Ok. Entri pertama 2015. Tahniah la. Ingatkan hujung tahun ni baru nak update. hihihi.
Sebenaqnya, aku ada cita-cita nak beli rumah dalam masa terdekat ni. Tapi prosedurnya, subhanallah, memeningkan kepala juga la. Haha. Entah lah. Mungkin orang lain rasa tak perlu lagi ada rumah sendiri. Sewa ja dulu. Tapi, aku rasa macam perlu ja ada sebuah. Yang murah pun tak pa. Ikut kemampuan. Bukan suruh beli rumah setengah juta. Memang tak lepas la. Hihi.
Aku dah ada jumpa rumah yang murah. Bawah 200k yang mana had maksimum berdasarkan gaji aku yang alhamdulillah cukup lagi makan ni. Cuma masalah sekarang nak mencari pinjaman bank yang sesuai dan terbaik mengikut kemampuan. Dah siap google pasal pinjaman bank ni pun masih tak paham. Entah apa entah bahasa bahasa pinjaman ni. Pening pikiaq. Huhuhu.
Tak pa lah. Mau kalau ada rezeki aku nak boleh rumah sebijik dalam tahun ni, insyaAllah dipermudahkan. Kena dah mula bajet duit dengan bersistem. Kena utamakan keperluan. Puasa sat dari nafsu nafsu kehendak yang lagha itu.
Dah tu, jangan dok idap nyucok duit ja, filzah oi. Bajet sama na. Baik!
Sebut pasai bajet, la ni aku sedang mempratikkan simpanan oren. Dari bulan 8 tahun lepas tak salah. Sekarang dah masuk 5 bulan. Alhamdulillah, jumlah yang terkumpul dah makin bertambah. Cer teka berapa? Hihihi. Ada la. Eh, tau dak simpanan oren tu apa? Rasanya ramai yang dah tau. Simpanan oren tu maknanya simpan duit hat warna oren tu. Duit apa warna oren? Ala. RM20 tu lah. Haa. Tu la yang aku dah praktis sejak 5 bulan ni. Kalau dapat duit RM20 memang simpan. Tak boleh pakai. Memang agak mencabar juga la. Mau taknya. Bila dah cucuk RM50, nak beli barang ja dapat la baki dalam not RM20. Pergh. Rasa cepat ja habis duit. Haha. Tapi aku selalu ingatkan diri. Not RM20 yang dapat tu bukan rezeki hari ni, tapi rezeki masa depan. Aku pun sebenarnya tak tau nak buat apa dengan simpanan tu. Ada orang simpan untuk pi melancong, ada orang simpan untuk kahwin. Aku rasa aku simpan untuk masa depan. Kecemasan ka. Mungkin nanti aku akan sedar bila masa yang tepat untuk gunakannya.
Aish. Kalau cakap pasai duit ni semua orang suka. Tapi pening sebenarnya. Alah, dunia ja semua ni. Makin dikejaq makin dia lari. Cuma aku percaya, siapa yang usaha dia akan dapat hasilnya. Antara nak dan tak ja. Dan aku tak suka orang yang banyak alasan macam-macam pastu salah kan Tuhan bagi ujian berat tak dapat ditahan.
Dan sebenarnya aku tak kisah sangat dapat laki kerja biasa sekalipun setakat pemandu bas atau pelayan restoran asal dia ada rasa tanggungjawab dan rajin berusaha nak sara keluarga. eh? Tetiba.
Jadi, itulah penamat entri kita pada hari ni. kah kah kah. k bai.
notakakiku: doakan semoga urusan pembelian dan pinjaman perumahan aku ni dipermudahkan. amiin.