Monday, May 16, 2011

hari ni hari guru


berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi.

siapa tak kenal pantun nih. kalau setiap Hari Guru ja mesti sajak arwah Usman Awang nih dideklamasikan. tapi siyesly, kalau budak2 dulu memang main hafal ja sajak nih. paham nya tidak. hehe. tapi bila Hari Guru, memang best. time nih la nak tengok cikgu-cikgu menyanyi 'Kami Guru Malaysia' dengan semangatnya. time nih jugak la nak tengok cikgu-cikgu main. time nih jugak lah kelas semua xda, horeh horeh boleh bergumbira.

tapi kalau Hari Guru setakat pikir pasai tuh ja, memang tak best la kan. sekurang-kurangnya beli la something kat guru kita tuh. ye ke? ha ha. kalau aku sebagai cikgu pon, xnak la minta apa-apa. cukuplah kalau dapat tengok anak-anak murid berjaya.

sebut pasai adiah Hari Guru, tringat zaman sekolah dulu, berebut nak bagi adiah kat cikgu. ingat lagi time aku tadika, ada sorang budak nih bagi bunga kat cikgu tadika aku. balik tu, terus aku suruh mak aku beli bunga jugak. esok tuh terus aku bagi. tak tau pun sebab musabab budak tuh bagi bunga. tak tahu pun hari tu Hari Guru. tapi, kalau dah nama budak2 mana bleh tengok orang lebih sket, nak jugak dia. huu.

then bila dah besaq sket, masuk skolah rendah, dah tahu dah, "ooh, 16mei Hari Guru.." jadi memang 16 mei hari yang ditunggu-tunggu jugak la untuk bagi adiah kat cikgu. satu adiah yang aku tak leh lupa, klip rambut. cikgu kelas aku cina. time darjah 5. dia suka ikat rambut ekor kuda dan sepit rambut dia dengan klip rambut bentuk riben. jadi, aku pun nak jugak bagi klip rambut supaya nanti time dia p skolah dia pakai klip rambut yang aku bagi. bangga la sket kan. tapi, seingat aku, tak da la pulak dia pakai. ha ha. tuh la, niat dah tak elok, mana Allah nak bagi. ha ha.

bila masuk skolah menenangah, aktiviti bagi adiah nih dah semakin hilang keterujaannya. kalau bagi pun untuk cikgu-cikgu kelas ja. tuh kira ok lagi la kan. sebab bila dah masuk asrama form 4 dan form 5 terus tak dak bagi apa pun. heh. tapi time form 4 ada jugak tringat nak bagi. dah siap beli pon kad Hari Guru. tapi entah sebab pa, tak sampai-sampai pun kat tangan cikgu. malu barangkali. malu?

tapi, sebenarnya aku simpan dulu adiah sampai habis SPM. bila result kuaq, aku nak sampaikan sendiri kat cikgu-cikgu. walaupon result xdak la gempak sangat tapi bila dapat pelukan dari cikgu i feel like, 'ya Allah, nih la adiah yang aku nak bagi sangat-sangat'. aku pi kat sorang cikgu dan kata, 'tak sangka boleh dapat A, cikgu. terima kasih.' dan at the time cikgu peluk aku sambil kata 'tp cikgu sangka. cikgu tau kamu boleh!' dah buat aku speechless. ya Allah, betapa hebatnya perasaan seorang guru!

sebab tuh la sampai sekrang aku tak brani nak main-main dengan insan yang bergelar guru nih. biarlah apa pun kekurangan guru kita, garang tera mana pun, janganlah sampai hati mereka terguris. biaq kita terguris tak pa. sebab kalau skali mereka dah tak redha, susah hidup kita. nauzubillah.

buat semua guru-guru dari sekolah tadika(tadika kemas tgj), sekolah rendah (sk seri indra) sampai sekolah menengah(smkap dan sbpikp) dan lecturers kat intec dan iic...

Selamat Hari Guru! Terima kasih, cikgu!

dan buat guru-guru aku sejak aku mengenal dunia, Encik Ramli Ismail dan Cikgu Rokiah Nor, thanx for everything. :)

notakakiku: alfatihah untuk arwah Cikgu Suhaini, cikgu tadika aku time 5 dan 6 tahun.

Saturday, May 14, 2011

berat

if only they know the truth...

once kita buat something bad, orang akan ingat sampai bila-bila kan? berbanding kita buat banyaaaakk something good, orang tetap akan ingat yang bad jugak. walaupun sometimes, it is not our intention to do that something bad. not even in our mind. but still, kita tak terlepas terbuat salah, intentionally or not. nobody's perfect? yap.

tapi, salahkah pulak kalau orang yang dah buat something bad then dia try to minta maaf? yes, the bad is still the bad. tapi bukankah kita tak sepatutnya memutuskan persaudaraan? dan kita sepatutnya membenci perbuatannya bukan dirinya. kan?

Allah.

Berat kalau buat salah dengan manusia. sebab kita kena minta maaf kat dia dulu baru Allah terima taubat kita. but, macam mana kalau kita dah mnta maaf but still no response from them? orang kata, kita punya bahagian dah selesai kalau kita dah minta maaf. orang tuh nak maafkan ke tak, tuh terpulang pada dia. betul ke?

but, kita akan still rasa berat sampai la kita tahu orang tuh dah maafkan kita. kan?

Allah.

please do accept my apologize...:(

Sunday, May 01, 2011

anak bapak





captured and edited by: fazli ramli

cilok dari abang punya. kuikuikui. hari tuh lupa nak letak dalam entri of book fair and his birthday. *sebab ada orang kalut nak guna brokband aku. aish. aku pantang tengah-tengah aku feeling nak update blog, orang datang jenguk-jenguk. huu.* tak pa. kita tunjuk kat entri baru nih la eh. hehe. :)

happy belated birtday, pakcik ramli. :)

notakakiku: selamat hari buruh!

Friday, April 29, 2011

langsir biji remia



Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirmkan sepucuk surat cinta pada dia?

Duha hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.

****

Umair- kebiasaan lelaki zaman sekarang. mementingkan kesempurnaan. sehingga rasa hati yang disimpan bertahun-tahun dibunuh disebabkan ketidaksempurnaan. one word for him, stupid. *emo gila aku. padahal watak nih sekadar rekaan ja. ha ha ha.*

Muhsin- susah nak cari laki macam nih zaman sekarang. datang tanpa diduga. *sebab aku ingat novel ni berkisar tentang duha dan umair ja.* awal-awal kemunculan dia, aku rasa watak ini sekadar penyibuk. tapi akhirnya, aku telah jatuh suka kat muhsin. ha ha ha.

Duha- pada mulanya sangat rendah diri dengan kekurangan diri. sedar pada kekurangan diri, dia tak mengharap apa-apa pada cinta. tapi jauh di sudut hati, dia menunggu. *kadang-kadang aku paham apa yang duha rasa. rasa aku seperti dia.* eleh, ang bukan macam duha. ang macam si umair. tak pandai beza kaca dan permata. hurm.



novel ni berjaya aku habiskan semalaman, bertemankan langsir jambu air. menurut saudara imaen, dalam buletin jemari seni, novel ini biasa-biasa saja. ya, novel ni biasa saja tapi pengisian yang dapat sangat luar biasa. betullah apa yang dikatakan dalam blurb di belakang buku ini.

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat Dia.

notakakiku: ini bukan novel cinta. ini novel buat aku berfikir panjang.

Monday, April 25, 2011

of book fair and his birthday


alhamdulillah. tahun nih aku masih berkesempatan melawat(melawat?) pesta buku antarabangsa kuala lumpur. sejak duk selangoq dan kl dari akhir tahun 2007, rasanya tak pernah miss lagi pesta buku kat kolumpo nih. dulu dok kampung, x dak can pon nak pi. tengok ja la dari jauh. tunggu orang bawa pi rombongan baru la dapat nak jenguk. tuh pun pi time orang dah nak tutup kedai. kui3.

tahun nih, pi dengan adik-adik housemates. aku paling tua. tapi bila jalan beriringan nampak aku yang paling muda. kahkahkah. gila perasan. haip. tp ada betul jugak la. maybe cara dressing aku cam budak-budak. omg. budak-budak ke? ha ha ha. jangan perasan buleh dak. ha ha ha.

Align Centre
yaka cam budak? cam makcik tua pun ada. kah3.

haip. dah melencong ke kutub utara pulak cerita nih. bajet aku untuk beli buku(baca=novelsss) ialah rm100. tapi, buku yang rasa nak dibeli ada dalam 10 buah. macam mana ni? macam mana nih? mana nak cukup bajet. wuuuu. tak pa la. beli novel yang latest ja la. kira-kira semua ada enam buah ja selepas dua buah kena rejek sebab takut bajet lari. pi bayaq, bratuq kat kaunter. debaq2 la jugak, kot2 duit tak cukup nak bayaq. kalau tak cukup memang bai-bai la salah satu novel tu. wuuu.

tit tit tit. (bunyi mesin cash kecing2)
semua rm93.20. kata akak cashier tuh.

piiiiu. selamat tak lebih seratus. berjaya jugak la membeli novel-novel tersebut. tapi sekarang nih semua masih dalam simpanan. busy bebenor sem pendek la nih. tak dapat nak bernafas lagi di kala ujung minggu. tunggu time tak dak assignmen dulu la baru bleh golek-golek atas katil sambil baca novel (plus berangan. kahkahkah) sabaq ya.

the novels :)

oh. sebelum balik, singgah sogo untuk lunch. lunch jadahnya filzah oi. pukui 4 dah time tuh kot. heh. pi la kat foodcourt dia. waa. sayoq sedap. kailan ikan masin. tapi tapi tapi. lauk tak dak. nak makan ngan lauk apa? (bibiaq bawah jatuh juntai 45 darjah) tiba2 ternampak la kepala ikan kukus. mak oi. sedapnya la hai. tapi cam mahal ja. habis la duit aku ari nih. pikiaq punya pikiaq tak kan sampai 10rm kot nasi+ikan+sayoq. kompiden la ngambil kepala ikan sekoq. pi nak bayaq. akak cashier tuh kata, 9.50rm. piuuu. selamat tak lebih 10rm. aku pon bok kuaq la duet 10rm dgn kompiden yang tinggi. aik. apsai kat mesin cash kecing2 tuh tulis 11rm. aku salah dengaq ka. waaa. betul la aku salah dengaq. semuanya rm11. bukan 9.50rm. wuuuu~ lari bajet aku. :(

balik tuh, bila mak tepon, ngadu la kat mak. makan mahai ari nih. nasi+sayoq kailan+kepala ikan=rm11. tau mak jawab pa?

"ikan la nih memang mahai. tak pa la. kalau bab makan mak tak kesah. makan la bapa pon. dah tringin. tak yah terkilan la aih. tuh beli novel sampai dekat seratus tak terkilan plak."

...
...
...

ok. tak dapat nak jawab pa dah.

******

23/4/2011

yes. today is his birthday. HAPPY BIRTHDAY MY BELOVED FATHER. semoga panjang umoq dan murah rezki. amiin. thank and sorry for everything.

nah kek birthday! sebijik cam kek bestday mak. :D


notakakiku: perasan dak, birthday mak 24/3. birthday ayah 23/4. senang nak ingat kan? kalau aku 27/8, siapa plak 28/7? kahkahkah.