lari
jangan berhenti
tsunami datang lagi
lari
jangan berhenti
kalau kau tak mahu mati
lari
jangan berhenti
kalau kau takut mati
tapi
aku tak lari
kerna kutahu
kematian itu hakiki
(cikdekja, 2006)
sajak lama. buat untuk masuk pertandingan semperna minggu bahasa time sekolah dulu. ada tiga sajak aku antaq. yang nih la yang aku buat tanpa kesungguhan sangat. hanya menulis apa yang dirasa. bahasa tak bombastik langsung. tak tau camna boleh menang.
...
..
.
erm. tadi dapat berita dari seorang kawan yang ada kat area tokyo sekarang nih. alhamdulilah, selamat. setakat ni, tak da lagi rakyat malaysia yang terkorban. agak risau sebenarnya. ramai kawan aku kat sana. tapi, bila dapat chating sekejap tadi, rasa lega sket. harap yang lain-lain pun sama.
moga semua dilindungiNya. amiin.
notakakiku: moga aku tenang juga. :D
sajak nie kyun ingat lg..
ReplyDelete