Thursday, September 30, 2010

sebu atau senak

saya rasa sebu tiba-tiba.

sebu: 1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll); 3. terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 4. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, me­madat-kan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; kesebuan perihal atau keadaan sebu: ke-upayaan parit dan sungai yg sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dgn ~ kelodak.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

macam bukan. kejap nak tukaq.

saya rasa senak tiba-tiba.

senak: 1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mem-percepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll);
menyenakkan 1. menjadikan senak (perut, dada, dll), menyesakkan: waktu malam, minumlah yg saya perbanyak, sehingga ~ perut; bau ikan bakar ~ hidungnya; 2. ki mendatangkan rasa senak (pd fikiran, perasaan, dsb): timbullah rasa hiba ~ dadanya;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

aish. senak kah aku rasa? atau sebu? tau la nak terang camna. just rasa cam hilang selera makan secara tiba-tiba. tiba-tiba? atau kerana sesuatu, filzah?

aish.

awat nih, filzah? tak tau! *tau. tapi, tak mau amek tau!*

tak paham la! tak paham sudah. tak yah paham. ha ha ha.

notakakiku: entri tiba-tiba kerana sesuatu yang tiba-tiba. tak suka la camni. waaaaa!

No comments:

Post a Comment

jom merapu skalik...tima kasih~=)