Sunday, October 14, 2012

petua cik jah

asslammualaikum, tuan-tuan dan puan-puan. hari ni cik jah rasa nak share beberapa tips yg cik jah tengok banyak orang tak tahu lagi. atau kalau tahu pun, tak pratik betul-betul. bukannya banyak pun, tapi ada la dua tiga. okeh. sebenarnya, dua tips ja.

bukan apa, cik jah dah cuba sendiri petua nih. alhamdulillah. terbukti berkesan. tuh yang nak share-share sikit kat tuan-tuan dan puan-puan. apa omputih kata, sharing is caring? haaaa. gi tu lah.

tips nombot satu nih pasai makan. haa. sapa yang suka makan pedas? kalau takda cabai segenggam memang tak puas makan. nak jugak cari cabai melaka potong-potong masuk dalam kalau makanan tuh tak pedas. haa. kalau anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut, tips ini bukan untuk anda la kot.

sebab ini untuk yang memang tak tahan pedas. makan pedas sikit dah menangis sebaldi. okeh. macam over. jadii, apa yang anda selalu buat kalau pedas? cari segelas ayaq kan? tak cukup segelas, minta lagi segelas. haaa. ni yang dok silap ni. 


apa yang anda rasa bila pedas minum ayaq? rasa lega kan. tapi sekejap ja la. sebab lepas tu pedas tu mai balik. tuh yang segelas ayaq tak cukup tu. lama-lama kenyang dengan ayaq ja.

jadi, di sini, cik jah nak share la sikit petua yang cik jah selalu amalkan kalau pedas.

TIPS #1: JANGAN minum ayaq sejuk atau JANGAN minum ayaq langsung lagi bagus kalau rasa pedas semasa makan.

ya. cik jah mula-mula pun taubat lahum nak percaya bila kawan bagi ayaq hangat time kita dok tengah hot and spicy dalam mulut. tapi, dah tak dak ayaq lain, cik jah ambil jugak la. memang berasap la time tuh. sekali teguk ja dah berasap ke telinga. tapi, alhamdulillah. lama-lama rasa pedas tuh hilang begitu saja. tak yah habis bergelas-gelas ayaq. dan la ni, cik jah kalau pedas, ayaq tolak tepi. insyaAllah, pedas tuh akan hilang dengan sendirinya. dan boleh menikmati makanan tu sampai licin tanpa kenyang dengan ayaq ja. :)

tips nombot dua pula untuk orang-orang yang antibodinya lemah. selalu kena demam. senang cerita, tips ni untuk orang demam. sesiapa saja yang demam. selaluuu kita tengok, kalau demam mesti kelubung satu badan. dah rasa sejuk kan. mesti cari selimut. stokin pun kena ada. 


tapi, nih la yang kurang betul sikit cara dia ni. hurm. sebab badan kita time tuh kan tengah panas. berhaba. walaupun kita rasa sejuk, tapi sebenarnya suhu badan kita panas. jadi, di sini cik jah nak share sikit tips yang cik jah dapat dari ibu cik jah sendiri yang beliau dapat dari incik doktor.

TIPS #2: JANGAN pakai selimut atau stokin atau jaket dan yang sewaktu dengannya sekiranya demam. 

haa. semasa kita demam, badan kita panas. jadi, kalau kita selimut, haba dalam badan kita tuh tak dapat la nak keluar. elakkan berselimut seluruh badan. kalau nak selimut pun, make sure kaki terbuka supaya haba boleh keluar. baju pun kena pakai yang loose2 ja. insyaAllah, demam akan cepat kebah. tapi, kena la jugak pi jumpa doktor kan. takut nanti melarat. dan doktor selalunya akan marah kalau biaq demam sampai empat lima hari baru nak pi jumpa dia. *so, kalau jd mcm ni, saya selalu termenipu yang baru dua hari lepas demam. not good. jangan ikut.*

jadi, cukuplah sudah dua tips yang cik jah nak kongsikan pada hari ini. semoga ilmu yang cik jah sharekan ni, bermanfaat kepada semua. insyaAllah. sekurang-kurangnya kita dah ikhtiar kerana yang menyembuhkannya semua adalah Allah. 

ok, bai~ selamat mencuba!

Tuesday, September 25, 2012

alangkah lucunya

antara nyopet dan korupsi, ada bedanya?

kalau nyopet kerjanya mengambil uang orang tanpa pengetahuannya, lalu, korupsi itu jugak mengambil uang yang lebih besar nilainya. ironisnya, korupsi itu bukan setakat mengambil tapi memberi juga.

dan kalau nyopet itu, hukumannya ditangkap, dipukul dan boleh dipenjara. tapi, si korupsi mudah terlepas gitu aja. iya deh?

tapi, bukan kah kedua-duanya berdosa di sisi tuhan.

jadi, apa bedanya nyopet dan korupsi?

dan bila pula si pencopet mahu mencari rezki yang halal dengan mengasong juga dihalangin pak polisi, mahu ditangkap, dipukul dan dipenjara, lalu, pilihan apa aja yang ada?

aduh. alangkah lucunya negri ini?



iya udeh. ngapain kok ngomong-ngomong bahasa indonesi? 
hehe. sebenarnya, gue baru lepas nonton ini filem. "Alangkah Lucunya (Negri Ini)". aduh. bagus bangat kok. 


mesejnya agak berat tapi disampaikan dengan gaya santai. tak terasa pun 110 minit berlalu begitu saja. tengok-tengok, aik, dah habis. tapi filem nih dah lama dah ditayangkan di bioskop indonesia rasanya. sebab tengok dekat youtube pun di upload tahun 2010. dah pernah dengar tajuk filem ni sebelum ni, tapi baru rasa nak nonton selepas tgk di sebalik tabir dekat channel pelangi tadi. apa yang buat aku tertarik mau menonton? sebab yang berlakon tu betul-betul anak-anak jalanan dan ada antara mereka yang pernah mencopet. menarik kan? and yes, they are really good in acting too.

ya ya udeh. nonton aja kamu di youtube kalau mahu nonton. nggak rugi buat yang mahu berfikir disamping berhibur. :)

glosari:
nyopet - menyeluk saku
korupsi - rasuah
ngasong - meniaga kecil-kecilan dengan membawa barang dari kereta ke kereta di jalanan semasa jalan tengah jam *hee. pjg benor makna. ini mengikut pemahaman saya. hehe.*

notakakiku: selepas tengok cerita ni, impian nak buka sekolah bergerak semakin membara. haha. apa tu sekolah bergerak? i dont know. yet. but someday, maybe. insyaAllah. :D

notakakikulagi: maafin. bahasa indonesi ku lucu banget. hehh.

Tuesday, September 18, 2012

jangan cari pasai dengan orang Perlis

hehehehe.
nahh. salam dak. tiba-tiba gelak. pasai pa?

hehehehe.
lawak. lawak betul baca blog seorang budak ni emo kutuk-kutuk peghlih. dia kata peghlih panas macam neraka. haha.lawak betui. 

adeh. tuh la bahayanya blog nih. walaupun blog ni blog kita, tp ingat, mungkin ada mata-mata yang membaca. nak tulis apa kena pikiaq dulu. terlajak perahu, boleh gostan. terlajak kata/tulis, haaa, menjawab la sendiri. *reminder to myself as well*

hehehehehe.
gelak lagi. sebab lawak. 

jadi, 
apa jadi pada that girl?
mananya post yg di kutuk-kutuk peghlih tu?

haaaa. blog dia dah ditutup. mesti tekanan sebab kena ambush dengan rakyat perlis ramai-ramai. even dia punya fb pun dh didelete. haaa. naaah. jangan dok cari pasai dengan orang peghlih naaa. nampak ja negeri kecik, tapi, boleh buat orang sampai delete blog dan fb. kikikiki. lawak la. siriyes.

tapi, kira dah settle dah kot masalah dia ni. sebab dia dah minta maaf secara terbuka. katanyalah. tak pa la. budak baru nak belajaq dok tempat orang. biasa la tuh. emo tak tentu pasai. aku dulu pn macam tu jugak tapi tak dak la dok kutuk sampai macam neraka. astaghfirullahalazim.

apa-apa pun, ingatlah, kita nih perantau ja di dunia ni. mana-mana bumi kita pijak, walhal di ceruk tokun sekali pun, tuh semua milik Allah. kita kutuk, keji cuaca sesuatu tempat tu, sama la kita dok keji nikmat Allah. nauzubillah. *kita=including me as well*

jadi, bersyukur la dengan apa yang ada. :)

peghlih, i love you! and i meant it! :D

notakakiku: just wondering, budak nih asal org mana la agaknya..? maybe dia dok negeri atas angin kot or maybe dia nih kerabat puteri lilin. hurmmmm.

Saturday, September 15, 2012

today is the day

A fatherly advice to the successful children (graduates) of IIC

My dear children,
I would like to administer a seven-point-oath for you to remember
  1. Wherever I am, a thought will always come to my mind. That is, "What can I give?".
  2. Whatever the mission I will do, my motto will be "work with integrity and succeed with integrity".
  3. I will always remember to hold on to this principle: "Let not my winged days, be spent in vain".
  4. I realize I have to set a great goal that will lead me to think high, work and realize the goal.
  5. My greatest friends will be great human beings, great teachers and great books.
  6. I firmly believe that no problem can defeat me, I will become the captain of the problem, defeat the problem and succeed.
  7. My religion and my national flag fly in my heart and I will bring glory to my religion and nation
My dear children, 
Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty, and anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young....

AND

Always remember...

The roots of education are bitter but the fruit is sweet. That's what learning is...

Thank you.

***

such a lovely advice from a great man, CEO of IIC, Prof Dr Shafaai Musa. Congratulation to all my friends! This is just another new beginning to our loooong journey, in life and hereafter. Lebih byk amanah yang perlu dipikul. Moga Allah redha. :)


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
thanks to all my friends
congratulation! :)
ukhwah fillah abadan abada.
insyaAllah.