikit. mungkin sebab kawan-kawan aku pun dah semakin ramai berblog. bila ramai kawan, bertambah follower, bertambah la kawan baru.

tapi, seriously, aku jenis malas nak bersosial dalam dunia blog nih. maaf sangat kalau kadang-kadang aku tak melawat atau buat kunjungan ke mana-mana blog pun. he he. memang bukan kerajinan aku untuk melawat dan bersapa. malu mungkin. ya ah. aku sebenarnya malu kalau ada orang baca blog aku. kuikuikui. gedik ang, filzah.

jadi, berbalik kepada persoalan pertama, kenapa saya menulis blog? erm. bermula dari suka-suka menjadi kepada sesuatu yang..yang apa? eh, jap. nak tukaq ayat.

ok. sekali lagi.

jadi, berbalik kepada persoalan pertama, kenapa saya menulis blog? erm. bermula dari suka-suka menjadi hobi. hobi? mungkin la. hobi bila masa lapang dan bosan. seperti sekarang. ha ha dan ha.

selamat berblog dan salam perkenalan! :)