esok 17 ramadhan. nuzul quran. saat quran diturunkan. betul? aku agak jahil nak cerita macam mana quran diturunkan. itu bagi orang lain cerita. bukan itu yg aku nak kongsi. aku just nak kongsi detik-detik aku dengan quran. detik-detik maknanya masa yg lama. selama mana aku dgn quran. kisah aku dengan quran. kisah yang x wajib dibaca. ha ha ha. baca lah kalau mahu. sbb kisah nih kisah yg agak pjg. kisah bermula dr aku kecik lagi.
kecik-kecik dulu mak pak aku antaq aku p ngaji kat ustazah dkt surau taman. balik skolah, salin pakaian-baju putih kain hijau, jalan la p surau tengah2 terik rembang. jalan dengan kakak. budak-budak kat situ kebanyakannya besaq lagi dr aku. ha ha. tp bleh kata semua aku kenai. sbb semua budak-budak jiran ja.
alhamdulillah. hati aku terang. budak-budak lagi. biasalah. senang serap ilmu. cepat ja aku habis iqra'. tukaq baca quran. mula-mula baca setengah muka. lama-lama jadi semuka sehari. sampai satu masa, ustazah suruh aku ajaq budak-budak yg masih baca muqadam. ada yg umoq lebih tua dr aku. xpa. pelan-pelan. aku pun bukan terer sgt.
lama-lama, budak-budak yg aku slalu main sama-sama dulu, byk yg dh benti ngaji kt situ. ada yg dh hbs khatam. ada yg ngaji kat tempat lain. kak aku pun dh x ngaji kt situ dah. pak aku ngajaq kat umah ja. masuk la budak-budak baru ngaji kat tempat tuh. siriyes aku x berkenan dgn perangai budak-budak baru tuh. ganas x ketahuan hala. *acteli, depa suka buli aku. sbb aku kecik. waaa. x suka.* jadi, aku macam dah xdak semangat nk p ngaji lagi dah. last-last, aku habaq kat pak aku, aku nak benti ngaji kt situ.
lps benti ngaji kat situ, aku x sambung mana-mana dah. padahal aku x khatam-khatam lagi. pak aku ngajaq aku ngaji kat umah ja. tapi aku jenis baloq liat sket. *baloq liat=pemalas* dok celus2 ja ngaji. pak suruh ngaji, main-main ja aku ngaji. aish.
terok punya perangai.
time drjah 4, ustazah aku kt skolah tanya, sapa nak masuk tilawah al-quran. kawan-kawan aku semua pakat tunjuk kat aku. aku x tau pasepa. depa xtau yg aku nih khatam quran pun x pernah lagi. mungkin depa nampak aku nih mcm budak2 alim sket. ya Allah, hipokritnya aku. ada ciri-ciri munafik di situ. astaghfirullah.
teroknya aku. malu dgn Allah. malu dgn diri sendiri.
tiga tahun berturut-turut aku masuk tilawah quran. skali pun x pernah menang. ha ha. aku pun xtau sbb pa ustazah masih amek aku walaupun aku x pernah-pernah menang. buat malu ja. tilawah lelaki slalu ja juara. tilwah perempuan haram x pernah. ha ha ha. buat malu ja.
sejak dr tuh, aku jadi fobia. aku punya habit nih kadang-kadang bleh merugikan diri sendiri. bila aku try buat sesuatu tuh, tapi x berjaya seperti yg diharapkan, aku akan jadi fobia. fobia aku nih sampai aku x brani lgsg nak pikiaq apatah lagi buat lagi benda yg sama. 2 tahun yg lepas, aku fobia dgn memandu slps x lps test jpj. nih yg bab quran nih, aku terus fobia dgn quran sbb x mng tilawah. sangat rugi. quran aku tinggal. buka lgsg x pernah. aish.
sangat terok punya perangai.
masuk skolah menengah. skolah agama. tapi quran langsung x pernah-pernah khatam lagi. baca pun dah x pernah. mmg memalukan. tapi saja aku nak cerita. bukan nak buka pekung di dada. cuma aku harap, jgn la jadi cam aku nih. ha ha.
then, tingkatan 4 masuk asrama. masuk asrama aku nekad nak habiskan alquran. tambah-tambah aku jadi naqibah untuk usrah. orang tgk aku mesti ingt aku dh khatam quran berkali-kali. tapi time tuh skali pun x pernah. tp bila dok asrama nih, xda benda sgt nak buat. sebelum solat, ada time untuk baca quran semuka dua. skit-skit lama-lama berjaya jugak aku khatam. x salah aku time tuh aku tingkatan 4. tengok. tingkatan 4 baru aku khatam quran. aku khatam quran xda pulut kuning segala bagai. aku khatam dengan rasa sangat tenang. tenang sbb akhirnya dapat jugak aku khatam quran. alhamdulillah.
sekarang, aku sedang belajar istiqamah dalam membaca kalam Allah nih. rugi x baca. Allah nak tolong hambaNya dgn bagi ganjaran dengan mudah. kita ja yg buat dia rasa susah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.”- (Riwayat Tirmizi).
apa kesimpulannya di sini ya? Kita tahu kan hidayah Allah boleh datang bila-bila masa. tapi kita sebagai hamba x buleh la nak harap hidayah Allah tuh datang bergolek kalau kita sendiri x mencarinya. x semua orang sempurna dalam dunia nih. omputih kata, nobody's perfect. jadi, jangan segan kalau kita x macam orang berilmu yg lain. kita jugak bleh jadi cm depa kalau kita mau. secepat mana kita berubah tuh x penting. yang penting selama mana kita mampu istiqamah untuk berubah tuh.
eceh, bunyi dah macam penceramah la plak. aku x pandai nak berceramah. aku just nak berkongsi cerita. berkongsi pengalaman lebih tepat lagi. apa lah sangat pengalaman aku yg skit nih nak dibandingkan dengan pengalaman2 org2 lain kan? :D
agak sirius entri nih. ha ha ha. *aik. main kecah lagi. gelak tuh dh x sirius la.*
salam nuzul quran. :)
notakakiku: malam nih dah baca belom? :)
mari baca sebelom tido.....
ReplyDeleteya! mari mari!
ReplyDeleteanytime anywhere. :))