Friday, April 13, 2012

Oh, mudahnya buat baju kurung!

jalan-jalan kat kangaq seorang diri. alhamdulillah. kangaq masih selamat lagi untuk keluaq jalan-jalan seorang diri. harap terus begitu. 

tapi, bukan nak cakap pasai keluaq kangaq. walaupun ada juga la kaitan sikit. sebab tadi masa jalan-jalan dekat The Store, singgah beli buku ni.




Oh, mudahnya buat baju kurung!

haa. harap-harap betui-betui la mudah. teringin sangat nak jahit baju kurung sendiri dengan jayanya. sebab sebelum nih dah pernah cuba jahit. tapi tak berjaya dengan jayanya. bila cuba pakai ketat tang ketiak. bukan ketat yg biasa2. nih ketat yang nak bok masuk tangan pun payah.

aish. harap dengan bantuan buku nih dapatlah saya menjahit baju kurung dengan jayanya. tadi dah belek-belek buku nih, memang nampak mudah. cuma tang nak jahit kain tuh yang macam susah sikit. kena buat betui-betui baru tau susah ke senang.

tapi, bukan sekarang. lepas habis belajaq baru ada masa kot nak buat. insyaAllah. harap-harap dapat la potong wishlist aku kat sebelah tu. satu habuk pun tak tercapai lagi ni. kuikuikui. 

ya. ini bukan projek sekarang. ini projek selepas habis belajaq nanti. projek menjadi wanita sejati. kahkahkah. eh silap. hihihihi. tuuudiaaa. teruih kuaq gelak konon-konon wanita sejati. 

k bai.

Tuesday, April 03, 2012

cantik macam umi

tadi berbual-bual dengan sarah awliya. rupa secantik namanya. agak-agak aku, dia baru berusia 2 tahun. sebab bila aku tanya "umur brapa?" dia jawab, "no. 2." tak tahu la samada dia tak faham soalan atau aku yang tak faham jawapan dia. heh.

aku pun main gentel-gentel plastisin membentuk kucing. sarah tengok ja aku menggentel. 

dia kata, "cantik."

aku tanya balik, "cantik macam siapa?"

dia jawab, "cantik macam....umi!"

wah. tersentuh hatiku. comelnya jawapan dia. dalam hati aku ingat dia nak jawab cantik macam sarah. tapi dia jawab cantik macam umi. mesti ibu dia betul-betul cantik. bertuahnya ada anak macam dia. :')



tapi, bila fikir-fikir balik, sarah tak panggil ibu dia 'umi'. dia panggil ibu dia 'mama'.

jadi, siapa umi?



-__________-"


.......................
.....
.

Wednesday, March 28, 2012

habis

tugas aku sebagai seorang pelajar pendidikan awal kanak-kanak hampir tiba dipenghujungnya. aiceh. ayat nak sedap ja kan. okeh. sambung balik. 

tugas aku sebagai seorang pelajar pendidikan awal kanak-kanak hampir tiba dipenghujungnya. hal-hal berkaitan exam dah kuiz dah tak yah pikiaq lagi. sem depan praktikal. maknanya tugas lagi mencabar. berdepan dengan kanak-kank 4-6 tahun tak sama dengan berdepan dengan kanak-kanak yang berlagak sebagai 4-6 tahun. maksudnya, kalau dulu kalau ada mock teaching kat kelas, kawan-kawan yang dah besaq panjang yang jadi anak murid. tapi lepas nih kanak-kanak yang betul akan jadi anak murid. it's not easy and i knew it.

jadi, bila dah habis diploma nih xnak sambung degree ke?

insyaAllah, tak. kalau ada rezki, ya. mungkin sambung. sebab nak sambung degree bukan hanya perlu sekupang dua. kalau xdak RM 20,000 xyah mimpi nak sambung blajaq. tuh pun masih x cukup. 

ala, ptptpu kan ada? kalau xnak ptptpu pon byk lagi agensi2 lain yang sudi bagi pinjaman. 

pinjaman? maaf. kalau pinjaman xdak la bapak aku nak bagi ambil. pinjam maknanya kena bayaq balik. pinjam=hutang. dan bapak dengan mak aku memang bukan jenis berhutang. dan depa tak suka kalau berhutang. sebab nanti lagi teruk kena bayaq. biaq susah la, jangan susah kemudian hari. itu prinsip mak bapak aku la. hehe. sebab tuh la kalau nak sambung belajaq lagi kena pikiaq banyak kali gak. kalau ada orang nak sponsor, lain cerita la kan. tapi, sapa yang nak sponsor? aish. tuh la aku kata, kalau ada rezki, insyaAllah aku sambung.

jadi, kalau tak sambung nak buat apa? goyang kaki kiri kanan?

kerja. insyaAllah, kerja. sebab aku rasa kerja tuh pun salah satu cabang ilmu. ilmu bukan setakat belajaq kat kelas, ambil exam, graduate baling topi bagai. pengalaman tuh lagi penting sebab pengalaman la yang berguna untuk kita perbaiki apa yang kurang. tambah-tambah bidang aku nih melibatkan hubungan dengan manusia yang macam-macam karenah. ya. itu buat saya takot.
\
aish. apa apa pon, just pray for the best. siapa tak jeles orang lain ada degree kita diploma ja. tapi, kalau itu yang terbaik, i dun have to bother it. tak kisah la diploma ke, degree ke, master ke, phd ke or even spm ja, kalau kita pandai guna peluang, guna ilmu yang ada, insyaAllah kat mana-mana pun kita boleh berjaya.

dan yang paling penting, hidup bukan kat dunia ja. jangan sampai bila ditanya kat akhirat nanti kita tak dapat nak jawab.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara :Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.) 

to ally my friends, all the best and thanks for everything. :)

Tuesday, March 20, 2012

kereta charade

orang kalau sebut kereta charade mesti dah terbayang yang nih kan?

tak pun yang baru punya...
tapi, dulu kan, ada budak tuh kan, kalau sebut kereta charade mesti terbayang yang nih.

aish. tuh la. sapa suruh charade tuh disebut cerek. -_-'

notakakiku: pray for my final on 22nd, 23rd, 26th and 27th! :) *tetiba*

Sunday, February 19, 2012

kelapangan

have faith in Allah.

dua kali Dia ulang.

"Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan."
"Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan."

dan Dia sambung lagi.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,"

usaha biar sungguh-sungguh. bukan hanya harapkan keajaiban.

jadi, kepada siapa yang perlu kita harapkan?

"dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

siapa Tuhanmu?

only Him.

yes, only Him.

:)

cantikkan ayat-ayat cintaNya?

notakakiku: alhamdulillah, although things seem to be hard at first, but finally I can smile. Hope the rest will run smoothly. insyaAllah. just pray for the best.