Friday, April 13, 2012

Oh, mudahnya buat baju kurung!

jalan-jalan kat kangaq seorang diri. alhamdulillah. kangaq masih selamat lagi untuk keluaq jalan-jalan seorang diri. harap terus begitu. 

tapi, bukan nak cakap pasai keluaq kangaq. walaupun ada juga la kaitan sikit. sebab tadi masa jalan-jalan dekat The Store, singgah beli buku ni.




Oh, mudahnya buat baju kurung!

haa. harap-harap betui-betui la mudah. teringin sangat nak jahit baju kurung sendiri dengan jayanya. sebab sebelum nih dah pernah cuba jahit. tapi tak berjaya dengan jayanya. bila cuba pakai ketat tang ketiak. bukan ketat yg biasa2. nih ketat yang nak bok masuk tangan pun payah.

aish. harap dengan bantuan buku nih dapatlah saya menjahit baju kurung dengan jayanya. tadi dah belek-belek buku nih, memang nampak mudah. cuma tang nak jahit kain tuh yang macam susah sikit. kena buat betui-betui baru tau susah ke senang.

tapi, bukan sekarang. lepas habis belajaq baru ada masa kot nak buat. insyaAllah. harap-harap dapat la potong wishlist aku kat sebelah tu. satu habuk pun tak tercapai lagi ni. kuikuikui. 

ya. ini bukan projek sekarang. ini projek selepas habis belajaq nanti. projek menjadi wanita sejati. kahkahkah. eh silap. hihihihi. tuuudiaaa. teruih kuaq gelak konon-konon wanita sejati. 

k bai.

Tuesday, April 03, 2012

cantik macam umi

tadi berbual-bual dengan sarah awliya. rupa secantik namanya. agak-agak aku, dia baru berusia 2 tahun. sebab bila aku tanya "umur brapa?" dia jawab, "no. 2." tak tahu la samada dia tak faham soalan atau aku yang tak faham jawapan dia. heh.

aku pun main gentel-gentel plastisin membentuk kucing. sarah tengok ja aku menggentel. 

dia kata, "cantik."

aku tanya balik, "cantik macam siapa?"

dia jawab, "cantik macam....umi!"

wah. tersentuh hatiku. comelnya jawapan dia. dalam hati aku ingat dia nak jawab cantik macam sarah. tapi dia jawab cantik macam umi. mesti ibu dia betul-betul cantik. bertuahnya ada anak macam dia. :')



tapi, bila fikir-fikir balik, sarah tak panggil ibu dia 'umi'. dia panggil ibu dia 'mama'.

jadi, siapa umi?



-__________-"


.......................
.....
.