Friday, August 13, 2010

tah apa apa

banyak yg nak cerita. just go through ja. mybe kalau ada masa*ehem. kalau rajen sebenanrnya* akan cerita panjang2 lain kali. yep. lain kali.

1) minggu nih agak busy. banyak praktikal dan assignment kena submit and present dlm minggu nih. so, banyak la kena wat kerja. lenguh2 blakang x cukup rehat. kui3.

2) second praktikal untuk learning, dapat jumpa budak2 betul*sebelum nih kawan2 ja berlakon jadi budak2*. tapi budak yang nih pun agak besaq jugak la. dah darjah 3. xpa. pelan2. yang penting pengalaman dgn budak2 dah bertambah jadi dua. ha ha.

3) aku rasa aku nih seorang cekgu yang tah apa apa. tah papa kat cni maknanya bila aku ngajaq budak2*atau merapu meraban sbnrnya?*, kat dalam hati budak2 tuh mesti ckp, tah papa ja cekgu nih. -_-'

4) untuk praktikal aktiviti, aku just harap budak2 dapat ilmu yg aku ajaq. x byk, sket pun jadi la. and depa enjoy dpt blajaq. bukan markah yg aku cari. yg penting pengalaman. :D

5) dah masuk ari ketiga puasa. ari pertama dgn kedua masak sendiri time berbuka. err. bukan aku yang masak. housemate aku. aku tukang memotong ja. entah lah. aku x reti nak masak depan atau untuk orang yg reti masak. aku mmg bukan pakar masak. aku suka masak untuk diri sendiri ja. *plus untuk suami nanti* ha ha ha. wtheel gatal gilak nih.

6) ari nih ada jumbo sale untuk usrah. usrah aku x jadi buat sale sbb tak sempat nak prepare. just buat collection derma ja. tapi ada jugak tolong usrah lain menjual. jual dadih. buat sendiri kot. :D

7) tadi tengok toy story 3 skali lagi. dan skali lagi aku menangis part nak jatuh dalam api dgn part ending dia. ahahaha.

8) aku perlu cari tali pinggang seluaq. sbb tali pinggang aku dah putus. dan pinggang aku plak makin mengecil T___________T

9) cuti raya nanti macam x bapa nak cuti ja. naik cuti terus straight exam empat hari berturut2. lima papers skali dalam seminggu. T____T

10) aku rasa aku nak bagi kad raya untuk kawan2. tapi masalahnya aku xdak alamat depa. sapa nak kad raya, meh bg alamat kat aku. :) *wtheel baru 3 ari puasa dah sebuk nak bg kad raya.*

cukup lah sepuluh. aku pun x tau pa yang aku mengarut nih. cam xdak kaitan sgt. tiba2 ja terpikiaq. rasa cam nak tulis benda lain. tapi benda2 nih plak yg terkuaq. selamat berpuasa semua! jangan liat bangun sahoq. kutip pahala lebih sket bulan ramadhan nih. :)

notakakiku: wtheel is not mencarut or perkataan yang x elok. aku berpuasa, x baek ckp benda2 x elok. jadi, what the heel secara translatenya ialah apakah itu tumit. so, apakah itu tumit? *apa pening sgt ayat nih.*

Friday, August 06, 2010

bila lelaki mengumpat

mengumpat nih selalunya sinonim dengan perempuan ja kan? tapi, jangan x tau, lelaki pun pandai mengumpat. Bila lelaki mengumpat, uiiihh.. pedih jugak telinga mendengaqnya. ha ha ha.

tadi, singgah makan kt kfc dekat sogo. mengidam nak makan shrimp hot n spicy sbnqnya. tapi hampa. tengok iklan kt blakang kaunter, xda udang. tgk dekat menu, pun xdak udang. tanya cashier, udang ada x? dia kata xdak. wuuu. kecewa. last2 makan snack plate je la.

uik. sebenaqnya bukan nk ceta pasai udang. tapi, ceta pasai lelaki mengumpat. kui3. kelakar. makan tadi, duduk la kat depan setiga orang lelaki nih. mak datok, bersembang... kuatnya. yg sorang tuh ja la. semangat gilak bersembang. padahal kami dok belakang depa ja kot. uiish. ngumpatnya mengalahkan perempuan.

Ali(bukan nama sebenar): Ko rasa Senah(bukan nama sebenar) cantik x?
Abu(bukan nama sebenar jugak): *geleng-geleng*
Ali: Uish. Ko nih. Taste x sama dgn aku la. Senah tuh lawa pa..
Abu: Aku rasa Timah(bukan nama sebenar) lagi lawa.
Ali: Ish. Timah tuh muka bulat. Kalau dia x bulat sket, ok la kot.. Nih, si Leha(bukan nama sebenar) lawa x?
Abu: Lawa-lawa. Dia putih kot.
Ali: Haaa.. Kali nih ko sama taste dgn aku.

-______-" begitu rupanya kalau lelaki mengumpat. adeh. macam-macam. ingatkan perempuan ja yang suka ngumpat. laki pun x kurang hebat jugak. hehehe. kelakar dengaq. bukan niat aku nak dengaq depa ngumpat. tp dh cakap rupa lagu tuh, cmna aku x dengaq? uish. seb bek la aku bukan kwn senah, timah dan leha. kalau dak, kantoi depa. ha ha ha.

notakakiku: minggu depan dah nak posa. kalau ngumpat kurang pahala. *aik. cam pantun dua kerat plak.* renung-renungkan. :D

Monday, August 02, 2010

yang jauh

untuk dia, yang jauh.

please inform me if you are going back to Malaysia for eidulfitri. thank you.









notakakiku: so, sesapa yg rs dia jauh..dan akan pulang Malaysia raya nih, let me know. :D

Tuesday, July 27, 2010

saya takot. kot.

saya...takot. eh. tak. saya gementar. erm. apa word yg sesuai ya? saya risau? erm. maybe saya takot+gementar+risau. omg. jap. nak tarik nafas dulu.

lama plak tarik nafas, huh. rasanya xdak pa yg perlu risau. *pulak?* tak. orang lain x perlu risau. saya ja yang perlu risau. *ok. bila aku dh mula ckp saya, maknanya entri nih maybe akan jadi pjg.* sebab pa nak risau? sebab getaq. getaq nak berdepan budak2 esok. waaa. nak berdepan budak2 pun getaq? ya la. nih second time kot berdepan dgn budak2 yang ramai. tapi first time tuh cm tak yah dikira ja. kiranya nih cam first time la kot. wuuu.

esok, kena turun kat i-care. ada praktikal sket. ajaq budak2 main permainan tradisional. grup saya pilih jengket-jengket. ini bukan sebarang jengket-jengket. ini jengket-jengjet buat snirik. harap-harap jengket-jengket nih x berbahaya kepada kanak-kanak. dan harap jugak depa buleh main dgn baik. aish. risau. risau.

camna ya nak handle kanak-kanak dengan baik? saya takot saya ajaq ajaran sesat. ingat lagi first time p tadika dekat dgn umah dulu tuh. kawan ajak teman dia mengajaq. excited sangat. sampai kat sana, budak-budak dia baik ja. macam malu-malu. mesti sebab nampak cekgu baru yang cumel. kui3. cekgu la sangat kan. time tuh lepas spm. tak terpikir lagi mau jadi cekgu tadika betul2. sebab time tuh just pikir nak jadi architaik architec ja. ha ha. ok. x lawak.

tapi, masa tuh agak excited dapat jumpa budak-budak. kawan saya nak ajaq pasai warna. jadi, kami bawa la pensel kaler. satu-satu tunjuk pensel kaler tuh kat depa. semua kaler depa dah tau. tapi mai kaler grey ja, depa diam. kui3. depa xtau lagi kaler grey. ya la. saya kecik2 dulu pun buta kaler gak. kaler2 asas tuh tahu la kan? tapi xpa. kami ajaq pelan2. suruh depa ikot, grey. depa pun ikot, grey. tapi tanya kali kedua, x ingat dah kaler pa. kui3. budak-budak kan.

then tiba-tiba, ada sorang budak pompuan nih. waaaa. bab nih yang aku lemah nih. buleh plak dia mai nangis kat saya. saya dah la x bapa nak tau wat pa. saya pun buat2 la tanya.

"nih kenapa nangis?" wat2 muka sedih tanya budak tuh.
"aiman pukul saya." jawab budak tuh sambil renyeh2 mata.
"mana aiman?"
"tuu.." tunjuk kat budak laki yang dok tgh berlari-lari.
"haaa..." xtau nak cakap pa. "p pukul aiman balik."

nah. tuh ja la yang terkuaq dari mulut saya. apa lagi, budak tuh terus pi lari kat aiman, pukul blakang aiman. aiman yang tgh dok main tuh, terkejut la kan. tengok pelik ja.. awat tiba-tiba mai pukul aku nih? kui3. memang ajaran sesat aku ajaq. gengster punya cekgu. *awat aku rasa cm dh penah ceta benda nih? aish. nampak sgt nih ja la pengalaman aku dgn kanak-kanak. balik-balik ulang ceta yang sama ja. kahkahkah.*

tapi tuh ceta dulu. ceta saya tak tau apa-apa pasai kanak-kanak. pasai reinforcement dan punishment pun xtau. punishment is the last solution. tuh yang saya blajaq. cekgu x bleh terus pukul budak-budak. jadi, kalau kawan depa yang pukul buleh la eh? haa. sah ajaran sesat dah nih. ajaq la benda-benda lain selain dari keganasan. besaq nnt budak-budak tuh jadi kaki pukul plak. aish. berdosa dah la aku bawa budak-budak ke jalan yang salah. waa. nauzubillah.

lepas kejadian tuh, saya x pernah-pernah masuk mana-mana tadika lagi. kalau jumpa budak-budak, saya rasa macam...takot nak main-main dengan depa. tambah-tambah kalau mak depa dok ada sebelah. kang dijelingnya aku. sebab tuh saya rasa saya dah lama tak bergiat aktif*wtheel bergiat aktif nih?* dengan kanak-kanak. aish, risaunya la esok. kalau bab teori, selalu saja diuji. tapi kalau praktikal dgn budak-budak betul, nih la first time. saya...betul-betul risau.

omg. pray for me. hope everything will be fine. amiin.

notakakiku: semester nih memang banyak praktikal. maybe buleh meningkatkan keyakinan aku untuk berdepan dengan budak-budak. minggu depan kena ajaq budak-budak berus gigi plak. kui3.

Sunday, July 18, 2010

i'm fine, tq

ada, ada, ada orang kesah? kahkahkah. xdak. tima kasih. setakat seminggu lebih x updet apa la sangat kan? penah ja x updet smpai berbulan-bulan. eh silap. bertahun-tahun. kuikuikuikui. nih pasai brokband ngengong tuh. rasanya, brokband tuh dh kena petir. x bleh nak detect2. tp skrg dh tukaq baru. dah cantek. cantek? yes. cantek. :)

dah sminggu masuk semester baru. semester nih la bermulanya cabaran sebenaq. enam subjek seminggu. 3 kelas seari. banyak? x byk kan? tp sem nih la yg plg byk nk banding sem lepas-lepas. sem lepas 3 subjek ja. uhuk. mmg mencabar. tambah-tambah banyak cuti+ byk raya. waaa. cubaan.

semester nih x nak meronggeng sangat dah. nak save duit. setakat nih, alhamdulillah, x pernah la x dak duit terus. cuma sedih tgk akaun. duit masuk tp x penah bertambah dari first sem dulu. har harh har. berkurang pn xdak la jugak. cuma bila ayah bok masuk duit, duit tuh akan digunakan sampai habis. sebab ayah bagi cukup-cukup ja. cukup utk makan. nak joli-joli guna duit snirik. duit *uhuk* biasiswa *uhuk* yang lebih dulu. jadinya, duit *uhuk* biasiswa *uhuk* tuh makin berkurang. x penah bertambah-tambah dah. sebab sekarang pakai biasiswa pama ja. kuikuikui. camna la nak menambahkan duit nih? waaa. ehem *sila klik iklan nuffnang kt sebelah. xtau keberkesanannya camna. tp org kata leh la jugak dpt duit bila ada org klik iklan tuh. kesiankan saya? klik3. :D* harharhar. gila desperate punya iklan.

perenggan di atas macam x berguna. baiklah. mari simpan azam untuk semester nih. dengan ini, saya berazam akan menggunakan duit sebaik mungkin, iaitu:
1) tak akan keluar tengok wayang lagi walau apa pon cerita yang ada. *tapi, baru bercita-cita nak tgk despicable me sbb tgk trailer dia cm lawak+comel gila. tp xpa. azam, azam.*

2) tak akan beli cd/vcd/dvd /yang berkaitan dengan hindustan lagi. wuii. *arap-arap bila jalan-jalan kt jalan tar, x da lagi tersesat sampai cap square, dan xda lagi terbeli cd/vcd/dvd hindustan lagi*

3) tak akan beli barang-barang yang kehendak semata-mata. nak beli, kena pikir banyak kali dulu. sama ada keperluan atau kehendak. kalau keperluan simpan dlm troli, kalau kehendak simpan dlm hati. T____T

cukup lah tiga. cukup. kalau banyak-banyak sangat xda nak ikot. tiga perkara di atas lebih mudah diingat. akan dibawa ke mana-mana supaya sedaq diri sikit yang kita nih bukan berharta. waaa. sedihnya ayat. baiklah. saya sedar. T_______T

oh. semester nih macam bakal beraya haji di kuala lumpur. bukan di kangaq. wuu. nih la yang dipanggil pengorbanan. kuikuikui. ayat nak poyo ja kan. tak pa lah. kita tunggu dan lihat la camna. kalau betul raya kt cni, aku nak balek blajaq wat laksa perlis. bleh masak time raya kurban nanti. kohkohkoh.

macam dah habis. ya. dah habis.

notakakiku: oh, ya. spain menang world cup. :DDD