Tuesday, November 30, 2010

award setia :)

award yang comel

hehe. jarang aku dapat awardkan? eh, pernah dapat ke? rasa cam pernah. tapi letak kat mana tah. ha ha ha. takpa. award kali ni akan disimpan elok-elok.

terima kasih buat encik rusydi atau edy. hehe. dah ada nama glamer dah no ang. dulu zaman skolah aku panggil ang che pi ja. nama pak ang. pas tu, ada orang habaq kat aku yang ang tak suka dipanggil che pi. maaf na. huihui. tapi aku rasa aku takdak pernah pun panggil ang kat skolah dulu kan. kuikuikui. pa aku maksudkan.. sebelum nih, kalau nak ceta papa pasai ang, aku bahasakan ang sebagai che pi. aik. ceta pasai ang? alamak kantoi dok gosip-gosip kat belakang. hehe. tak dak. kami cerita benda-benda baik ja pasai ang. betuii. :D

eh. apasai cam terlari tajok eh? hehe. papa pon, thanx untuk award tu. dan terima kasih jugak sebab sudi follow aku. tapi, buat masa la nih, tak dak lagi la award untuk ang. kena tunggu follower yang ke-100 baru aku bagi, mungkin. ha ha. tahun bila la gamaknya tuh kan. hehe.

papa pon, terima kasih daun keladi. nanti bagi la lagi.

Saturday, November 27, 2010

goyang

goyang? kuih goyang?
salah!
jadi?
mari goyang kaki!

*abaikan dialog di atas


dah hampir dua hari cuti. tapi masih tak tau nak buat pa. ha ha ha. betul-betul membuang masa. time nak balik hari tu, agak mencabar jugak. perjalanan ke kl sentral yg sepatotnya x sampai 30 minit pun jadi sejam setengah baru sampai. monorail ditunda perjalanan sebab pokok tumbang. huihui. nak tak nak kena la naik bas balik p bandaraya. then, amik lrt pi masjid jamek. baru dapat sampai kl sentral. huii. jauh sungguh perjalanan yang pendek ini. papa pon, alhamdulillah, selamat jugak sampai kl sentral dan perlis terchintaa. hohohoyeah!

so, apa rancangan masa cuti? tak dak! sebab kalau ada, mesti satu pon tak terbuat. jadi, marilah mengisi cuti kali ini dengan goyang kaki kiri kanan sampai terboring-boring nak mati. -____-'



oh ya. jahitan ari tu dah bukak. alhamdulillah x rasa papa. cuma masih seghiyau kalau nak pegang area-area tuh. hehe.


....
..
.



tak da pa nak ceta sangat pun. tuh ja kot. lalala~

Monday, November 22, 2010

redha

"Redha dalam istilah syariat adalah redha hamba kepada Allah, iaitu bahawa dia tidak membenci apa yang berlaku, berjalan sesuai dengan takdirnya, dan redha Allah kepada hamba adalah bahawa Dia sudah menganggapnya menjalankan perintah-Nya, dan meninggalkan larangan berdasarkan larangan-Nya."
(petikan daripada Jalan Menuju Syurga REDHA, Abu Ezzat Al-Mubarak)





notakakiku: ya. saya sedang belajaq untuk redha. rabbi yasir wa la tu'assir, ya Allah.

kalaulah malang ada bau...(2)

malang apa lagi, filzah?

aish. bukan malang. tapi takdir. redha ja la. benda dah nak jadi, kan?

camni ceritanya. petang semalam, time aku tengah mandi, tiba-tiba rasa cekang kat urat ketiak(@$#&). betul. kawan-kawan pernah rasa tak rasa cam tertarik kat mana-mana anggota badan? tiba-tiba macam rasa...cekang lah. aish. xtau aku nak describe camna. hanya orang yang pernah rasa ja akan tahu. huhu.

ok. berbalik kepada cerita tadi. aku rasa penerangan aku tadi langsung x membantu. maap membazirkan masa anda selama setengah minit. maap. baik. sekali lagi aku membazikan masa orang. x baik. x baik.

ok. berbalik kepada cerita tadi*dua kali dah ulang*, selapas aku terasa cekang tuh, pandangan aku macam kabur. pernah tak rasa cam nak pitam? pandangan cam berkaburan. pernah tak? cam tu la aku rasa. pandangan dah rasa cam kabur. tapi aku terus gak mandi. baru lepas sabun kot. xkan nak kuaq camtu ja kan.
jadinya, aku gagahkan diri jugak. tiba-tiba aku rasa tak tahan sangat. terus aku duduk berlunjuq kat dalam bilik ayaq tuh. adeh. takbir banyak-banyak aku. allahuakbar allahuakbar. apa ya yang aku ingat time tuh? mati. hu hu hu. takot. banyak sangat dosa aku... :(

entah camna, tiba-tiba aku perasan yang baldi berisi ayaq bergolek depan aku. apa dah jadi nih?
aish. x leh jadi. aku kena cepat-cepat kuaq. aku capai tuala yang dah lencun. bila dah kuaq, aku menonong ja dari pintu bilik ayaq. rumet aku dah menjerit. omg. nampak teruk sangat aku? aku baru ja nak blagak xdak papa jadi. tapi tiba-tiba aku yang rebah.

huiiii. rumet aku tanya, kenapa dengan dagu? kenapa dengan dagu? alamak.. kenapa plak dengan dagu aku? aish. diorang kata luka. terkoyak. cepat-cepat diambil minyak dan sapu. paling melemahkan aku bila diorang kata luka nih dalam. kena jahit. diulang. kena JAHIT. omg. tak nak!

aku rasa xdak papa yang siriyus pun. just aku pitam dan terjatuh ja. tak kan sampai kena pi klinik kot. tapi dorang paksa jugak p. takot jadi lagi teruk. aku dah getaq lutut. waaaa. kena p klinik gak ka?? kalau kena jahit camna?? tak mauu..

selepas diberi keyakinan yang kita bleh mintak tak dijahit, akhirnya aku mengalah jugak. p je la. kalau papa jadi, kan lebih teruk. huhu. jadinya, malam tuh jugak aku dihantar ke hospital kuala lumpur. alamakaihhh. tadi kata nak p klinik ja kan. nih sampai hospital plak. nih yang buat gua seram sejuk nih... aish2.

malas nak karang panjang-panjang. nih lah rentetan yang berlaku kat spital malam tadi.
  1. daftar kat pintu depan
  2. jumpa MA. habaq pa masalah. kena cek darah. x ingt darah atas bapa. tapi bawah, 76. alamak. cam rendah ja.
  3. tnggu nama kena panggil.
  4. nama kena panggil. tapi oleh MA tadi. ada lagi x sudah cek. kena cucuk. ihatecucuk. terima kasih kerana cucuk saya ya.
  5. tnggu lagi nama kena panggil. kepala dah pening2 hasil drpada cucukan tadi. tak suka.
  6. p kanuter pendaftaran. bayaq rm 1. dapat no. giliran.
  7. tnggu no giliran plak. ya ampun. baru 165. giliran aku 173.
  8. sampai giliran. masuk jumpa doktor. cerita pa yang jadi. doktor tengok dan selamba berkata, "nih kena jahit nih.." omg. aku mati-matian xmau. habis aku nipu esok ada exam. then doktor tuh pelik, pa kaitan esok exam dengan jahit malam nih? ok. hilang punca.
  9. tnggu giliran untuk jahit. asalnya aku yang first, tapi awat tah orang dalam tuh tak dengaq aku menekan loceng. tp bila orang lepas aku tekan loceng, pantas ja dia kuaq. ok. tak puas hati. as a result, giliran aku yang kedua. tnggu lagi.
  10. dengaq dari luaq budak kecik tuh nangis kat dalam. omg. betul2 menyaikokan aku. adeh. doa-doa banyak, filzah. rilekk.
  11. sampai giliran aku. buka slipar, tukaq kasut besaq gedabak. pakai baju bedah. omg. cam parah sangat ja.
  12. masuk bilik bedah. cantek. ha ha. duduk. doktor tuh baik. sejuk hati aku merelakan dijahit.
  13. doktor tengok, nampak cam tak besaq luka nih. mula-mula doktor tuh nak bagi gam ja. tapi bila, dia cek*dia koyakkan sebenarnya tmpat luka tuh*, kena jahit jugak. sebab dalam. oho. terima kasiiih.
  14. kena dua jarum sahaja. tapi seksanya rasa cam lama ja.
  15. ok. dah siap. aik. dah habis? ya. ha ha. sebenarnya xdak la sakit sangat pun. cuma bila jarum tuh masuk, terasa la. then, bila benang tuh berjalan, agak rasa jugak. tapi, alhamdulillah. tak sakit sangat pon.
  16. jumpa doktor balik. kena pi cek bp, darah. waaa. ingatkan dah habisss.
  17. kena amek darah. omg. aku ingt dah habis bab cucuk mencucuk nih. tak habis lagi rupanya. aish. dicucuknya kat jari hantu untuk ambil darah. aish, bab-bab darah nih memang aku lemah.
  18. rasa nak muntah. cek darah pulak. alamaak. rendahnya. darah bawah 70 ja. huhu.
  19. nurse tuh nak cek jantung jugak. kot-kot ada apa-apa masalah.
  20. selesai. jumpa balik doktor. ok. doktor kata ok. alhamdulillah. buka jahitan 25hb nih.

dah. habis cerita. ha ha. rentetan pun cam panjang ja kan. kesimpulannya beginilah..

mandi ---> urat cekang----> rasa pinar ---> jatuh+pitam dalam bilik ayaq---> p hospital ---> cek darah ---> jumpa doktor ---> kena jahit kat dagu ---> amek darah ---> cek jantung ---> jumpa doktor balik ---> selesai

gila panjang kesimpulannya. ha ha. apapapun, alhamdulillah. semua selesai dan selamat. terima kasih kat housemates yang susah payah antaq dan teman kt hkl tuh. terima kasih jugak kt housemate yang tnggu kat umah dengan sabaq. haha. bajet la filzah ooih!

oh ya. hehe. aku first-first aku just habaq kat kak aku dulu. tak bagi habaq kat mak lagi. tengok-tengok mak kol. ha ha. tak pandai aku menipu. habaq ja la apa yang jadi. kui3. terima kasih kat orang yang tolong khabaqkan. hehe.

terima kasih dan syukur. :)

Tuesday, November 16, 2010

korban


nampak dak? nampak dak? nampak dak? hehe. nih semua barang-barang dari perlis tau. ha ha. alhamdulillah, dah selamat sampai pagi tadi. bekalan-bekalan untuk raya haji di perantauan. perantauan? kahkahkah. ayat bajet la weh. sedaq la diri sket filzah oi. oversea pun x lepas. ha ha ha.

esok, insyaAllah, kt malaysia, kita bakal menyambut raya haji ataupun juga dikenali dengan raya korban. *kat tempat lain, banyak dah sambut hari nih dah. haha.* jadi, raya kali nih aku betul-betul berkorban daripada beraya bersama keluarga tersayang. final punya pasai. berkorban la sat. minggu depan bleh balik. bukan lama mana pun. sabaq ya. ya!

aish. sejauh mana sangat la perngorbanan aku nih nak banding pengorbanan nabi ismail a.s kan? ha ha ha. mmg tak tertanding la filzah oi. hehe. takpa. yang penting, esok rayaa!

salam aidiladha. takbir jom!

notakakiku: ramai yg tak balik raya kali nih kan? takpa. selamat berKORBAN. :)

Friday, November 12, 2010

senyum dalam penat

dah habis penat, filzah?

erm. separuh dah habis. penat pun separuh jugak la yang habis.

buat pa sampai penat sangat nih?

cik han

nampak dak muka penat dalam senyum? eh. tak. bukan muka penat. muka cuak. beberapa minit sebelum present. aik. present apa sampai mekap2 nih? kahkahkah. seumoq idop x pernah mekap pun kalau takat nak present. pi kelas pun xdak mekap. nih kalut nak mekap buat apa? kahkahkah. gelak la. aku sendiri pun takot tengok muka aku sendiri. kuikuikui. macam cik han. :D

jadi, benda pa la yang buat aku cuak+penat+muka cm cik han nih? sebenaqnya ni adalah salah satu assignment terakhir untuk semester nih. kena present pasal culture dari kaum lain. group aku pilih culture thailand. aku pakai baju tradisional thailand la tuh. hehehe. merah menyala. bila present pasal culture tuh, kena la explain serba serbi berkaitan culture tersebut. yang paling menarik, kami kena menari. menari loy krathong. x kisah la tangan keras ke, langkah canggung ke, yang penting kitorang enjoy! hohoyeah~~!

cik mimi, cik anis, cik biah, cik pipi, cik han

hehe. dah nak habis dah semester nih. banyak kenangan jugak la sepanjang semester nih. banyak pengalaman jugak. alamak. semester dah nak habis bermakna final exam bakal tiba. eh. bukan bakal. tapi hampiiir tiba. ahad nih dah start paper. ahad ada exam? yes. kitorang ikot jadual planet pluto. kohkohkoh. bak kata sir aku, bangla pun cuti hari ahad. tp, kitorang ada exam. huiyooo. banggga.

aik. macam dah off topic.

ok. bai.

oh, lupa. credit gambaq to cik pipi and make-up bajet artist to cik mimi dan cik anis. tq! minta halal eh.. :)

notakakiku: pray for me, my friends and all. i'll pray for our success too. insyaAllah. :)
notakakikulagi: teka-teki: siapakah cik han? hahahantu... :D

Monday, November 08, 2010

...

penat.












sangat.

notakakiku: nih namanya xda kerja cari kerja. terima kasih.

Tuesday, November 02, 2010

banjir ooo banjir ooo...

...kampung kita naik ayaq eooo!!

hohoyeh! banjir datang lagi. astaghfirullah. serunuk plak ang na, filzah. huhu. setelah empat hari hujan tak berhenti-henti, ayaq dah mula naik kat perlih. akhirnya, hari keempat, ayaq naik sampai depan umah aku. huu. rasanya ayaq kali nih lagi tinggi dr taun 2006. huiii. bestnya kalau dapat meranduk ayaq bah. huuu.

nih gambaq yang pak aku post kt fb kak aku tadi. ermm. nampak teruk jugak. alhamdulillah hari nih hujan dah berhenti. harap-harap bleh la sambut korban nanti dengan selamat. amiin. *aku memang tak balik. famili aku la yg nk raya kat sana nuu.* semoga dapat beraya dgn selamat. amiin.


ayaq masuk porch umah

jalan masuk lorong umah

pokok mempelam depan umah. aik. takdak kaitan.

tuudia. macam sungai.

wuuu. bestnya kalau ada kat umah la nih. siriyes rasa nak balik perlis la jugak. nak p meranduk ayaq bah. taun 2006 dulu x dan pi meranduk pun. dok umah ja. bukan selalu perlis banjir. T_____T

latest: ok. x best. ayaq dah masuk sampai dalam umah. kesian mak, ayah, abang. T____T