Tuesday, September 18, 2012

jangan cari pasai dengan orang Perlis

hehehehe.
nahh. salam dak. tiba-tiba gelak. pasai pa?

hehehehe.
lawak. lawak betul baca blog seorang budak ni emo kutuk-kutuk peghlih. dia kata peghlih panas macam neraka. haha.lawak betui. 

adeh. tuh la bahayanya blog nih. walaupun blog ni blog kita, tp ingat, mungkin ada mata-mata yang membaca. nak tulis apa kena pikiaq dulu. terlajak perahu, boleh gostan. terlajak kata/tulis, haaa, menjawab la sendiri. *reminder to myself as well*

hehehehehe.
gelak lagi. sebab lawak. 

jadi, 
apa jadi pada that girl?
mananya post yg di kutuk-kutuk peghlih tu?

haaaa. blog dia dah ditutup. mesti tekanan sebab kena ambush dengan rakyat perlis ramai-ramai. even dia punya fb pun dh didelete. haaa. naaah. jangan dok cari pasai dengan orang peghlih naaa. nampak ja negeri kecik, tapi, boleh buat orang sampai delete blog dan fb. kikikiki. lawak la. siriyes.

tapi, kira dah settle dah kot masalah dia ni. sebab dia dah minta maaf secara terbuka. katanyalah. tak pa la. budak baru nak belajaq dok tempat orang. biasa la tuh. emo tak tentu pasai. aku dulu pn macam tu jugak tapi tak dak la dok kutuk sampai macam neraka. astaghfirullahalazim.

apa-apa pun, ingatlah, kita nih perantau ja di dunia ni. mana-mana bumi kita pijak, walhal di ceruk tokun sekali pun, tuh semua milik Allah. kita kutuk, keji cuaca sesuatu tempat tu, sama la kita dok keji nikmat Allah. nauzubillah. *kita=including me as well*

jadi, bersyukur la dengan apa yang ada. :)

peghlih, i love you! and i meant it! :D

notakakiku: just wondering, budak nih asal org mana la agaknya..? maybe dia dok negeri atas angin kot or maybe dia nih kerabat puteri lilin. hurmmmm.

Saturday, September 15, 2012

today is the day

A fatherly advice to the successful children (graduates) of IIC

My dear children,
I would like to administer a seven-point-oath for you to remember
  1. Wherever I am, a thought will always come to my mind. That is, "What can I give?".
  2. Whatever the mission I will do, my motto will be "work with integrity and succeed with integrity".
  3. I will always remember to hold on to this principle: "Let not my winged days, be spent in vain".
  4. I realize I have to set a great goal that will lead me to think high, work and realize the goal.
  5. My greatest friends will be great human beings, great teachers and great books.
  6. I firmly believe that no problem can defeat me, I will become the captain of the problem, defeat the problem and succeed.
  7. My religion and my national flag fly in my heart and I will bring glory to my religion and nation
My dear children, 
Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty, and anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young....

AND

Always remember...

The roots of education are bitter but the fruit is sweet. That's what learning is...

Thank you.

***

such a lovely advice from a great man, CEO of IIC, Prof Dr Shafaai Musa. Congratulation to all my friends! This is just another new beginning to our loooong journey, in life and hereafter. Lebih byk amanah yang perlu dipikul. Moga Allah redha. :)


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
thanks to all my friends
congratulation! :)
ukhwah fillah abadan abada.
insyaAllah.

Sunday, August 26, 2012

top 5 soalan kena jawab bila jumpa kawan lama

bila berjumpa dengan kawan lama yang dah lama tak jumpa, terbitlah soalan yang sangat cliche bak kata orang putih. asal jumpa ja, mesti ada keluaq punya soalan-soalan ini.

top 5
soalan: sehat?
jawapan dalam hati: agak-agak sehat dak kalau dok elok sembang dengan ang?
jawapan mulut: alhamdulillah. sehat. 


top 4
soalan: dah habis belajaq?
jawapan dalam hati: nasib baik dah habis. sebab pa nasib baik? sebab xyah habaq dok ngaji manaaa. haaa.
jawapan mulut: dah, baru ja habis.


top 3
soalan: dok buat apa la ni?
jawapan dalam hati: err. dok sembang/salam dengan ang....?
jawapan mulut: tak buat apa la. dok rumah ja.

top 2
soalan: bila nak kahwen?
jawapan dalam hati: haaa. dok tunggu ang orang mai minang la ni. -_-'
jawapan mulut: aish. lambat lagi. tunggu ang dulu laa.

top 1
soalan: awat makin kecik?
jawapan dalam hati: dah ang makin besaq....?
jawapan mulut: kecik kaaaa?

rasanya. kalau kami jumpa 10 orang tanya soalan camni, sepuluh-sepuluh keluaq jawapan yang sama. dah macam kena rakam dah. sebelum jumpa lagi dah tau dah soalan. sebab tu rakam awal-awal. soalan bocoq. kuikuikui. 

tapi, tuh la. kalau tak tanya soalan nih, nak tanya soalan apa, ya dak? cuma soalan top 1 dan top 2 itu agak subjektif sikit jawapannya. haaaa.  

boleh dak nak habiskan entri nih begitu saja? boleh. kbai. 

Saturday, August 25, 2012

jalan-jalan ambil berkat

konvoi raya 2012.

tak rancang pun nak pi. mula2 memang ingat nak pi. tapi macam tak dapat ja. masalah transport la macam biasa. tup tup ada orang offer nak bawa. apa lagi rezki jangan ditolak.

konvoi raya nih memang aktiviti tahunan batch aku. tapi tak pernahnya aku ada kesempatan nak join. alhamdulillah tahun nih dapat join. terima kasih kepada orang yg sudi menumpangkan aku, incik khai dan incik amre. :)

konvoi pertama ke sungai petani dan alor setaq. pagi-pagi dah bangun. katanya pukui 7.30 sampai. tup tup dekat pukui 8 jugak bertolak. kahkah. naik kereta incik amre yang serba baru dan sedikit canggih membuat aku jakun seketika. rasa macam biasa ja dia bawa, tapi sekali tengok meter 140 km/jam, terus mengucap panjang. mau tak pederaih, janji dengan orang SP nak kumpul pukul 9.30. pukul 9 baru sampai aloq staq, ambil lagi dua orang. tu pun belom terus pi SP sebab nak singgah pendang dengan guar chempedak dulu untuk ambil lagi dua orang. dah la tak tau jalan sangat. tanya cik GPS, dia tunjuk jalan yang tak wujud. last-last, dia pening kami pun pening. 

tapi alhamdulillah. akhirnya sampai juga kat SP pukul 11 pagi. destinasi pertama ke rumah penolong ketua pengawas kami, cik sheena. berjumpa dengan rakan-rakan yang dah agak lama tak jumpa, membuatkan aku berasa kerdil. ya. kerdil.

nampak tak kekerdilan aku di situ?

alang-alang dah letak gambaq, mai layan gambaq ja la. orang kata gambaq menceritakan seribu cerita. *alasan malas nak tulis panjang-panjang*

kami, perempuan. lokasi: rumah cik sheena, SP

bergambaq sebelum bertolak ke rumah umi, bekas pengetua kami. lelaki tu baru sikit. nanti jumpa la depa ramai lagi kat rumah umi. kami yang perempuan dok banyak tuh ja. tak bertambah pun. waaa.

lokasi: rumah umi
bergambaq dengan pengantin. bermula la acara mengambil berkat. salam siap cium pipi semua kononnya nak ambil berkat. kahkahkah.

alaaa. jadi kecik pula gambaq nih. try la teropong kalau nak tengok gambaq pengantin. huhu. lokasi terakhir, kenduri kahwin incik apek dan isteri dekat aloq staq. terkencing manis aku tengok depa dua ni. sweet ja. :)) dan sekali lagi acara ambil berkat bermula. nih memang konvoi jalan-jalan ambil berkat ja ni. kahkahkah. oh ya, dalam gambaq nih ada tiga jejaka hilang sebab jadi photgrapher. banyak kan depa. sanggup turun dari perak, penang, perlis. :')

tahniah, incik apek dan isteri. hampa memang suwiiit. barakallah. :)

sebenaqnya, konvoi depa nih tak habis kat situ ja. depa pi melawat incik rahimi kat hospital pula. tapi geng perlis terpaksa minta diri dulu sebab nak bagi sampai sebelum kelam. 

best join konvoi tahun ni. esok ada lagi. tapi rasanya dah tak boleh pi la. takda sapa ajak tumpang. kesian. kuikuikui. apa-apa pun best dapat jumpa kawan-kawan. semua pakat-pakat dah berjaya. minta-minta tahun depan dapat join lagi. kenduri siapa pula tak tau la. hehehe.

baiklah, sebelum bersurai, terimalah serangkap pantun daripada saya.

jalan-jalan ambil berkat,
moga-moga cepat lekat.

kahkahkah. okeh. tak lawak.

Salam Aidilfitri. 1433.
maaf zahir batin.
yang sengaja mahupun tidak.
moga amalan kita diterimaNya. amiin.
:)

credit gambaq: incik naza dan cik sheena.