Sunday, August 15, 2010

hati jadi kecik

amaran: kalau aku emo, entri akan jadi panjang. tima kasih.

orang kata, kalau kecil hati, x baik simpan dalam hati. bahaya. kalau aku kecil hati, aku simpan dalam blog, bahaya dak?

aish. ada dua perkara wat aku rasa hati aku sangat kecil hari ini. aishhh.. maybe depa x bermaksud langsung, tapi hati aku ini menjadi kecik tiba-tiba. waaaa. rasa cam nak p menangis sesungai jap. *sensitip sungguh aku nih*

1. ayam
hari ini sebab pa tah tiba-tiba depa suruh aku dengan sorang lagi housemet aku p cari bahan untuk masak. selalunya aku tunggu kat umah ja. tolong2 kupas2 bawang dan benda2 sewaktu dengannya. tapi, hari ini, entah ribut pa tah, disuruhnya aku teman housemet aku yg sorng nih p beli barang. slalunya memang kami berdua keja dok umah ja. tunggu2 bahan and prepare papa sblum bahan2 basah sampai. tapi, hari ini, entah puting beliung mana tah, kami disuruh p kedai cari bahan2 untuk masak. *ok. tiga kali aku ulang ayat nih. sengaja.*

bab p kedai tuh aku x kesah sangat. aku pun tau jalan short cut dia. senang ja. tapi, bab depa x gtau nak beli bahan pa untuk masak*memandangkan depa ja yang pro memasak, jadi, aku malas nk wat pandai masak plak*. kawan aku lagi sorang tuh, cadang beli ayam ja. ok. ayam sekoq. terung 4 ketul. bawang sket. beras 5 kilo. laici dalam tin. semua kena 32rm. aku x bayaq. guna duit kwn aku dulu. ok. xpa. x kesah bab tuh.

kami balik, depa dok wat apa tah. x sedia bahan papa pun. pastu tanya, "kak beli apa?" aku jawab la ayam. depa bleh jawab pa tau? "AYAM LAGI?" nak ja aku jawab, ya. ayam ja la. tadi, x kata pun xnak ayam. tapi, xpa. aku sabaq lagi. then, depa tanya plak, sekoq ayam bapa? aku xtau. bukan aku yg bayaq. kwn aku yg bayaq. tanya kwn aku tuh, dia kata rm12 sekilo setengah. depa terkejut. depa kata, depa beli hari tuh*ya, kalau dak hari lain pandai ja p beli kan* x sampai 10rm pun. pas tu, mula la depa kata, kena pandai mintak kurang sket. masalahnya sekarang, aku x pernah pun beli kat kedai tuh, mana aku nak tau harga biasa bapa. kalau aku tau, bleh la aku mintak kurang lagi. dan dah kalau kata depa pandai sangat, awat yang tadi x p beli sendiri. awatnya yang p mintak aku p beli. dah aku p beli, dok komen lebih2 plak. ayam lagi? cam x cukup ja terung nih. ayam nih awat potong kecik2? -____- nak ja aku sekeh sorang2. tapi, xpa. sabaq. sabaq.

2) anak manja
aku teruskan lah kerja2 pemotongan aku. potong bawang, potong kentang, potong cili api, potong terung. bila aku tengah potong kentang, depa kata aku potong besaq sangat. aku tengok mak aku belah empat ja kentang kalau masak kicap. tapi masalahnya, aku pun xtau depa nak masak pa sebenanrnya. aku kerja potong ja. bila depa kata besaq,aku pun kata la, nak masak pa pun xtau nih. aku bangun la sat nak p amek mangkuk. dalam aku bangun nak p dapoq tuh, aku cam terdengaq2 depa kata, "XPA. AKAK ANAK MANJA. X PAYAH PANDAI MASAK PUN XPA. BLABLAKUXDENGAQDAH" aish. tersentap sekejap aku. apa kaitan anak manja dengan x payah pandai masak? tolong explain sket. lagi satu, tau ka aku nih x pandai masak? walaupon aku nih xda la pandai masak cam depa, tapi aku tau la jugak goreng sayoq, masak kicap, masak sambal, masak mee rebus, spagetti, haaa... apa lagi? malas dah nak masak camni. aku tau depa masak stail lain. aku bleh ja terima. makan ja pa yang depa masak. tapi depa?

aku baru ja ingat nak masak sambal petai lemak resipi turun menurun tok aku. tapi tadi bila aku kata nanti akak nak wat masak sambal petai, bleh plak dia pi bok kuaq resipi dia plak. petai goreng pa tah. haaa. memang aku xpernah makan. memang aku nak try makan masakan dia ja. xyah try masakan aku pun xpa. x sedap pun. aku pun malas nak try masak. masak pun wat pa kan. biaq depa ja masak, senang. nak p kedai pun malas dah. nak potong2? tengok la kalau ada feeling. kalau rajin. ha ha ha.

dah. dah habis emo. malas nk emo lama2. pasang lagu rock kapak kuat2. pakai headphone. melalak bagai orang gilak, lagi baguih.

Friday, August 13, 2010

tah apa apa

banyak yg nak cerita. just go through ja. mybe kalau ada masa*ehem. kalau rajen sebenanrnya* akan cerita panjang2 lain kali. yep. lain kali.

1) minggu nih agak busy. banyak praktikal dan assignment kena submit and present dlm minggu nih. so, banyak la kena wat kerja. lenguh2 blakang x cukup rehat. kui3.

2) second praktikal untuk learning, dapat jumpa budak2 betul*sebelum nih kawan2 ja berlakon jadi budak2*. tapi budak yang nih pun agak besaq jugak la. dah darjah 3. xpa. pelan2. yang penting pengalaman dgn budak2 dah bertambah jadi dua. ha ha.

3) aku rasa aku nih seorang cekgu yang tah apa apa. tah papa kat cni maknanya bila aku ngajaq budak2*atau merapu meraban sbnrnya?*, kat dalam hati budak2 tuh mesti ckp, tah papa ja cekgu nih. -_-'

4) untuk praktikal aktiviti, aku just harap budak2 dapat ilmu yg aku ajaq. x byk, sket pun jadi la. and depa enjoy dpt blajaq. bukan markah yg aku cari. yg penting pengalaman. :D

5) dah masuk ari ketiga puasa. ari pertama dgn kedua masak sendiri time berbuka. err. bukan aku yang masak. housemate aku. aku tukang memotong ja. entah lah. aku x reti nak masak depan atau untuk orang yg reti masak. aku mmg bukan pakar masak. aku suka masak untuk diri sendiri ja. *plus untuk suami nanti* ha ha ha. wtheel gatal gilak nih.

6) ari nih ada jumbo sale untuk usrah. usrah aku x jadi buat sale sbb tak sempat nak prepare. just buat collection derma ja. tapi ada jugak tolong usrah lain menjual. jual dadih. buat sendiri kot. :D

7) tadi tengok toy story 3 skali lagi. dan skali lagi aku menangis part nak jatuh dalam api dgn part ending dia. ahahaha.

8) aku perlu cari tali pinggang seluaq. sbb tali pinggang aku dah putus. dan pinggang aku plak makin mengecil T___________T

9) cuti raya nanti macam x bapa nak cuti ja. naik cuti terus straight exam empat hari berturut2. lima papers skali dalam seminggu. T____T

10) aku rasa aku nak bagi kad raya untuk kawan2. tapi masalahnya aku xdak alamat depa. sapa nak kad raya, meh bg alamat kat aku. :) *wtheel baru 3 ari puasa dah sebuk nak bg kad raya.*

cukup lah sepuluh. aku pun x tau pa yang aku mengarut nih. cam xdak kaitan sgt. tiba2 ja terpikiaq. rasa cam nak tulis benda lain. tapi benda2 nih plak yg terkuaq. selamat berpuasa semua! jangan liat bangun sahoq. kutip pahala lebih sket bulan ramadhan nih. :)

notakakiku: wtheel is not mencarut or perkataan yang x elok. aku berpuasa, x baek ckp benda2 x elok. jadi, what the heel secara translatenya ialah apakah itu tumit. so, apakah itu tumit? *apa pening sgt ayat nih.*

Friday, August 06, 2010

bila lelaki mengumpat

mengumpat nih selalunya sinonim dengan perempuan ja kan? tapi, jangan x tau, lelaki pun pandai mengumpat. Bila lelaki mengumpat, uiiihh.. pedih jugak telinga mendengaqnya. ha ha ha.

tadi, singgah makan kt kfc dekat sogo. mengidam nak makan shrimp hot n spicy sbnqnya. tapi hampa. tengok iklan kt blakang kaunter, xda udang. tgk dekat menu, pun xdak udang. tanya cashier, udang ada x? dia kata xdak. wuuu. kecewa. last2 makan snack plate je la.

uik. sebenaqnya bukan nk ceta pasai udang. tapi, ceta pasai lelaki mengumpat. kui3. kelakar. makan tadi, duduk la kat depan setiga orang lelaki nih. mak datok, bersembang... kuatnya. yg sorang tuh ja la. semangat gilak bersembang. padahal kami dok belakang depa ja kot. uiish. ngumpatnya mengalahkan perempuan.

Ali(bukan nama sebenar): Ko rasa Senah(bukan nama sebenar) cantik x?
Abu(bukan nama sebenar jugak): *geleng-geleng*
Ali: Uish. Ko nih. Taste x sama dgn aku la. Senah tuh lawa pa..
Abu: Aku rasa Timah(bukan nama sebenar) lagi lawa.
Ali: Ish. Timah tuh muka bulat. Kalau dia x bulat sket, ok la kot.. Nih, si Leha(bukan nama sebenar) lawa x?
Abu: Lawa-lawa. Dia putih kot.
Ali: Haaa.. Kali nih ko sama taste dgn aku.

-______-" begitu rupanya kalau lelaki mengumpat. adeh. macam-macam. ingatkan perempuan ja yang suka ngumpat. laki pun x kurang hebat jugak. hehehe. kelakar dengaq. bukan niat aku nak dengaq depa ngumpat. tp dh cakap rupa lagu tuh, cmna aku x dengaq? uish. seb bek la aku bukan kwn senah, timah dan leha. kalau dak, kantoi depa. ha ha ha.

notakakiku: minggu depan dah nak posa. kalau ngumpat kurang pahala. *aik. cam pantun dua kerat plak.* renung-renungkan. :D

Monday, August 02, 2010

yang jauh

untuk dia, yang jauh.

please inform me if you are going back to Malaysia for eidulfitri. thank you.









notakakiku: so, sesapa yg rs dia jauh..dan akan pulang Malaysia raya nih, let me know. :D

Tuesday, July 27, 2010

saya takot. kot.

saya...takot. eh. tak. saya gementar. erm. apa word yg sesuai ya? saya risau? erm. maybe saya takot+gementar+risau. omg. jap. nak tarik nafas dulu.

lama plak tarik nafas, huh. rasanya xdak pa yg perlu risau. *pulak?* tak. orang lain x perlu risau. saya ja yang perlu risau. *ok. bila aku dh mula ckp saya, maknanya entri nih maybe akan jadi pjg.* sebab pa nak risau? sebab getaq. getaq nak berdepan budak2 esok. waaa. nak berdepan budak2 pun getaq? ya la. nih second time kot berdepan dgn budak2 yang ramai. tapi first time tuh cm tak yah dikira ja. kiranya nih cam first time la kot. wuuu.

esok, kena turun kat i-care. ada praktikal sket. ajaq budak2 main permainan tradisional. grup saya pilih jengket-jengket. ini bukan sebarang jengket-jengket. ini jengket-jengjet buat snirik. harap-harap jengket-jengket nih x berbahaya kepada kanak-kanak. dan harap jugak depa buleh main dgn baik. aish. risau. risau.

camna ya nak handle kanak-kanak dengan baik? saya takot saya ajaq ajaran sesat. ingat lagi first time p tadika dekat dgn umah dulu tuh. kawan ajak teman dia mengajaq. excited sangat. sampai kat sana, budak-budak dia baik ja. macam malu-malu. mesti sebab nampak cekgu baru yang cumel. kui3. cekgu la sangat kan. time tuh lepas spm. tak terpikir lagi mau jadi cekgu tadika betul2. sebab time tuh just pikir nak jadi architaik architec ja. ha ha. ok. x lawak.

tapi, masa tuh agak excited dapat jumpa budak-budak. kawan saya nak ajaq pasai warna. jadi, kami bawa la pensel kaler. satu-satu tunjuk pensel kaler tuh kat depa. semua kaler depa dah tau. tapi mai kaler grey ja, depa diam. kui3. depa xtau lagi kaler grey. ya la. saya kecik2 dulu pun buta kaler gak. kaler2 asas tuh tahu la kan? tapi xpa. kami ajaq pelan2. suruh depa ikot, grey. depa pun ikot, grey. tapi tanya kali kedua, x ingat dah kaler pa. kui3. budak-budak kan.

then tiba-tiba, ada sorang budak pompuan nih. waaaa. bab nih yang aku lemah nih. buleh plak dia mai nangis kat saya. saya dah la x bapa nak tau wat pa. saya pun buat2 la tanya.

"nih kenapa nangis?" wat2 muka sedih tanya budak tuh.
"aiman pukul saya." jawab budak tuh sambil renyeh2 mata.
"mana aiman?"
"tuu.." tunjuk kat budak laki yang dok tgh berlari-lari.
"haaa..." xtau nak cakap pa. "p pukul aiman balik."

nah. tuh ja la yang terkuaq dari mulut saya. apa lagi, budak tuh terus pi lari kat aiman, pukul blakang aiman. aiman yang tgh dok main tuh, terkejut la kan. tengok pelik ja.. awat tiba-tiba mai pukul aku nih? kui3. memang ajaran sesat aku ajaq. gengster punya cekgu. *awat aku rasa cm dh penah ceta benda nih? aish. nampak sgt nih ja la pengalaman aku dgn kanak-kanak. balik-balik ulang ceta yang sama ja. kahkahkah.*

tapi tuh ceta dulu. ceta saya tak tau apa-apa pasai kanak-kanak. pasai reinforcement dan punishment pun xtau. punishment is the last solution. tuh yang saya blajaq. cekgu x bleh terus pukul budak-budak. jadi, kalau kawan depa yang pukul buleh la eh? haa. sah ajaran sesat dah nih. ajaq la benda-benda lain selain dari keganasan. besaq nnt budak-budak tuh jadi kaki pukul plak. aish. berdosa dah la aku bawa budak-budak ke jalan yang salah. waa. nauzubillah.

lepas kejadian tuh, saya x pernah-pernah masuk mana-mana tadika lagi. kalau jumpa budak-budak, saya rasa macam...takot nak main-main dengan depa. tambah-tambah kalau mak depa dok ada sebelah. kang dijelingnya aku. sebab tuh saya rasa saya dah lama tak bergiat aktif*wtheel bergiat aktif nih?* dengan kanak-kanak. aish, risaunya la esok. kalau bab teori, selalu saja diuji. tapi kalau praktikal dgn budak-budak betul, nih la first time. saya...betul-betul risau.

omg. pray for me. hope everything will be fine. amiin.

notakakiku: semester nih memang banyak praktikal. maybe buleh meningkatkan keyakinan aku untuk berdepan dengan budak-budak. minggu depan kena ajaq budak-budak berus gigi plak. kui3.