Wednesday, December 31, 2014

bukan tak redha.

9.12.2013

bukan tak redha.
cuma kadang-kadang kenangan itu menjelma.
dan tanpa sedar air mata keluar.
sedang bibir senyum segaris.

makna apakah semua itu?
cuba berlagak tabah?
atau kau masih belum terima?

tapi sumpah aku dah redha.
sumpah aku bahagia.
tapi kenangan ini bukan macam pita video yang kau boleh ambil dan mainkan semula.
bila-bila masa kau suka.
stop.pause.rewind.play.
bukan semudah itu.
sebab kadang-kadang ter'play' sendiri.
dan belum sempat kau nak tekan 'stop'
air mata dulu yang lebih cepat jatuh.

*keluh*

mungkin kau patut cipta kenangan baru.
dalam usaha mengusir kenangan lalu.


notakakiku: aku benci bila aku taip entri begini. lemahnya la ang, filzah. haha. tak tahu apa sebab kena ketawa. cuma rasa nak habiskan entri dengan ketawa. haha.


update 31/12/2014: ditulis setahun lalu dan diperam dalam draft. terasa nak publish sebab rasa macam wow akukah yang menulis ini? kahkahkah. sungguh, cinta membuat manusia biasa pakar bermadah pujangga. sebab tu la aku sudah tidak pandai bermadah pujangga sebab rasa itu dah tak da. kah kah kah.

dan tiba-tiba ada dua entri untuk 2014 dalam masa sehari. ha ha.

dan 2014 pun berakhir

31.12.2014
8.59 pm

Beberapa jam lagi 2015 dah nak menjengah. Nampaknya yang ni ja la yang akan jadi satu-satunya post untuk tahun 2014. Ni namanya blog hidup segan mati tak mau. Ingatkan dah mati dah blog ni. Rupanya hidup lagi.

Sayang. Sayang nak buang. Tapi tak sempat nak membebel macam dulu. Sejak teknologi dah makin canggih, pakai telefon cerdik saja. Laptop pun dah jarang buka. Laptop yang lama dah sadaqallahulazim. Tamat sudah riwayatnya. Kalau zaman sekolah dulu ada karangan aku sebuah basikal. Zaman sekarang mungkin dah ada karangan aku sebuah laptop --- yang mana riwayatnya banyak digunakan untuk bermain game dan membuat perkara-perkara lagha. Tapi sumpah, banyak jasa laptop tu. Dari zaman belajar kat INTEC lagi. Pengganti laptop yang hilang dicuri. Haih. Kenangan.

Dah, ang nak cerita pasai apa sebenaqnya ini filzah?

Baiklah baiklah. Marilah kita baling belakang seketika apa yang berlaku sepanjang 2014 ni. Senang keja ang,  filzah. Update sekali setahun merangkumi setahun punya cerita. Nah.

Tahun 2014 boleh dikatakan tahun dukacita untuk Malaysia. Banyak tragedi dan dugaan yang berlaku kepada rakyat Malaysia tahun ini. Awal-awal tahun lagi dah dikejutkan dengan kehilangan MH370. Menangis ayaq mata darah aku dengaq berita tu. Walaupun tak kenal mangsa-mangsa yang terlibat, tapi dia punya sedih tu Tuhan saja yang tahu. Belum lagi kejadian MH17 ditembak jatuh masa beberapa hari lagi nak sambut raya. Ya Allah. Aku berjaga malam tu siapkan tugasan. Bila baca post dekat facebook memang tak percaya lagi mula-mula. Tapi bila dah keluar TV, Allahuakbar. Tak tahan dah. Terus telefon kakak nak cerita pasai tu. Hati dah sebak gila dah ni. Entahlah. Sedih sangat dengar kapal terbang jatuh ni. Tambah-tambah pula jadi pada MAS, yang aku rasa paling baik yang aku pernah naik. Pramugara dan pramugarinya yang baik. Besar dugaan. Semoga tabah.

Dan akhir tahun ni pula, banjir besar pula melanda. Subhanallah. Paras air memang menggerunkan. Bila tengok kemusnahan pasca banjir memang nampak betapa teruknya banjir kali ini. Sangat besar dugaan untuk Malaysia tahun ni. Entah lah. Aku rasa semuanya ujian dan peringatan dari Allah. Daripada kita tunding jari nak salahkan orang lain, lebih baik kita sama-sama muhasabah balik diri. Istighfar banyak-banyak semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Malaysia yang penuh dukacita. Kisah ang pula macam mana filzah?

Kisah aku macam tu lah. Nampaknya azam tahun ni tidak kesampaian. Kita bawa ke tahun depan. Usaha lebih sikit, filzah. Tp apa azam ang? Kikikiki. teet.

Baiklah. Baiklah. Sedikit soretan suka duka 2014. (yang mana yang aku ingat)

1. mula menjadi part-time student (dah sem kedua)
2. mak ayah pi haji
3. laptop rosak :(
4. beli laptop baru :)
5. pindah rumah sewa baru
6. anak murid dapat tempat kedua dalam pidato peringkat parlimen
7. pertama kali jadi mc
8. masuk kawad dan koir KEMAS
9. cintaku putus ditengah jalan
10. cintaku diambil orang

aik? kah kah kah.

Semoga tahun 2015 lebih baik dari tahun ini dan azam aku dipermudahkan Allah dan tercapai. Amiin.

Habis macam tu ja? err. ya la kot. Oh ya. Semoga aku rajin juga mengupdate blog pada tahun depan dengan adanya laptop baru. Azam juga ka tu? Tak tak. Harapan ja. Kiki.

Monday, December 23, 2013

orkid dan berkat.

mak aih. katanya sebelum ni nak 'update' esok. memang hari ni la 'esok'nya tu kan?

maaf la. kesibukan mula melanda. al-maklumlah. sekolah dah nak buka. banyak kena siapkan. nak mengecat kelas la. nak siapkan kewangan la. nak siapkan bahan bantu lagi. adui. macam tak sempat ja.

tapi, sempat pula pi kl attend wedding anak dato' eh?

eh. mana tau? and correction.bukan wedding anak dato'. tapi wedding menantu dato'. hihi.sebab menantu dato' tu kawan sekolah. sebenarnya tak rancang langsung nak pergi sebab kena bagi nama dan tempat pun terhad. disebabkan kerja yang tak tentu dan boleh tahan jauh jugak la nak menapak ke kl tu, jadi, memang tak bagi nama la. tapi, tiba-tiba kawan yang baru kena 'posting' ke johor tanya, nak tak pergi sekali? naaaah. tidak mampu ku menolaknya walaupun mula-mula agak pening jugak la macam mana nak pergi stesen bas larkin tu. tapi, dipendekkan cerita, alhamdulillah, sampai jugak ke wedding tu dengan selamatnya.

macam biasa, gambar kebanyakannya ku cilok dari gambar orang. ada handset mahal pun tapi bateri takda, tak guna. terpaksa sep untuk kegunaan yang lebih penting. kononnya la. padahal guna untuk online fb, whatsapp, wechat etc bla bla. 

okkkkk. back to the topic. mari tengok gambar!

kami parking kereta betul-betul depan pintu masuk dewan merdeka tu. tanpa perlu bayar apa-apa rasanya sebab tak da ambil kad parking pun. mungkin dah di'sponsor' parking malam tu. tapi yang lain tak berani nak masuk. jadi depa parking tempat yang berbayaq sebab depa ingat parking kat pintu masuk tu lagi mahal. jadi, apa kaitan dengan gambaq di atas? hurmmm...I.have.no.idea.

lepas solat maghrib, mulalah sesi bergambar mesra. ni baru separuh. tunggu yang lain datang dulu baru nak naik bersama-sama. ukhwah katanya. tapi tengah syok-syok mengambil gambar, terdengar kompang dipalu. lantas terus ku menjerit "hampaaaaaa!" lalu terus berlari ke eskelator untuk memanjat ke tingkat 4. pengantin dah mai weh. tepat pukul 8 majlis mula. sampai-sampai pengantin dah masuk. hanya dapat memandang dalam tv yang disediakan dari luar saja. T_____T

tapi rupanya, boleh masuk selepas tu. tapi macam harapan nak jumpa macam tipis ja dengan tetamu yang beribu-ribu tu. jadi, untuk menghilangkan rasa kecewa, kami pun makan dulu. lauk dia sedap dan lazat. banyaaak sangat. macam tak luak padahal ramai yang makan. 

ok. gambar please!


 nah. ni la geng-geng rombongan yang datang. gadis-gadis dan pria-pria ganteng. haha. tapi hati-hati, ada juga la yang bakal menyusul tahun depan ni. siapa? itu yang kita tidak tahu.

hoi. mana pengantin hoi?

sabaq, sabaq. pengantin kena last. bagi can kami nak bergambaq duluu na. ok. nindia.

alaaaa. kecik ni ja gambaq pengantin? huhu. tuh pun bertuah la dapat juga berjumpa dan bergambar. sebenarnya, wedding dia just simple and nice. tak la over grand sangat. protokol pun takda sngat sebab makan buffet ja. jadi boleh jalan-jalan suka hati. cuma biasalah, tetamu ramai. kasihan pengantin nak layan semua. haaa. pengantin lelaki tulah kawan sekolah aku merangkap kawan sekelas. pandai budaknya. kacak pun kacak. memang sama cantik sama padan. 

the bride and the groom with family. agak-agak kenal tak anak dato' mana? hihi.

jadi, lepas makan-makan, kami sempat bersalam dan bergambar atas pelamin dengan pengantin. tapi sayangnya tu gambar official photographer. jadinya, takda dalam simpanan kami. huhu. lepas dah makan dan jumpa pengantin, kami pun mulalah beransur pulang. tapi sebelum balik, aktiviti wajib, kita gambar dulu!

kami. 

17 orang wakil batch daripada 108 orang semuanya. haii. bila tengok gambaq ni, rasa macam cepatnya masa berlalu. rasa macam baru semalam ja ambil SPM. sekarang masing-masing dah ada hala tuju masing-masing. masa kenduri kahwin kawan-kawan macam ni la baru dapat kumpul balik pun. 

yang penting tahun depan beratur dah kawan-kawan booking tarikh. setiap bulan ada ja kenduri rasanya. perghh. tercabar rasa. haha. pakat-pakat dah ambil nombor habis. kita nih nak ambil nombor tapi tak nampak bayang lagi. kuikuikui.

apa apa pun tahniah pat & adilah! barakallah. semoga kekal sampai jannah. amiin. :)

oh. ya. sebelum terlupa 'doorgift' dia paling 'rare' ok. nampak tak beg kertas pink tu? agak-agak apa dalam tu?

orkid.

orkid?

ya. bunga orkid. gigih kami bawa naik bas bawa balik ke johor. empat pokok pula tu. sangat istimewa. terima kasih untuk kenangan itu. :)


notakakiku: dok idap ambil berkat.

picture credit to nazirah dan qistina. 

Saturday, December 07, 2013

wujud lagi rupanya

bismillah.

kena ucap bismillah dulu sebab dah bersawang sangat dah blog ni. malam ni cuci sedikit dulu. eh. malam apanya. dah pukul 1.30 pagi kot. maknanya memang akan sedikit sangat la yang cuci malam ni sebab malam semakin lewat.

entri pertama dalam tahun 2013 yang tinggal tak sampai sebulan ja lagi nak masuk tahun baru. okey lah daripada tak da. kalau tak ada pun takda siapa kisah kot. ini blog macam berbujur membujur lalu melintang patah. eh. macam tak kena. okey lain. ini blog macam hidup segan mati tak mau. kadang-kadang dia mau hidup, tapi roh tak sampai. hasilnya, bagai telur dihujung tanduk ja la. kahkah. gila banyak peribahasa aku guna. tapi macam satu pun tak betul.

entri pemanas selepas setahun tak jumpa memang begini. isi terabur sana sini. kalau karangan upsr rasanya markah isi tu dapat 1 ja untuk setiap perenggan. markah kesian.


hoi! apa point ang sekarang ni filzah? 


baiklah. baiklah. jangan marah. kemungkinan besar akan diceritakan pada keesokkan hari. banyak nak cerita. tapi kalau cerita malam ni apa pula nak diceritakan pada malam-malam berikutnya. nampak sangat ang takda cerita filzah. cerita lama jugak ang nak korek. korek? macam tak kena jugak. argh. kosa kataku semakin tumpul. inilah akibat malas membaca dan menulis.

baiklah. mungkin saya akan lebih rajin menulis selepas ini. mungkin. maknanya keberangkaliannya 50/50. okeylah. fair enough. ye dak?

ah. berletiaq la ang sorang-sorang. aku nak tidoq.

selamat.

notakakiku: entri lepas bukan main semangat hang tuah. rupa-rupanya hanyalah sandiwara saja. *background muzik sandiwara cinta*

Monday, October 29, 2012

Hang Tuah dan kurung kapas


eh. dah banyak jugak yang dah dipotong kat bahagian wishlists ni. alhamdulillah. satu-satu dah dapat buat. yang tiga lagi tu mmg agak sukar. tapi, tak pa! pantang menyerah sebelum kalah! *semangat Hang Tuah tetiba merasuk*

1) finish diploma. alhamdulillah. secara rasminya dah bergelar graduan diploma. konvokesyen pun dah selesai. alhamdulillah. 

2) car license. yang nih ambil masa jugak nak habis sebab banyak kali tangguh. alhamdulillah akhirnya 4 hari selepas konvokesyen, selamat jugak dalam ujian JPJ. dah dapat lesen P. tunggu dua tahun lagi la kan baru lesen nak sah jadi kompeten. tapi, tak pa. asal dah lulus JPJ sudah. kira dah dapat dah la tu. boleh kan?

3) sew baju kurung. alhamdulillah. sepasang baju kurung kapas dah siap dijahit semalam. berpatah pinggang jugak la nak menyiapkannya. dalam 5 hari jugak kot nak siap. nak tengok hasilnya? sat nak edit dulu bagi nampak cantik sikit. kahkah.

nindia sepasang baju kurung kapas. mai nak close-up sikit.

atas: baju. bawah: kain. tuuudia jahitan bengkang bengkok. kahkah.

nindia proses menggunting yang mengambil masa yg agak lama jugak. proses menjahit tak dan nak tangkap gambaq sebab khusyuk menjahit. hewhew.

selepas berhempas pulas selama sehari semalam untuk baju dan satu hari dua malam untuk kain, akhirnya siap jugak baju kurung nih. kemas tak kemas belakang kira. yang penting boleh pakai. kahkah. lepas ni kalau nak suruh buat lagi kena pikiaq dua tiga kali jugak la. lenguh pinggang kot. tapi, tak pa. yang penting, puas! dan boleh dipakai. haha.

tiga tu ja la yang baru boleh dapat. rasa macam nak tambah satu lagi dalam wishlist tu. nak buat model rumah  idaman atau lebih tepat lagi, rumah impian dalam mimpi. kiukiu. memang dari dulu dok teringin nak buat satu model rumah yang lengkap. lengkap maksudnya sekali dengan perabot dan juga lighting. memang satu kerja yang remeh. tapi kalau dapat buat memang sangat puas. tak dapat jadi arkitek reka rumah orang, reka rumah dalam mimpi sendiri pun jadilah. hihu. 

dan pastinya untuk menyiapkan benda tu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. dan tidak lupa juga pengorbanan wang ringgit yang tinggi. kahkah.

sebut pasal pengorbanan, Selamat Hari Raya Korban! 

akhir kata, hati-hati mengorbankan diri, jangan sampai terkorban maruah. *Hang Tuah mai lagi* hewhew.

notakakiku: ketiga-tiga hasil di atas diperoleh selepas kegagalan pertama. pernah gagal foundation, pernah gagal JPJ dan pernah gagal jahit baju kurung. tapi, alhamdulillah, dengan bulat yang tekad (or tekad yang bulat? which one? err.), dapat juga menebus kembali kegagalan yang lalu. yang penting, jangan mudah menyerah! *tuudia. semangat Hang Tuah betul hari ini*