tak pernah satu sekolah dengan mak apatah lagi diajaq oleh mak sendiri. tapi, dari pandangan aku mak aku di sekolah macam agak tegas. orang utagha panggil cenge. cenge macam mana xtau la kan. tapi agak digeruni oleh budak-budak jugak la nampaknya. kui3.
pernah time kecik-kecik dulu, mak bawa aku pi sekolah time kelas tambahan petang2. dok tercatak la aku kat blakang tuh sorang-sorang. dari cara mak ajaq, agak lantang jugak la suara dia. tak macam suara aku yang agak tak cukup volume nih. tapi biasa la, ajaq sejarah sapa yang minat sangat. ya. mak aku ajaq sejarah sebab tuh anak dia nih suka sejarah. suka yang betui punya suka. bukan suka yang ada '..'. okeh. tak yah explain pun xpa. buat orang lagi tak paham ja.
cikgu rokiah kat sekolah dengan cikgu rokiah kat rumah rasanya macam tak banyak beza. tegas pada tempatnya. ya la, dapat anak ganas cam aku nih mesti la kena tegas sket. walaupun luaran nampak ja aku nih cam baik, tp hakikatnya suka buat perangai tak ketahuan hala. tapi tak da la syaitan sangat, cuma kadang2 perangai aku unpredictable. tiba-tiba boleh terbakaq dapuq sebab kunun-kunun nak masak tapi lupa tutup gas. nih ceta time kecik-kecik, la dah reti dah.
antara aku dengan mak ada beberapa persamaan yang aku rasa sama.
1) mak minat melukis. aku pun minat jugak tapi tak sepandai mak lukis.2) mak minat masak. aku minat jugak, tapi tak da lagi la masakan yang boleh dibanggakan setakat ni.3) mak minat berkebun, aku minat jugak, tapi tanam pokok pun tak pernah nak tumbuh.4) mak minat menjahit, aku minat jugak, tapi kalau jahit guna mesin selalu bengkang bengkok.
aish. biasa la, anak mak.
betul la orang kata, kita tak kan tau cmna perasaan seorang ibu sampailah kita jadi seorang ibu. aik. cam tak da kaitan. sat. nak tukaq ayat lain sat.
semula.
betul la orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. ada kaitan? ya. macam ada.
apa apa pun, Selamat Hari Jadi, mak! semoga panjang umoq dan murah rezeki juga sehat tubuh badan. amiin.
kek nih ja yang mampu dikirim dari jauh. :)
notakakiku: ini bukan cikgu norkiah yang dalam ceta masam-masam manis tuh.
boleh pulak bg kek cam ni ea
ReplyDeletehehe. zaman canggih. cam2 cara ada la nih.
ReplyDelete*padahal xdan nak balik kpg pun lagi. cmna nk bagi? waaaa. T____T*