eh. dah banyak jugak yang dah dipotong kat bahagian wishlists ni. alhamdulillah. satu-satu dah dapat buat. yang tiga lagi tu mmg agak sukar. tapi, tak pa! pantang menyerah sebelum kalah! *semangat Hang Tuah tetiba merasuk*
1) finish diploma. alhamdulillah. secara rasminya dah bergelar graduan diploma. konvokesyen pun dah selesai. alhamdulillah.
2) car license. yang nih ambil masa jugak nak habis sebab banyak kali tangguh. alhamdulillah akhirnya 4 hari selepas konvokesyen, selamat jugak dalam ujian JPJ. dah dapat lesen P. tunggu dua tahun lagi la kan baru lesen nak sah jadi kompeten. tapi, tak pa. asal dah lulus JPJ sudah. kira dah dapat dah la tu. boleh kan?
3) sew baju kurung. alhamdulillah. sepasang baju kurung kapas dah siap dijahit semalam. berpatah pinggang jugak la nak menyiapkannya. dalam 5 hari jugak kot nak siap. nak tengok hasilnya? sat nak edit dulu bagi nampak cantik sikit. kahkah.
nindia sepasang baju kurung kapas. mai nak close-up sikit.
atas: baju. bawah: kain. tuuudia jahitan bengkang bengkok. kahkah.
nindia proses menggunting yang mengambil masa yg agak lama jugak. proses menjahit tak dan nak tangkap gambaq sebab khusyuk menjahit. hewhew.
selepas berhempas pulas selama sehari semalam untuk baju dan satu hari dua malam untuk kain, akhirnya siap jugak baju kurung nih. kemas tak kemas belakang kira. yang penting boleh pakai. kahkah. lepas ni kalau nak suruh buat lagi kena pikiaq dua tiga kali jugak la. lenguh pinggang kot. tapi, tak pa. yang penting, puas! dan boleh dipakai. haha.
tiga tu ja la yang baru boleh dapat. rasa macam nak tambah satu lagi dalam wishlist tu. nak buat model rumah idaman atau lebih tepat lagi, rumah impian dalam mimpi. kiukiu. memang dari dulu dok teringin nak buat satu model rumah yang lengkap. lengkap maksudnya sekali dengan perabot dan juga lighting. memang satu kerja yang remeh. tapi kalau dapat buat memang sangat puas. tak dapat jadi arkitek reka rumah orang, reka rumah dalam mimpi sendiri pun jadilah. hihu.
dan pastinya untuk menyiapkan benda tu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. dan tidak lupa juga pengorbanan wang ringgit yang tinggi. kahkah.
sebut pasal pengorbanan, Selamat Hari Raya Korban!
akhir kata, hati-hati mengorbankan diri, jangan sampai terkorban maruah. *Hang Tuah mai lagi* hewhew.
notakakiku: ketiga-tiga hasil di atas diperoleh selepas kegagalan pertama. pernah gagal foundation, pernah gagal JPJ dan pernah gagal jahit baju kurung. tapi, alhamdulillah, dengan bulat yang tekad (or tekad yang bulat? which one? err.), dapat juga menebus kembali kegagalan yang lalu. yang penting, jangan mudah menyerah! *tuudia. semangat Hang Tuah betul hari ini*