Monday, November 22, 2010

kalaulah malang ada bau...(2)

malang apa lagi, filzah?

aish. bukan malang. tapi takdir. redha ja la. benda dah nak jadi, kan?

camni ceritanya. petang semalam, time aku tengah mandi, tiba-tiba rasa cekang kat urat ketiak(@$#&). betul. kawan-kawan pernah rasa tak rasa cam tertarik kat mana-mana anggota badan? tiba-tiba macam rasa...cekang lah. aish. xtau aku nak describe camna. hanya orang yang pernah rasa ja akan tahu. huhu.

ok. berbalik kepada cerita tadi. aku rasa penerangan aku tadi langsung x membantu. maap membazirkan masa anda selama setengah minit. maap. baik. sekali lagi aku membazikan masa orang. x baik. x baik.

ok. berbalik kepada cerita tadi*dua kali dah ulang*, selapas aku terasa cekang tuh, pandangan aku macam kabur. pernah tak rasa cam nak pitam? pandangan cam berkaburan. pernah tak? cam tu la aku rasa. pandangan dah rasa cam kabur. tapi aku terus gak mandi. baru lepas sabun kot. xkan nak kuaq camtu ja kan.
jadinya, aku gagahkan diri jugak. tiba-tiba aku rasa tak tahan sangat. terus aku duduk berlunjuq kat dalam bilik ayaq tuh. adeh. takbir banyak-banyak aku. allahuakbar allahuakbar. apa ya yang aku ingat time tuh? mati. hu hu hu. takot. banyak sangat dosa aku... :(

entah camna, tiba-tiba aku perasan yang baldi berisi ayaq bergolek depan aku. apa dah jadi nih?
aish. x leh jadi. aku kena cepat-cepat kuaq. aku capai tuala yang dah lencun. bila dah kuaq, aku menonong ja dari pintu bilik ayaq. rumet aku dah menjerit. omg. nampak teruk sangat aku? aku baru ja nak blagak xdak papa jadi. tapi tiba-tiba aku yang rebah.

huiiii. rumet aku tanya, kenapa dengan dagu? kenapa dengan dagu? alamak.. kenapa plak dengan dagu aku? aish. diorang kata luka. terkoyak. cepat-cepat diambil minyak dan sapu. paling melemahkan aku bila diorang kata luka nih dalam. kena jahit. diulang. kena JAHIT. omg. tak nak!

aku rasa xdak papa yang siriyus pun. just aku pitam dan terjatuh ja. tak kan sampai kena pi klinik kot. tapi dorang paksa jugak p. takot jadi lagi teruk. aku dah getaq lutut. waaaa. kena p klinik gak ka?? kalau kena jahit camna?? tak mauu..

selepas diberi keyakinan yang kita bleh mintak tak dijahit, akhirnya aku mengalah jugak. p je la. kalau papa jadi, kan lebih teruk. huhu. jadinya, malam tuh jugak aku dihantar ke hospital kuala lumpur. alamakaihhh. tadi kata nak p klinik ja kan. nih sampai hospital plak. nih yang buat gua seram sejuk nih... aish2.

malas nak karang panjang-panjang. nih lah rentetan yang berlaku kat spital malam tadi.
  1. daftar kat pintu depan
  2. jumpa MA. habaq pa masalah. kena cek darah. x ingt darah atas bapa. tapi bawah, 76. alamak. cam rendah ja.
  3. tnggu nama kena panggil.
  4. nama kena panggil. tapi oleh MA tadi. ada lagi x sudah cek. kena cucuk. ihatecucuk. terima kasih kerana cucuk saya ya.
  5. tnggu lagi nama kena panggil. kepala dah pening2 hasil drpada cucukan tadi. tak suka.
  6. p kanuter pendaftaran. bayaq rm 1. dapat no. giliran.
  7. tnggu no giliran plak. ya ampun. baru 165. giliran aku 173.
  8. sampai giliran. masuk jumpa doktor. cerita pa yang jadi. doktor tengok dan selamba berkata, "nih kena jahit nih.." omg. aku mati-matian xmau. habis aku nipu esok ada exam. then doktor tuh pelik, pa kaitan esok exam dengan jahit malam nih? ok. hilang punca.
  9. tnggu giliran untuk jahit. asalnya aku yang first, tapi awat tah orang dalam tuh tak dengaq aku menekan loceng. tp bila orang lepas aku tekan loceng, pantas ja dia kuaq. ok. tak puas hati. as a result, giliran aku yang kedua. tnggu lagi.
  10. dengaq dari luaq budak kecik tuh nangis kat dalam. omg. betul2 menyaikokan aku. adeh. doa-doa banyak, filzah. rilekk.
  11. sampai giliran aku. buka slipar, tukaq kasut besaq gedabak. pakai baju bedah. omg. cam parah sangat ja.
  12. masuk bilik bedah. cantek. ha ha. duduk. doktor tuh baik. sejuk hati aku merelakan dijahit.
  13. doktor tengok, nampak cam tak besaq luka nih. mula-mula doktor tuh nak bagi gam ja. tapi bila, dia cek*dia koyakkan sebenarnya tmpat luka tuh*, kena jahit jugak. sebab dalam. oho. terima kasiiih.
  14. kena dua jarum sahaja. tapi seksanya rasa cam lama ja.
  15. ok. dah siap. aik. dah habis? ya. ha ha. sebenarnya xdak la sakit sangat pun. cuma bila jarum tuh masuk, terasa la. then, bila benang tuh berjalan, agak rasa jugak. tapi, alhamdulillah. tak sakit sangat pon.
  16. jumpa doktor balik. kena pi cek bp, darah. waaa. ingatkan dah habisss.
  17. kena amek darah. omg. aku ingt dah habis bab cucuk mencucuk nih. tak habis lagi rupanya. aish. dicucuknya kat jari hantu untuk ambil darah. aish, bab-bab darah nih memang aku lemah.
  18. rasa nak muntah. cek darah pulak. alamaak. rendahnya. darah bawah 70 ja. huhu.
  19. nurse tuh nak cek jantung jugak. kot-kot ada apa-apa masalah.
  20. selesai. jumpa balik doktor. ok. doktor kata ok. alhamdulillah. buka jahitan 25hb nih.

dah. habis cerita. ha ha. rentetan pun cam panjang ja kan. kesimpulannya beginilah..

mandi ---> urat cekang----> rasa pinar ---> jatuh+pitam dalam bilik ayaq---> p hospital ---> cek darah ---> jumpa doktor ---> kena jahit kat dagu ---> amek darah ---> cek jantung ---> jumpa doktor balik ---> selesai

gila panjang kesimpulannya. ha ha. apapapun, alhamdulillah. semua selesai dan selamat. terima kasih kat housemates yang susah payah antaq dan teman kt hkl tuh. terima kasih jugak kt housemate yang tnggu kat umah dengan sabaq. haha. bajet la filzah ooih!

oh ya. hehe. aku first-first aku just habaq kat kak aku dulu. tak bagi habaq kat mak lagi. tengok-tengok mak kol. ha ha. tak pandai aku menipu. habaq ja la apa yang jadi. kui3. terima kasih kat orang yang tolong khabaqkan. hehe.

terima kasih dan syukur. :)

2 comments:

  1. wohohoho.... @_@ memang seghiau baca pon

    ReplyDelete
  2. huiii. memang seghiyau. yg merasa lagi seghiyauu. huuui.

    ReplyDelete

jom merapu skalik...tima kasih~=)