image google
aish. dah nak dekat sehari ayaq kat hostel nih takdak. tak tahu la apa masalahnya. selalunya kalau ayaq xda pun takda la sampai nak dekat sehari. nih dari pukul 3.00 petang kelmarin lg xda. aish. susah. susah.
ayaq tak da, camna nak ambil wudhuk?
kalau wudhuk tak leh ambil, tak leh la nak sembahyang..
betul dak?
salah! kalau masih ada lagi ayaq dalam tadahan.
aku mula-mula memang tak da masalah langsung nak ambil wudhuk guna ayaq tadahan dalam baldi nih ja. Tapi, bila aku tengok 'housemate' aku pakat tak solat-alasan takda ayaq- aku mula jadi kompius.
pernah satu hari aku gtau yang ayaq dalam baldi tuh ada la sket lagi untuk buat wudhuk. tp xda respon pon. diorang kata nak qadha ja nanti. aik. boleh ka main qadha'2 gitu ja? nak kata ayaq takda, ada ja dalam baldi tuh. awat tak guna ayaq tuh ja? ayaq musta'mal ka dalam baldi tu?
jadi, untuk mengelak kekeliruan dan beribu-ribu soalan yang bakal timbul lagi, aku pun tanya kawan aku yang nyata lebih arif bab-bab hukum nih. aku tau air musta'mal tuh camna, tp bila diorang dah buat lagu tu, aku yg jadi keliru. ya la. aku nih tak da pandai sangat bab hukum kalau nak banding dengan diorang*pada pandangan aku la. hee. :D*
dan bila aku tanya kawan aku yang lebih arif, nih jawapan yang dia bagi.
kawan: dia musta'mal kalau ayaq yg hg guna masuk blk dlm baldikawan: kalau hg cedoq keluaq, guna, ok jakawan: asalkn takdak ayaq yg masuk blkkawan: asalkn boleh elak percik besar2 masuk blk
hurm. jadinya, ayaq dalam baldi tuh masih dikira ayaq mutlak selagi tak bercampur atau terpercik dengan ayaq yang dah digunakan tuh tadi. kalau dah terpercik dikira ayaq musta'mal.
aish, benda pa ayaq musta'mal ayaq mutlak semua nih?
ayaq musta'amal ialah air yang suci tapi tidak menyucikan. maknanya sini, air tuh bersih tapi takleh digunakan untuk mengangkat hadas. tak kira kecik atau besaq. hadas kecik atau besaq nih bukannya berak kencing ja tau. tuh hadas kecik ja. tp semua nih termasuklah berwudhuk dan mandi wajib. jadi tak leh guna air yang dah bercampur nih untuk angkat hadas.
kalau ayaq mutlak boleh. sebab ayaq nih suci dan boleh menyucikan. jadinya ayaq mutlak saja la yang boleh digunakan untuk mengangkat hadas.
kalau dah paham makna ayaq musta'mal mesti tak da kecelaruan cam aku nih. ha ha ha. ayaq musta'mal tuh jadi bila tercampur dgn benda2 lain. jadi, ayaq dalam baldi masih mutlak kalau tak tercampur lagi.
untuk mengukuhkan lagi jawapan tuh, aku search2 la kat google smpai la termasuk dalam forum nih. bila baca semua, ada percanggahan jugak sana sini. tapi, apa yang aku boleh simpulkan, boleh guna ayaq yang ditadah dalam baldi untuk berwudhuk dan kalau nak lebih selamat isi ayaq tuh dalam botol mineral supaya tak tercemar dengan benda-benda lain. insyaAllah, wudhuk kita diterima dan sembahyang kita sah.
jangan buat main-main dengan solat nih. sedangkan kalau ayaq dah betul-betul tak da pun kita kena tayamum sebagai ganti wudhuk. kan?
huii. takot aku nak sentuh bab-bab hukum nih. tapi aku takleh jugak nak diamkan diri bila tengok diorang semua tak sembahyang. huu. kalau da papa yang salah, mohon diperbetulkan. setakat nih, memang yang ni la yang aku pegang.
update: nih aku dapat dari iLuvislam
notakakiku: takda ayaq maknanya tak mandi la ni kan? kan? kan? teeeet. jangan ditanya bab tuh. kahkahkahkah.
notakakikulagi: kesian aku baru tau. btw, thanx to kawan aku yang sudi terang satu-satu untuk org yg kurang arif cm aku nih. kui3.