Monday, December 23, 2013

orkid dan berkat.

mak aih. katanya sebelum ni nak 'update' esok. memang hari ni la 'esok'nya tu kan?

maaf la. kesibukan mula melanda. al-maklumlah. sekolah dah nak buka. banyak kena siapkan. nak mengecat kelas la. nak siapkan kewangan la. nak siapkan bahan bantu lagi. adui. macam tak sempat ja.

tapi, sempat pula pi kl attend wedding anak dato' eh?

eh. mana tau? and correction.bukan wedding anak dato'. tapi wedding menantu dato'. hihi.sebab menantu dato' tu kawan sekolah. sebenarnya tak rancang langsung nak pergi sebab kena bagi nama dan tempat pun terhad. disebabkan kerja yang tak tentu dan boleh tahan jauh jugak la nak menapak ke kl tu, jadi, memang tak bagi nama la. tapi, tiba-tiba kawan yang baru kena 'posting' ke johor tanya, nak tak pergi sekali? naaaah. tidak mampu ku menolaknya walaupun mula-mula agak pening jugak la macam mana nak pergi stesen bas larkin tu. tapi, dipendekkan cerita, alhamdulillah, sampai jugak ke wedding tu dengan selamatnya.

macam biasa, gambar kebanyakannya ku cilok dari gambar orang. ada handset mahal pun tapi bateri takda, tak guna. terpaksa sep untuk kegunaan yang lebih penting. kononnya la. padahal guna untuk online fb, whatsapp, wechat etc bla bla. 

okkkkk. back to the topic. mari tengok gambar!

kami parking kereta betul-betul depan pintu masuk dewan merdeka tu. tanpa perlu bayar apa-apa rasanya sebab tak da ambil kad parking pun. mungkin dah di'sponsor' parking malam tu. tapi yang lain tak berani nak masuk. jadi depa parking tempat yang berbayaq sebab depa ingat parking kat pintu masuk tu lagi mahal. jadi, apa kaitan dengan gambaq di atas? hurmmm...I.have.no.idea.

lepas solat maghrib, mulalah sesi bergambar mesra. ni baru separuh. tunggu yang lain datang dulu baru nak naik bersama-sama. ukhwah katanya. tapi tengah syok-syok mengambil gambar, terdengar kompang dipalu. lantas terus ku menjerit "hampaaaaaa!" lalu terus berlari ke eskelator untuk memanjat ke tingkat 4. pengantin dah mai weh. tepat pukul 8 majlis mula. sampai-sampai pengantin dah masuk. hanya dapat memandang dalam tv yang disediakan dari luar saja. T_____T

tapi rupanya, boleh masuk selepas tu. tapi macam harapan nak jumpa macam tipis ja dengan tetamu yang beribu-ribu tu. jadi, untuk menghilangkan rasa kecewa, kami pun makan dulu. lauk dia sedap dan lazat. banyaaak sangat. macam tak luak padahal ramai yang makan. 

ok. gambar please!


 nah. ni la geng-geng rombongan yang datang. gadis-gadis dan pria-pria ganteng. haha. tapi hati-hati, ada juga la yang bakal menyusul tahun depan ni. siapa? itu yang kita tidak tahu.

hoi. mana pengantin hoi?

sabaq, sabaq. pengantin kena last. bagi can kami nak bergambaq duluu na. ok. nindia.

alaaaa. kecik ni ja gambaq pengantin? huhu. tuh pun bertuah la dapat juga berjumpa dan bergambar. sebenarnya, wedding dia just simple and nice. tak la over grand sangat. protokol pun takda sngat sebab makan buffet ja. jadi boleh jalan-jalan suka hati. cuma biasalah, tetamu ramai. kasihan pengantin nak layan semua. haaa. pengantin lelaki tulah kawan sekolah aku merangkap kawan sekelas. pandai budaknya. kacak pun kacak. memang sama cantik sama padan. 

the bride and the groom with family. agak-agak kenal tak anak dato' mana? hihi.

jadi, lepas makan-makan, kami sempat bersalam dan bergambar atas pelamin dengan pengantin. tapi sayangnya tu gambar official photographer. jadinya, takda dalam simpanan kami. huhu. lepas dah makan dan jumpa pengantin, kami pun mulalah beransur pulang. tapi sebelum balik, aktiviti wajib, kita gambar dulu!

kami. 

17 orang wakil batch daripada 108 orang semuanya. haii. bila tengok gambaq ni, rasa macam cepatnya masa berlalu. rasa macam baru semalam ja ambil SPM. sekarang masing-masing dah ada hala tuju masing-masing. masa kenduri kahwin kawan-kawan macam ni la baru dapat kumpul balik pun. 

yang penting tahun depan beratur dah kawan-kawan booking tarikh. setiap bulan ada ja kenduri rasanya. perghh. tercabar rasa. haha. pakat-pakat dah ambil nombor habis. kita nih nak ambil nombor tapi tak nampak bayang lagi. kuikuikui.

apa apa pun tahniah pat & adilah! barakallah. semoga kekal sampai jannah. amiin. :)

oh. ya. sebelum terlupa 'doorgift' dia paling 'rare' ok. nampak tak beg kertas pink tu? agak-agak apa dalam tu?

orkid.

orkid?

ya. bunga orkid. gigih kami bawa naik bas bawa balik ke johor. empat pokok pula tu. sangat istimewa. terima kasih untuk kenangan itu. :)


notakakiku: dok idap ambil berkat.

picture credit to nazirah dan qistina. 

Saturday, December 07, 2013

wujud lagi rupanya

bismillah.

kena ucap bismillah dulu sebab dah bersawang sangat dah blog ni. malam ni cuci sedikit dulu. eh. malam apanya. dah pukul 1.30 pagi kot. maknanya memang akan sedikit sangat la yang cuci malam ni sebab malam semakin lewat.

entri pertama dalam tahun 2013 yang tinggal tak sampai sebulan ja lagi nak masuk tahun baru. okey lah daripada tak da. kalau tak ada pun takda siapa kisah kot. ini blog macam berbujur membujur lalu melintang patah. eh. macam tak kena. okey lain. ini blog macam hidup segan mati tak mau. kadang-kadang dia mau hidup, tapi roh tak sampai. hasilnya, bagai telur dihujung tanduk ja la. kahkah. gila banyak peribahasa aku guna. tapi macam satu pun tak betul.

entri pemanas selepas setahun tak jumpa memang begini. isi terabur sana sini. kalau karangan upsr rasanya markah isi tu dapat 1 ja untuk setiap perenggan. markah kesian.


hoi! apa point ang sekarang ni filzah? 


baiklah. baiklah. jangan marah. kemungkinan besar akan diceritakan pada keesokkan hari. banyak nak cerita. tapi kalau cerita malam ni apa pula nak diceritakan pada malam-malam berikutnya. nampak sangat ang takda cerita filzah. cerita lama jugak ang nak korek. korek? macam tak kena jugak. argh. kosa kataku semakin tumpul. inilah akibat malas membaca dan menulis.

baiklah. mungkin saya akan lebih rajin menulis selepas ini. mungkin. maknanya keberangkaliannya 50/50. okeylah. fair enough. ye dak?

ah. berletiaq la ang sorang-sorang. aku nak tidoq.

selamat.

notakakiku: entri lepas bukan main semangat hang tuah. rupa-rupanya hanyalah sandiwara saja. *background muzik sandiwara cinta*