bismillah.
kena ucap bismillah dulu sebab dah bersawang sangat dah blog ni. malam ni cuci sedikit dulu. eh. malam apanya. dah pukul 1.30 pagi kot. maknanya memang akan sedikit sangat la yang cuci malam ni sebab malam semakin lewat.
entri pertama dalam tahun 2013 yang tinggal tak sampai sebulan ja lagi nak masuk tahun baru. okey lah daripada tak da. kalau tak ada pun takda siapa kisah kot. ini blog macam berbujur membujur lalu melintang patah. eh. macam tak kena. okey lain. ini blog macam hidup segan mati tak mau. kadang-kadang dia mau hidup, tapi roh tak sampai. hasilnya, bagai telur dihujung tanduk ja la. kahkah. gila banyak peribahasa aku guna. tapi macam satu pun tak betul.
entri pemanas selepas setahun tak jumpa memang begini. isi terabur sana sini. kalau karangan upsr rasanya markah isi tu dapat 1 ja untuk setiap perenggan. markah kesian.
hoi! apa point ang sekarang ni filzah?
baiklah. baiklah. jangan marah. kemungkinan besar akan diceritakan pada keesokkan hari. banyak nak cerita. tapi kalau cerita malam ni apa pula nak diceritakan pada malam-malam berikutnya. nampak sangat ang takda cerita filzah. cerita lama jugak ang nak korek. korek? macam tak kena jugak. argh. kosa kataku semakin tumpul. inilah akibat malas membaca dan menulis.
baiklah. mungkin saya akan lebih rajin menulis selepas ini. mungkin. maknanya keberangkaliannya 50/50. okeylah. fair enough. ye dak?
ah. berletiaq la ang sorang-sorang. aku nak tidoq.
selamat.
notakakiku: entri lepas bukan main semangat hang tuah. rupa-rupanya hanyalah sandiwara saja. *background muzik sandiwara cinta*
No comments:
Post a Comment
jom merapu skalik...tima kasih~=)